Assalamualaikum dan good morning (bajet omputeh sesangat) kawan-kawanku sekalian,macam mana pagi ni?mestilah ceria kan?maklum lah hari jumaat,last day keje untuk minggu ni.lalalala..sambil tepuk kompang diumukan bahawasanya,esok diistiharkan cuti selama 2 hari.
Pepagi kan,selain pening memilih baju mana nak dipakai
(alahai..bosannya,itu dan itu juga bajunya,kan bagus kalau ada 100 pasang baju kurung,100 helai kemeja+pant,100 helai skirt+blous..setahun pakai takder edisi ulang tayang baju sama)
bagi yang bertudung pulak,pening kuasa2 nak pakai tudung apa.betul tak?
okey,meh bercerita pasal tudung pula.satu ketika dulu....aku penah pakai tudung segera yang ada awning tu.dan amat leceh nak jaga awning itu.basuh pakai tangan ada ke yang basuh pakai kaki? dan kalau malas sumbat je dalam mesin basuh.tudung tu pun bukan butik punya.standard pasar je pun.aku takkan beli la tudung sampai ratus2 rm. penah terjadi tudung dibuat main oleh anak.terselit celah sofa..dah penyek dan memang tahap boleh buat lap kaki.awning tak boleh di perbetul lagi.huhu.nak marah anak pun tak guna,salah sendiri.sapa suh letak tudung merata-rata.huhu
kendian,timbul pula tudung syria.pakai dengan inner.yang murah je pun.outer rm10 inner rm5.so aku beralih arah.dah tolak tepi semua tudung ada awning.cintaku beralih kepada syria pula.tapi ingat bertahan lama,bila tengok orang pakai shawl belit-belit aku pun ikut terbelit sama.
sana sini belasah pakai shawl je..tak mahal,paling murah shawl aku beli rm5 yang jenis kedut-kedut tu.paling mahal rm15.pakai shawl lagi senang,bila balik keje gantung kat tangga anak ambik buat main tarik-tarik macam tarik tali.adik disana abam di sinun..sikit lagi memang koyaklah.
tapi aku pakai tudung ikut mood,rasa rajin pakai shawl,
rasa malas sauk je syria
tapi tudung awning memang semua dah let go kat orang
tudung sarung dengan awning |
tudung sarung tanpa awning |
shawl bila mood rajin melilit |
rasa macam nak tukar spek baru la
*takde kaitan*
eh!ada kaitan la
bila pakai spek dengan tudung awning
otomatik tudung jadi kembang
kan?
Comments
tapi kat rumah aku pakai yg ada awning tu..senang nak sarung..
Skrg ni kak yus dah balik semula tudung bawal, cuma letak awning dalam je....tukar sikit...:)
tapi akak paling suka syria sebab tak payah nak jaga awning,
kalau nak pakai shawl make sure bangun awal, kalau tak ada yang tension sampai ke tempat keje hehehe
stok bawal semua zaman muda dulu dah masuk beg hantar kg tapi skrg bawak tengah hangat balik,cuma aku malas nak menggosok pepagi ;)pastu kena beli keronsang lagi.haha
@kak yus..
try la pakai mana tahu lepas ni jatuh chenta,memula dulu pun rasa pelik gak tp dah lama2 pakai cam suka.bawal skrg tak semahal bawal dulu..macam2 nama pulak tu.nama dato K pun ada.hahaha
@kak ummi..
syria mmg senang,lagi malas x nak pakai inner pun boleh..pakai je outer ;).shawl saya semua jenis kedut,mmg terletak je kat kepala
wah macam budak sekolah,kalau gitu hari2lah pakai bawal je ;).baru nampak muda sepanjang zaman..
@anamarza..
shawl mgkin leceh tapi syria senang gile.sarung je ;)
@accik..
mana ada tua ;)
remaja purba orang sekarang panggil
hehe
kalau akak pakai shawl pulak, ala2 letak je atas kepala...
pakai occasionally jer..eh pakai bila ada majlis jer...
saya nak pakai tudung awning nampak mcm indon pulak. pakai tudung syria sgt tak sesuai sbb muka bolat + kemek (mcm pinggan). pakai shawl lagi la tension kalo time lilit2 tak jadi plak. lagipun seram kot muka pinggan pakai shawl. nampak tambah kemik.
so pakai bawal je la walau nampak kuno+tak ikut fesyen. tapi takpe skrg ada bawal 2 tone ke byk tone ke dah ada. murah dan sgt sng pakai. dia tak kemik2 kelepet2 sgt lepas kena angin =)
tudung awning mmg buat nampak muka sedikit bujur tapi kalau pakai spek kena cari tudung mahal la.kalau murah2 punya awning keras sikit :) tu psl mengembang..tudung shawl pakai ala-ala mak datin ;)
gojes?biar betul dik,so berbaloilah usaha akak pilih gambar terbaik sbb nak nampak gojes walaupun realitinya ..bolehlah,hahaha
eh,bersyukurlah..muka kemek pun asalkan sihat ye.emm bawal 2tone tu datin juma pakai cantik sgt kan
tahu,kan kita penah sama-sama menelek tudung satu ketika dulu ;).kedai tu pun dah tutup skrg