Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2016

Aku Dan Kereta

Kisah berlaku minggu lepas. Aku ke spa dekat2 rumah, sental muka kata ko, haha. Parking kereta baik punya depan spa tu. Elok abis je treatment, bukak pintu kereta .. datang lelaki tegur tayar pancit. Alahai, stress jap. Sib baik kedai tayar selang 7-8 kedai je (hujung blok bangunan tu. So slow2 bawak keta ke kedai tayar. Pomen check, ada 2 batang skru cucuk tayar. Tampal bocor rm10 untuk 2 tayar tu. Nasib baik lah kejadian berlaku tak jauh dari rumah. Dan nasib baik jugak berlaku di tempat yang senang dapat bantuan. Kalau lah berlaku di jalan sunyi, takde kedai tayar dan semestinya aku memang fail pasal kereta. Tahunya cuma isi minyak dan bawak keta je, tukar tayar ke, check air ke, check segala mak nenek pasal keta memang semua tak tahu ( tak tahu + tak ambil tahu, huhu). Nampaknya kena belajar ambil tahu lepas ni, takde lah semua benda nak harapkan orang tolong (tapi tukar tayar tu memang guna banyak kederat kan? huhu). eh sapa sini yang macam aku? meh lah berhuhu sam

Aku Yang Gemuk

Fuh, lega rasa badan pagi ni. Mood ceria katanya, meh lah kita update blog sepatah dua perenggan. Malam tadi abam mintak nak jogging dengan kengkawan. Hati berbelah bagi nak izin ke tidak, dengan kes culik budak sana sini, aku jadi sangat protective, huhu. Tapi sebab kenal kawan-kawannya dan diorang pun beramai-ramai, maka aku izinkan. Tapi diam-diam aku ajak kakak jogging jugak (aku ikut laluan diorang tapi arah bertentangan, huhu). So buat2 terkejut bila terserempak dengan abam di tengah jalan ( dah rupa Afdlin Shauki dalam citer Papadom yang mengintip gerak geri anak perempuannya, lakonan Liyana Jasmey, haha). Alhamdulillah dapat satu pusingan, berpeluh ketiak sampai ke lutut ko. Bergegar buah pinggang dah lama tak lari-lari anak. Bercerita pasal jogging, aku akui memang tak bersenam langsung (kecuali buat kerja rumah dan sesekali tawaf mall yang pastinya tak berpeluh, sebab dalam aircond kan). Berat aku masa timbang sebelum bersalin, 86kg. Tapi takpelah sebab mengandung,

Dilaila Food, Sambil Makan Sambil Jual

Antara hobi aku selain baca buku, jalan-jalan, makan pun aku suka. Duk umah ni lagi lah buntu makan masakan sendiri. Ko masak, ko makan. Nasib baiklah enAbe memahami, jadinya Sabtu @ Ahad wajib keluar jalan-jalan dan makan kat luar. Yelah kan, isnin sampai jumaat dah penat jadi House Manager, kihkihkih. Okey ni nak share satu tempat makan best kat Nilai. MMA Santai Corner namanya, kalau warga Nilai tak tahu tempat ni, memang saja lah tau. Kalau nak pegi, korang google je MMA Santai Corner, nanti en Waze tunjukkan jalan. Kalau sampai bulatan Bandar Baru Nilai tu nampak keta atas bumbung, hah dah betul lah tempatnya tu. Kat situ memang banyak gerai makan, tapi yang aku nak share ni gerai Kak Laila gambar dari sini Masuk je korang perhatikan warna hijau, nampak je banner hijau itulah gerai kak laila. D'laila Mee Udang namanya. Sapa suka udang size besar, sini tempat wajib singgah. gambar asal dari blog ini (maaf kongsi gambar dari blog lain, henpon dah slow malas nak c

