Skip to main content

Corset Yang Mana Lebih Bagus?

semalam aku menghabiskan banyak masa mengkhatamkan satu blog yang dulunya antara blog terawal aku kenal.lama jugak dia tak aktif,sekarang je baru aktif balik.masa kenal dulu dia masih anak dara dan sekarang sudah punya anak yang yang comel macam mummynya juga.nak share ker?tak payahla kot..takut dia tak selesa

dari sesi peng'khatam'an itu (rosak bahasa..huhu) aku sudah teruja nak pakai corset sebab dia yg dulunya chubby kini sudah berpinggang ramping siap boleh pakai gown kembang ala-ala princess.hehe

aku pun nak jugak w,pun bukan niat nak pakai gown kembang itu tapi cukuplah takat pakai baju apa pun nampak lawa.boleh?mood masih sentap ngan 'mangkuk tingkat' ker?tak lah..takde maknanya aku nak sakit hati ngan dia..petik komen cik ina do do cheng

Aku maafkan kamu
Tak perlu kita bertemu
Cukup kau tahu
Yang aku
Maafkan kamu
Tolong teruskan hidup
Jangan sebut namaku


la la la
cak pong cak pong

so kerja rumah korang hari ni..tolong share ngan aku pengalaman korang dengan korset.

a-jenama apa yang bagus dan paling bagus (cam bagus je ..haha)

b-rega pun berbaloi dan mampu di beli (nak yang bagus tapi murah..tah hape2 kan)

c-serta tip2 nak bagi pinggang ramping

dah siap kerja rumah tu jangan lupa letak atas meja cikgu yer :)

Comments

NenetPenne (NP) said…
ni i punya opinion yer..

i rasa tak payah pakai corset yang hampir mencecah harga RM2,000.00 tu..
mula2 u semangat nak pakai... lama2 nanti u rasa malas... pastu corset tu terbiar layu di tasik madu celah2 lemari baju..

the best way to ramping is to do it manually...

contoh rajinkan senaman, jogging, jaga pemakanan dan bla bla bla pot pet pot pet..(orang tua memang byk berleter..bhahhaa)

sebab kalau pakai korset, orang nampak dari luar memang cantik, ramping phewittt tapi bila bukak korset?? hanya anda dan suami yang tahu keadaan sebenarnya...

ini opinion i jer tau.. jangan marah nenet yerk...

okbai...
Irfa said…
NET..
nampak gaya kali ni net org pertama siapkan keje rumah..nanti saya bagi hadiah gula-gula hudson yer ;)

tq untuk komen itu..
dee said…
Aku pas bersalin adik pakai cosway je.ok gak tak ribu riban.Aah lama2 malas..layu di tasik madu gak.
MOKCIK AZWA said…
Waduh wakaka... tak sempat bagi salam, azwa dah nak terjatuh kerusi gelak sensorang baca komen Nennetpenne hehehe...

Azwa sokong 3oo% kenyataan tu Irfa.. Azwa ada dua korset..

pertama..jenama J ker aper.. terpaksa beli sebab masa tu baru buat loan dgn satu bank tu, pehtu org yang konon2nya tolong proses loan tu kebetulan ejen ..so, tak dapek ler nak ngelat kata takde duit kannnn...

Kedua pong kes sama..tak sampai hati nak kata TIDAK kat sorang kawan yg jadik ejen B tu..so, terpaksa rela jugak la beli.

Pakai hari2 memang tak larat ler..masuk jam kedua dah mula tergaru2 ...except on certain occassion,memang rasa macam besttt jer kalau pakai full set hehehe..tapii..rasanya kalau tak beli pun, tak rugi apapun, untung lagik ada.. boleh simpan duit dalam Tabung Haji hehe
Acik Erna said…
dik tak ingat ke dulu..kita sama2 mencuba..kan akak pernah beli..tak pakai pun sampai sekarang..syang duit..
Dinas Aldi said…
Akak pun nak tau jugak jenama apa yg bagus. Nanti bila dah ada rekomendasi (akak pun melingkupkan bahasa gak ni, kehkeh!), Irfa buat la entri lagi pasal ni yeh? Tapi harapnya idakla mahal riban2 harganya. Kalau riban2, baik akak beli lens baru, wakakak!
Aidah said…
Akak tak bolehlah buat homework ni pasal akak tak pakai corset pun. Lemak2 akak hidup lepas bebas sejak dulu lagi, dik. Tak de disiplin lansung lemak2 akak tau.
rumah kuning said…
rasa mcm gatal je pakai ...tak masuk angin. hehehe
zino said…
memula kena jogging dulu....hehe
irfa setuju sangat ngan nenek penne, syyy kawan cik ina tu konon beli PB baru je habis bayar, kurusnya idak, simpan PB tu dalam lemari. sumpah, ko senam je irfa tak yah nak mengcorsetkan badan-badan ni,apalah ko ni, badan ko okey je cik ina tengok.
Zareda Norman said…
kak zar dah pakai korset selama lapan tahun.. Pakai waktu pi opis kecuali waktu period. fyi, pingang i adalah 29 aje wpun saya gebu tapi figure saya solid gitu.. Heheheh so saya support 100%.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t