Skip to main content

Hadiah Mini Contest Itu dan Sharing Is Caring:11 Manusia Yang Bertuah

kepada ANNA-SUPERMUMMY dan juga ARENA yang menang CONTEST SUKA SUKI aku tu ari,ni nak bagitau..baru jap tadi aku pos hadiah la konon yang tak seberapa tu.pakai pos biasa je harap-harap sampai la.maaf kalau hadiah tak menepati selera.tapi aku nak korang tahu hadiah itu ikhlas dari lubuk hati :-P.



dan satu emel yang aku terima menarik hati aku dan aku nak share ngan korang jugak.petik dari SINI

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.

2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.

3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.

4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).

5, Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.

6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.

7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.

8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.

9. Orang yang membelanjakan harta (infak).

10. Orang yang sedang makan sahur.

11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.


PSSSSSSSST:

yang no 4 tu aku selalu gak amalkan kalau gi surau.tapi aku penah kena jeling dengan sorang akak tu sebab dia rasa terganggu kot aku nak solat di antara dia dan sorang lagi akak yang sedang solat.mungkin dia fikir 'eh!ko ni nape nak menyelit kat sebelah aku ni?banyak lagi ruang kosong kat sana sini dan jugak sinun'.tak baik kan berprasangka.hehe.tapi aku buat derk je sebab ingat lagi tok guru ngaji aku dulu pesan 'jangan bagi ruang kosong bila kita solat.nanti syaitan menyelit dan menggoda kita masa solat'.

bukan nak kata aku baik sangat tapi kalau kita tak dapat buat semua yang di atas sekurangnya buatlah setakat yang termampu.

sebenarnya semua yang di atas tu tak menggunakan sesen duit pun kalau nak buat.cuma nak ngan tak nak je..tepuk dada tanya iman (wah!feeling ustazah di hari jumaat).

Comments

Kakcik Seroja said…
Menyampaikan sesuatu yang baik melalui blog juga tak memerlukan duit, kan?

Terima kasih kerana berkongsi. :)
Ape salahnye share beb. Aku suke perkongsian mcm nie. Sikit byk menambah knowledge aku sendiri...
Dinas Aldi said…
Betoi kan, kita buat apa yg terdaya, insyaallah. Kena jeling tu terasa jugakla kan tapi mana la kita nak tau dia tak suka. Memintak sampai ilmu gini kat dia, semoga dia tau yg kita tak patut biarkan ada ruang kosong antara jemaah masa solat tu haa.
Mulan said…
masyaAllah.. tqs for sharing ilmu yg baik ni..
paridah said…
rajin berkongsi ilmu yg diperoleh sgt bermanafaat kpd yg malas nk surf n tentunya menambh pahalamu
Liza Abu Bakar said…
ruang kosong kenalah isi.. nanti byk was2 susah jugakan.
Cik Sibuk said…
salam,

teringat kalo dolu2 semayang terawikh kat surau, paling sakit jiwa kalau makcik sebelah duduk takhyat akhir pastu dia pergi duduk kat atas hujung telekung kita..sampai abis telekung ai senget..err..paham ke..heheee

papepun, thanks berkongsi..peringatan untuk kita semua..
Anna said…
Sharing is caring....mekasih irfa..bukan harga jadik ukuran, tapi keikhlasan..seikhlas mu memberi seikhlas ku menerima..thank u..

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal...