saja check akaun nuffnang,oh!dah boleh cash out.suka suka..tapi biarlah dulu.itupun berjanggut tunggu baru layak cash out.nampak sangat blog suam-suam kuku.masa ni barulah nak cakap 'aku menulis bukan kerana kejar duit nuffnang' hehe.dah bagi ambik je lah..banyak songeh pulak.kalau taknak peram jelah sampai jadi pekasam.tak gitu cik memon?
kebetulan bukak nuffnang saja la klik sana sini.terklik ruang keywords(ops..baru tahu kat sini kita boleh tahu macam mana orang masuk blog kita)..ini senarainya:
happyirfa
warung kita
safi gamat
produk skincare clarins adakah halal
red mommy gaduh di watson
masa
belanja anak sekolah di london
yang paling aku pelik..RED MOMMY GADUH DI WATSON?camner pulak boleh ada keywords camtu?heran tul aku..bila masa aku tulis pasal redmommy?dan belanja anak sekolah di london?oh tu ari aku ada tulis pasal duit poket anak sekolah kan?boleh la diterima keywords itu..
macam-macam keywords kan?korang pulak cuba citer apa keywords paling ekstrem yang korang jumpa untuk masuk blog korang?mesti lagi hebat kan..
Comments
Ajarla camne nak masuk nuffnang tu? Tak berapa mahir bab2 tu.
kenapa malu?ada keywords 18 sx ker?bahaya tuh..hehe
KAKCIK..
oh mesti keywords skema tu :)
LIENANILAZ..
sy pun baru jumpa tempat cara nak tahu keywords org masuk blog kita,sangat ketinggalan tau :(
memula buka akaun nuffang dulu..
pastu daftar dan baru adds code tu kat blog kita.saya pun bukan pakar.
tu pun org tolong buatkan.nak dapat RM1 pun makan masa berbulan
MULAN..
main taip je susuka hati :)
KAK ZAR..
tu double pelik :) tetiba saya pun buat keywords yang sama kat gugel