aku rasa tak lama lagi blog ni akan bertukar jadi blog si abam.asyik citer pasal dia je semenjak dua menjak ni..ni pun ada lagi kisah dia..
KISAH PETANG SEMALAM..
ambik anak2 kat umah pengasuh macam biasa.tapi pengasuh tanya aku
'.....(nama sebenar)irfan puasa hari ni......(nama sebenar) tahu tak?akak suh makan balik sekolah tadi pun dia tak nak..katanya dia puasa'
aku?terkejut badak.puasa apa pulak ni?aku pun tak tahu menahu.yang aku tahu,aku ada sehari lagi posa lom ganti..tapi umienya tak posa,anaknya pulak yang posa.
aku tengok muka dia pucat sangat.aku tanya dia
'abang posa apa ni?sapa suruh?abang tak cakap pun kat umie yang abang nak puasa hari ni..kalau nak puasa kena sahur.mana boleh puasa tak sahur.nasih baik abang tak pengsan kat sekolah tadi'
dia diam sambil air mata meleleh pandang aku.sepatah pun dia tak jawab.balik umah kebetulan dah nak azan..aku hidangkan nasi ayam + murtabak daging (kebetulan singgah pasar malam).dia makan dengan sungguh berselera.tak dapat aku nak tumpang sesuap pun.nampak dia sangat lapar.
aku call en abe sambil bebel-bebel pasal si abam posa tak bagitau aku.seperti biasa,ayahnya yang sangat cool cakap 'jangan marah dia.baguslah dia posa.cakap elok2 kat dia..kalau nak posa bagitau umie dulu'..huhu..tetiba aku rasa bersalah sebab membebel kat si abam.
bila aku slow talk ngan dia,katanya 'abang dah lama tak posa.jadi abang puasa la hari ni'.patutla dia asik tanya aku 'bila nak puasa?lambat lagi ker?.aku tak sangka pulak dia boleh puasa tak bagitau aku dulu.last-last aku ambik kalendar dan tunjuk kat dia 'tengok kalendar ni.hari ni 20 June,esok 21 June.abang tengok umie tanda kalendar ni..semua orang Islam akan puasa pada bulan depan,dalam Islam orang sebut bulan Ramadhan.01 Ramadhan jatuh pada 21 Julai.ada lagi 31hari lagi,baru kita akan puasa.nanti abang puasa dengan umie dan ayah dan semua orang Islam akan puasa sama-sama.umie gembira sebab abang nak puasa tapi kalau nak puasa kena sahur dulu.kalau tak sahur nanti badan kita sangat letih.nasib baik abang tak pengsan kat sekolah tadi'.
dia angguk dan aku harap dia paham.
pagi ni masuk keje aku berbalas emel ngan adik aku..aku citer la pasal si abam yang tetiba posa tak bagitau aku.sebab aku suspect mungkin masa sekolah agama petang selasa tu ustazah dia ada cakap sesuatu yang menyebabkan dia nak posa.kata adik aku 'mungkin dia posa sebab semalam hari terakhir bulan Rejab'..agaknya la,budak-budak ni kalau cikgu @ ustazah kat sekolah cakap..senang je diorang ikut.tak gitu?
apa-apapun aku gembira sebab dia mampu puasa penuh.sebenarnya dia dah mula belajar puasa masa umur 5 tahun.dia sempat puasa penuh 5 hari.masa umur 6 tahun pun dia posa jugak tapi tak cukup sebulan.aku harap darjah 1 tahun ni dia akan puasa penuh.Insya Allah.
tetiba termalu sebab umienya masih tangguh2 nak ganti puasa yang sehari tu.huhu
psttttttttttttt tq Kak Zakie dan Kak Zar yang tegur kesilapan tarikh tadi.

Comments
Tapi kakak rasa terharu bila abang dah ada hati nak puasa. Sedih campur gembira sebab susah nak jumpa budak lelaki macam nie... kalau perempuan memang biasalah...
oklah bagus anak anak nak puasa tanpa disuruh.. galakkan lagi tapi pujuk dia supaya sahur sbb sahur tu sunat dapat pahala jugak.. bila puasa sunat dapat pahala, bersahur pun dpt pahala barulah pahala tu makin banyak, hidup berkat, hati terang, abang nak belajar pun senang dapt.. hehhe pujuk dia cam gitu.. baru dia faham, agaknya dia dengar kata kata ustazah kat sekolah lah tu..
hehe.saja je ikut pelat adik dia yg umur 2 tahun 6 bulan tu
kami ajuk sbb adik dia sebut ABANG jd ABAM
ha kan?kalau boleh di tsfer posa dia bagi kat umie bagus jugak tu
(gurau je)
sweet tang mana tu yer ;)
amin.insya Allah.moga baik lah hendaknya hingga akhir nyawa
amin.tq atas doa itu ;)
okey dah betulkan tarikh tu..silap taip la ;)
terima kasih ..nanti balik saya akan bagitau dia tentang pahala sahur dan pahala puasa sunat tu.semalam blur so cakap apa yg terlintas di fikiran je
ko pun sama.eh kita serupalah
tapi hari ni aku dah ganti.
hehe..
tq sbb tegur psl date yg salah tu ;)
alhamdulillah..ada benda yang senang masuk kepala dia dan ada benda yang susah nak masuk jugak.biasa la tu budak2.sekarang anak lelaki dan anak perempuan sama je..smoga kita jadi contoh terbaik utk anak2 kita
hehe..umie pun malu sendiri
Insya Allah..
ayat 'lapar rasa macam nak mati tu' ayat biasa budak baru belajar posa
tapi bila time berbuka mesti akan ada rasa nikmat nya berpuasa.krn rindu nak posa tu pasal dia posa tak bgtau saya semalam.nak gelak pun ada,kesian pun ada...
mmglah bersyukur tapi terkejut sbb tiba-tiba je ;)
tak hape2 lah umie ni kan?
babab baru tau
hehe