Perkongsian hari ini ialah tentang jaga kulit. Wah ko... bajet cantik sangat kan nak kongsi rahsia kulit cantik. Takde maknanya pun. Aku kulit biasa-biasa je. Takdelah gebu gebas mana pun, cuma takde jerawat batu je.
Dah penghujung 30an ni baru sedar nak jaga kulit nak jaga badan bagai, harapnya belum terlambat. Lagi 3 tahun masuk angka 4 series, kekadang rasa jeles tengok akak-akak yang aku kenal nampak cantik walaupun dah bercucu. Moga aku pun cantik dan sihat macam diorang di usia itu nanti, Insha Allah.
Aku baru berjinak pakai serum sejak beberapa bulan lepas. Memula dapat free, pakai lah bila ingat. Lama-lama rasa suka bila sentuh kulit muka rasa licin dan lembut je. Takdelah lembut macam pipi Baby Aisha tu, tapi lembut dan lembab lah dari dulu-dulu.
Rupanya banyak je serum jual kat pasaran, tinggal ko hulur je duit mana yang mampu dek poket. Apa fungsi serum sebenarnya ye? Aku kongsi sikit dari LINK SINI (mohon dihalalkan oleh tuan empunya blog)
Serum boleh lembapkan kulit. Sebab utama serum digunakan ialah untuk menambah nutrient kepada kulit di lapisan paling dalam (deeper layers) di mana pelembab tidak boleh menembusinya. Ia mampu merawat masalah penuaan, pigmentasi, kekeringan melampau dan pori kulit yang besar.
yang ni harganya rm70 sahaja, tahan lah sebulan lebih pakai pagi dan malam kalau nak jimat pakai malam je lah |
yang ni dah lupa harganya, sebab dapat free haha |
* cikebom dah panggil tu, stop sini dulu, ada masa sambung lagi*
SELAMAT BERHUJUNG MINGGU
Comments
alhamdulillah serasi bersama. gituuu..