Skip to main content

Hujung Minggu Kami

Sabtu melepek seharian
Keluar rumah sidai kain dan buang sampah je
Hujan dari awal pagi, syok je tido

Ahad ada 3 jemputan Open House
1 Nilai & 2 Putrajaya

Tapi kami pegi 1 je (Blogger di Putrajaya)
cam biasa, CV yang bawakkan kami kesana
Semalam (17/8) besday dia
dah janji tu ari nak masakkan Mandy Kambing untuk dia
tapi dah nak gi open house, tak jadilah
kita tunggu Ma datang next week lah kot baru masak kot
Makan ramai2 baru best


Meh cuci mata gambar raya anak-anak
#nak ambik menu raya umah blogger tu segan
tapi nasi apa tah namanya , cam nasi arab pun ada, sedap sangat
sate pun sedap, lembut je
TQ KAK, kerana jemput kami (harap dia baca)
tahu tak, kami sempat lagi buat foto session kat belakang umah akak
ni ler hasilnya



dan untuk Tat Bunga Inti Mewah ni
TQ pada Sis Erna sebab susah payah bawakkan dari Seremban ke Putrajaya
kalau dah rezki, tak kemana



masuk keta, terus ngap sorang satu
eh silap, setengah bekas kot dah makan dalam keta je
haha

dan ini paling gempak
#member share kat wsap grup

first time aku tengok orang buat laksam warna warni gini
memang cantik, tapi comel sangat, rasa sayang nak makan

korang raya kemana cuti hujung minggu yang lepas?
mesti sakan beraya kan?

Makan tu makan jugak
posa dah ganti belum?
ganti awal2 lagi bagus, sebab umur kita tak tentu lagi esok
wah! pesanan tak agak2 tu
kui kui kui


(^_^)


Comments

Unknown said…
comei sgt kaler laksam tu..dapat kat anak dibuat mainan la..haha..
PetakBunga said…
wah geddabak inti tart nenas..
laksam terbaik tuh.. color ful..
Sedapnya tart nenas.. akak kalau beraya suka sangat cari tart nenas..
Rainbow laksam tu Irfa.. cantik :)
safurara said…
wahhhh menariknya laksam tu.hahahaha.xpernah jumpa lg ni,
paridah said…
tart tu sedap sangat nampaknya...
Unknown said…
sakan gak korang.. nampak sedap tart tu.. sepanjang raya kali ni baru sekali aku jumpa kuih tart... tu pun yg gulung.. aci la dari takde langsung..
nita said…
cantik permandangan tu..
terasa kesedapan tart tu..hihihi
memang menarik warna laksam tu..

Alhamdulillah tahun ni kite puasa penuh hehehe.. :P
:: CIKVIVA :: said…
cer buat laksam tu..tgk mcam cantik je, mcm comel je
Zaitun said…
Laksam yang berwarna warni...membuatkan lagi teruja nak makan.
Nastyna said…
owh no!!!!!! laksam warna warni... bagi budak2 makan pun tak elok pewarna tu.. ok bukan sebab pewarna tapi hanya nasi kerabu yang boleh diwarnakan.. dan lompat tikam. huhuhu I kan kuno.
kakrose said…
mewah inti tart tu..kalau akak mau sebalang sekali hadap..hehe
LYAfrina said…
cantik view blakang rmh geng tu..
waaa.. 1st time jgk tgk laksam colourful gittu.. cantik plok
Nieda Ramly said…
memang tergoda tengok tat nenas yg inti gemuk tu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t