Skip to main content

Beg Sekolah Dalam Tong Sampah

PAGI JUMAAT YANG MULIA..
patutnya mood aku pun ceria sebab last day keje untuk minggu ini dan esoknya hari cuti boleh riang ria bersama yang tersayang dan tak lupa hari tukar kerjaya sebagai suri rumah sepenuh masa.

TAPI...ada tapi tu..pepagi lagi suara aku dah bergema dalam bilik abam.dari malam tadi masa mengemas beg sekolah dia aku tercari-cari 'kemana pergi beg sekolah agamanya?' tapi malas nak kejut tanya dia..maklum dah kul 11 malam.

setiap pagi masa hantar si adik,ada 3 biji beg aku kena bawak sambil pimpin dia.

beg baju adik
beg baju abam
beg sekolah agama abam (kecuali hari rabu dan jumaat je ..takde sekolah agama)

balik dari rumah pengasuh petang semalam aku cuma pimpin adik dan bawak beg baju adik.selalunya abam akan bawak balik sendiri beg sekolah pagi,beg sekolah agama dan beg baju dia..bukan berat pun.kata hero ;).so aku tak perasan petang semalam dia cuma bawak 2 beg je tanpa beg sekolah agama.masa nak kemas buku baru perasan beg sekolah agama takde

pagi ni bila tanya 'mana beg sekolah agama?' dia jawab 'abang tak tahu.abang letak atas meja tapi dah hilang'.aku cepat-cepat *tarik nafas sambil urut dada*.

aku suh dia bersiap untuk ke sekolah dan pesan 'abang pegi sekolah dulu.cari beg tu sampai jumpa.kejap lagi umie ngan ayah datang sekolah'.

kul 8.15 pagi aku dan cik abe ke sekolah abam.aku masuk kelas abang tanya 'dah jumpa ke beg?' katanya 'belum jumpa.abang dah cari kat semua tempat' dan kata-kata dia tu dipersetujui hampir satu kelas.nampak tak kat situ?kengkawan yang sangat prihatin.tapi ada la 3 @4 orang kawan lelaki dia cakap 'mungkin dalam tong sampah' sambil diorang pun belari keluar dari kelas.aku pun ikut la kot memang ada dalam tong sampah.dalam hati ada rasa pelik 'dalam tong sampah?takkan dalam tong sampah'.tapi memang tak jumpa pun.aku malas nak pening kepala cari je guru kelas tapi tak jumpa.kata cikgu lain 'guru kelasnya keluar ambik barang kat keta'.

tapi kelam kabut aku mencari beg abam sana sini tu jadi perhatian akak cleaner.dia datang kat aku dan cakap 'cari beg sekolah ker?saya jumpa satu beg nama irfan.dalam tong sampah depan kelas 2 bestari'.dia pun tunjuk aku kelas tu..nampak beg dia elok je terletak atas lantai depan pintu kelas.tapi itu bukan kelas abam..kelas orang lain.

pelik tak?

aku tak salahkan budak yang buat tu..walaupun aku yakin takkan dia sendiri nak buang beg dia dalam tong sampah.aku tanya si abam sendiri 'ada tak abang buang beg kawan dalam tong sampah?' tapi dia 'tak.abang tak buat'.

aku tulis ni sebagai kenangan..adakah korang pun ada pengalaman macam tu @ lebih kurang sama macam ni?setakat hilang pembaris,pemadam dan pensel tu dah biasa sangat bagi aku..memang kena sentiasa simpan stok kat umah,dah macam kedai alat tulis kat umah tu.tapi ni hilang beg sekolah dengan buku-bukunya sekali..sib baik jumpa..adakah itu cuma bergurau?tapi agak kasar gurau sampai buang-buang barang orang dalam tong sampah.sib baik buang sekali dengan beg dan barang2 dalam tu tak di asing2kan.entahlah..takut aku dengan karenah budak2 sekarang..

alahai abam

Comments

Kakzakie Purvit said…
Astaghfirullah.. sampai masuk tong sampah? Makcik cleaner tu lagi pandai ambil letak tepi pintu. Kalakar juga - mesti kerja budak lelaki. Kalau budak perempuan kakak rasa tak buatlah kerja macam ini...
aNIe said…
Salam Irfa ...anak akak bukan hilang beg...tapi tertukar beg... nasib baik budak yg terambil tu pulangkan dia masa kat kelas...dan dia pulangkan beg kwn tu...hehehe...macam2 aje bebudak ni kan... kadang2 kita pulak yang stress
Unknown said…
kalau nak bergurau pun kasar gila bergurau.. melampau sungguh..aku tak penah lagi kena macam ni..of kos anak aku pun belum penah kena sebab diorang belum sekolah..hehe..

serius melampau gila...laki ko tak hangin ke..
Misz-ella said…
hehehe .. tergelak la KC baca. camna boleh ada dlm tong sampah ye. KC tak pernah lagi berpengalaman camni.
Adeh! Ade kwn2 yg buli ke? Sorok dlm tong sampah? Mmmm...
Balqis Nazid said…
alahai anak..anak comel pulak dengar story kali ni kan..
nak marah pun tak jadi.. he..he..
MyZsZs NOoR said…
Salam. Kalo budak kat sekolah saya, memang budak yang suka buli budak lain suka buang beg sekolah kawan dia dalam tong sampah. Bila ditanya semua taknak mengaku. Satu kepuasan gamaknya kalo dapat membuang beg orang lain dalam tong.

