Skip to main content

Anugerah Juara Lagu 26

salam hari isnin korang..

tak cukup tido konfem la ngantuk tapi terlebih tido juga boleh menyebabkan mengantuk.aku rasa aku pagi ni dalam kategori ke 2..(terlebih tido w,pun malam tadi jenuh aku tahan mata sebab nak tahu sapa menang dalam Anugerah Juara Lagu ke 26).

pendapat aku (yang jarangggggggggg sekali layan sebarang rancangan Anugerah tapi malam tadi pecah rekod tercongok depan tv..siap solat Isya' awal sebab nak tengok Yuna).hehe.peserta semuanya hebat-hebat belaka.tapi rezki milik mamat rambut kerinting yang tak perlu perah otak nak cari baju glemer..cuma pakai track suit adidas dan tshirt tapi tetap jadi Juara.TAHNIAH HAFIZ..anak akak tanya 'kenapa rambut dia macam tu?nape dia tak pakai kasut?'ish banyak lak soklan budak ni.



pinjam kat SINI


apapun Yuna tetap di hati



"hai yuna..walaupun ko tak menang tapi akak tetap sokong ko dari belakang"..GO YUNA..GO YUNA :P

Comments

Smlm tgk green hornet! Hahahaha!
Irfa said…
FARA..green hornet tu apa?sori tak paham.huhu
Unknown said…
errkk..aku pun tak sure aku buat apa malam tadi..hahaha...
Kakzakie Purvit said…
Kakak tak tonton pun dan memang tak pernah mengikuti...
bangsawan nilai said…
sori irfa,
tak berapa berkenan dgn yuna...

kalaula boleh gi opis dgn t-shirt pagoda + seluar trek....he he
Irfa said…
RAI..
hahahha..apa ko buat malam tadi pun tak ingat?banyak makan semut ko ni.hehe

KAK ZAKIE..
saya pun jarang tengok acara anugerah sebab tak sabar.huhu.tapi malam tadi tunggu sbb banyak sgt promp psl ajl ni :) terpengaruh la jugak
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
eh tak kisah pun kalau tak minat.
sama la jugak kalau aku tak minat artis yg org lain minat.kalau dia menang no 1 pun aku tak dapat sesen pun.hehe

baik ko mintak pakai baju tido je gi opis..tak yah pikir nak salin baju.hehe
oren said…
akak layan..hiks..

betui..hafiz paling sempoi..tak yah susah2 carik baju lawa, props gegila punya mcm nak pecah pentas..simple tapi berbisa..

kira, dia menang pon, rasa ok la..takde la nak kontroversi ke hapa..

1st time mlm td dgr lagu yuna-penakut..oo gitu bunyinya..cuma tak berkenan tang pakai tudung..eh, pakai tutup sanggul..leher semua nampak..our alim ulama shud voice this out..akan jadi ikutan anak2 muda, pakai tudung/skaf dan claim dh tutup aurat...hmm..
Irfa said…
KAK OREN..
sib baik la duk jauh..kalau dekat boleh kita layan AJL sama-sama ;)

Hafiz menang rasanya ramai OK je.cer kalau Najwa Latif yg menang mesti ada yg kena hentam.hehe

pasal tudung sgggul tu sy pun tak berkenan jugak tapi apa boleh buat dah itu kehendak dia.

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...