Pertama Kali: Masak Sambal Hitam Belimbing

Kebetulan kawan tunjuk buah belimbing kat pokok mak dia yang merimbun. Jadi aku cakap nak lah sikit, teringin nak makan gulai asam rebus ikan kembung letak belimbing. Lepas lah keinginan semalam dapat makan walaupun tak sesedap air tangan mak. Baki belimbing banyak lagi, kebetulan sebiji periuk hitam legam sebab terlupa tengah rebus kentang untuk baby. Terus datang idea nak buat Sambal Hitam Belimbing yang katanya sangat tersohor dari Pahang itu. Dipendekkan cerita, sesi merebus belimbing pun berlaku. Dari setengah periuk belimbing, yang terhasil cuma seciput. Kalau gini baik beli jelah kalau nak makan, haha Bahan2 yang diperlukan macam biasa kita buat sambal ikan bilis cili api tu jugak. Cuma ditambah dengan belimbing yang telah direbus hingga hitam tu je. Aku tengok ada versi buh kicap tapi kawan kata, Pahang punya resepi ori tak buh kicap. Tapi aku letak kicap sikit sebab nak bagi dia nampak hitam, haha. Taraaaaaaaaa sedap jugak rasanya ditekak aku tak memas

Genap Setahun, Rindu Itu Datang Bertandang

Sekarang August 2016 genap sudah setahun berlalu aku meninggalkan dunia pekerjaan tengok gambar ni balik, ada rindu bertandang rindu pada meja ini ( wujud lagi kah? siapa duduk situ sekarang) rindu pada kengkawan adakah mereka masih ingat pada aku? tapi hidup mesti diteruskan tak gitu? apapun aku suka kehidupan aku sekarang uruskan anak-anak uruskan rumahtangga bahagia itu datangnya dari hati kalau tak dapat apa kita mahu bersyukurlah dengan apa yang kita ada betul tak? okey.. nak keluar kejap, ada urusan ( percubaan untuk update blog setiap hari) daaaaaaa

Ikan Bakar Cicah Budu

aduhai... henpon semakin hari semakin tenat, slow cam siput mau tidaknya, gambar ribu riban minggu lepas kakcik tanya 'kenapa kakak dan abam ada album gambar masa kecik tapi kita takde?' hah! apa nak jawab? semua gambar masa kecik dia dalam henpon dan laptop tak cuci pun lagi hari ni sedikit free, baby kepenatan semalam tawaf ioi mall tu yang hari ni tido lama cecepat transfer gambar2 ke laptop buat album setiap kejadian kalau rajin nanti gi cuci, huhu sesambil tengok gambar lama, terlintas gambar ni Ike Bakar Cicoh Budu alahai, lapar tetiba menu kampung macam ni memang bahaya bagi bot-bot kecil harus diet pun tenggelam ke laut dalam haha

Baby Aisha: Sudah 7 Bulan Umurnya

Alhamdulillah, pejam celik pejam celik  sudah 7 bulan 28 hari umurnya dia lah penyeri family kecik kami kakak, abam, kakcik balik je sekolah terus terkam dia si ayah balik lewat macam mana pun mesti belek dia kalau OS pun mesti wsap nak tengok gambar dia - dah pandai merangkak - berdiri pun dah tegap tapi masih kena berpaut - kena perhati je sebab dia selalu buat aksi lepaskan tangan - kena monitor kalau tiba2 dia diam membelek sebab suka mengutip - bila kutip, laju je masuk mulut - dah start makan bubur - masih menyusu badan sepenuhnya, moga cukup sampai 2 tahun - dah muncul sebatang gigi susu (bawah) - paling suka dengan kertas dan buku (lepas tu masuk mulut)  semoga membesar dengan baik cikebom Aisha kami sayang kamu

Kek Kampung Semudah 123

 Assalamualaikum lama tak update blog saja nak share resepi kek mudah minggu ni dah 3 kali buat sebab anak-anak suka layan gambar dulu Bahan-bahan: 1 cawan gula halus 1 ketul butter cup 2 cawan tepung naik sendiri 4 biji telur sedikit Esen vanilla Sedikit soda bikarbonat Cara-cara: Pukul gula dan butter hingga kembang Masukkan telur (aku guna blender je, putar sampai sebati) Tuang dalam mangkuk besar Masukkan tepung yang telah di ayak dengan soda bikarbonat kacau sebati dan tambahkan esen vanilla Kacau hingga sebati Sapu inner pot periuk noxxa dgn sikit butter Lapik inner pot noxxa dgn kertas kek Tuang dlm inner taburkan coklat rice kasi ceria sikit tutup periuk pusing jarum kepada Stema Tekan STEAM 25X boleh lah buat kerja lain sampailah bunyi tet tet tanda 00 keluarkan kek dan letak atas pinggan korang yang paling cantik, haha dan sila ambik gambar dan post kat facebook nanti kawan