Kesian kat abam.
-Sara- said…
isshh cuak gak kalau beg ilang skali ngn buku kan kak :)
rumah kuning said…
sabar je lah... abam...abam. Dah besar nanti, takde lah nak ilang beg lagi kan bang?
sweetie said…
Sah Abam ni baik orangnya, tengok asyik kena buli je. Tu dalam kes katogeri buli gak tu. Sah budak yang cakap "cer tengok lam tong sampah" tu ada kene mengena ngan kes ni.. Ada alibi kat situ...hee..hee.
Irfa said…
KAK ZAKIE..
mmg nasib baik sgt lah akak cleaner tu ada masa kejadian
kalau tidak sapa nak bgtau psl beg yg di jumpa tu..akak tu pun cuma letak kat kelas budak lain..kalau dia takde masa saya datang tu ..sapa pun tak tahu ada beg jumpa dalam tong sampah dan letak kat kelas lain tu

apa2 pun tima kasih byk2 kat akak tu

tak boleh nak kata apa..budak lelaki ke budak pompuan,sama naik je perangai sekarang ni[a
Irfa said…
KAK ANIE..
tertukar tu kes tak sengaja
ni buang dalam tong sampah memang kes di sengajakan
kalau nak bergurau pun agak2lah
Irfa said…
RAI..
pjg umur,masa ko akan tiba jugak nanti
Insya Allah..

en abe aku mmg cool sokmo :)
aku je yang hangin sokmo..
Irfa said…
KAKCHIK..
tak terkata kak masa dengar akak cleaner tu kata
'saya jumpa beg sekolah nama irfan dalam tong sampah'
sib baik saya tak guling2 kat situ
Irfa said…
FARA..
tahlah..
buli ke gurau ke aku tak pasti
mintak jauh dari kena buli
Irfa said…
BALQIS NAZID..
marah tetap marah..dah marah baru pikir balik
takkan dia sendiri nak buang beg dia
Irfa said…
HAI CIKGU..
tq sudi singgah sini.nak panggil nama apa yer?panggil cikgu buleh ye
oh mmg ada kes gitu yer..

melampau la buli sampai mcm tu
tadi saya tak sempat jumpa cikgu kelas dia tapi saya dah call bagitau kes tu supaya sekolah ambik perhatian
Irfa said…
SARA..
mmg cuak la akak sepanjang perjalanan ke skolah pagi tadi
dah jumpa beg pun cuak jugak takut kejadian berulang lagi
rasa macam nak duduk je sebelah anak akak tu dalam kelas
hehe.melampau la pulak kan
Irfa said…
RUMAH KUNING..
mmg kena banyak sabar :)
dugaan sepanjang tempoh nak membesar la ni
Irfa said…
SWEETIE..
tak pasti la pulak akak dia jenis macam mana kat kelas sbb tak nampak.tapi hari2 akak pesan jaga diri jaga kelakuan kat sekolah.harap2 dia igtla pesan akak tu..

alibi?dah macam kes mahkamah la pulak.tapi akak pun moskil jugak bila tgk group yg berlari keluar kata mungkin dalam tong sampah tu
kan dah kantoi.eh tak baik tuduh2..takder bukti pun ;)
bangsawan nilai said…
suspek dlm kes ni:
1. budak yg ckp cer tgk dlm tong sampah
2. makcik cleaner
3. abam
4. mak abam
Irfa said…
BANGSAWAN NILAI..
aku sekali?
biar betik

kes masih dalam siasatan.balik nanti aku nak siasat abam abis-abisan
Unknown said…
apa kata sesekali ko sekodeng dia kat sekolah..risau jugak..

eh ko guling2 tu guling2 nak gelak ke nak marah..hahaha..
Irfa said…
RAI..
mmg ada gak niat nak buat mcm tu.yelah..kita kena tengok jugak jgn percaya 100peratus.

guling2 sbb nak marah ;)
Azian Elias said…
masa jadi cikgu dulu kes2 mcam ni selalu jadi.
Mulan said…
alaaaa... kesian abam... camna la beg dia kat situ.. tapi mmg macam2 hal anak2 kita kat sekolah ni kan.. mak2 yg pening jadinya..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t