Skip to main content

Berapa Inci Tumit Kasut Anda?

ASSALAMUALAIKUM SEMUA..apa khabar korang?seronok ke beristirehat 2 hari bersama yang tersayang?haruslah seronokkan..bukan 'se'ronok je tapi beronok-ronok.ada ke ayat macam tu?

pepagi dah semput naik tangga..rasanya dah lama tangga bergerak kat opis ni rosak.kenapalah tak di repair-repair lagi.tahu tak betapa siksanya naik tangga (macamlah tinggi..2 tingkat je pun.hehe).nak pulak datang hari gatal nak pakai kasut bertumit.huhu

bukan tak tahu,aku ni bukan sesuai sangat pakai kasut bertumit.biasalah..dah rasa baik sikit belakang tu mulalah gatal nak pakai selipar@kasut bertumit..sakit belakang kena masuk fisio balik baru padan muka.huhu

sebenarnya..ada baju yang sesuai pakai ngan kasut leper dan ada baju yang sesuai pakai dengan kasut bertumit.tak gitu?sebab tu aku selalu jugak dengar orang kata 'keyakinan diri bertambah bila bakai kasut tinggi'.penah dengar tak?

agak-agak dah baca artikel ni nak pakai kasut bertumit lagi tak?tapi kalau leper sangat pun tak elok jugak untuk tulang belakang.kiranya bersederhana itu lebih baik orang kata.





okey..nak gi bekfes.beli roti je kot sebab ada bawak kurma daging dari rumah.bukan aku yang masak tapi ada majlis isra' mikraj kat surau..panaskan je boleh makan ngan roti.nak join,jomla ;)

Comments

Unknown said…
nak sikit..

aku pakai kasut satu setengah inci je kot.. ke dua..entah..tak reti kira..hehe
Deqna said…
saya pun rasa yakin bila pakai kasut yg bertumit.. tapi takleh tinggi sgt sbb kang nampak terlampau tinggi pulak saya..

tapi sekarang atas sebab2 tertentu saya hanya pakai full shoes yg rata sajer.. :)
Dulu ms aku bujang, aku selalu lantak apa org nak pk. Aku tinggi tp aku still nak pki high heel. Heee~ Tapi sejak ade anak nie, aku selesa pki pump shoes je. Sng nak kejar si kecik tu.

=D

Hah? Weekend aku seronok tp condition aku tak bape nak bek. Demam!
dulu saya pakai tumit 3 inci...skrg x de inci dah....faktor kesihatan...:)
sweetie said…
3 atau 4. Pernah dulu (masa bujang) ada blind date, saya pakai lebih dari 4, tinggi betul, sebab 'couple' saya tu beritahu tinggi dia 6" apa lagi kenalah pergi cari kasut yang tinggi untuk nak sama. Tp bile bertemu saya masih bawak ketiak dia jugak. Kena mendongak juga nak pandang muka dia.
Anaasuria said…
akak tak sure la irfa berapa tinggi.ada la tumit tapi tak tinggi.. ala2 macam gambar flatter platform tu.. kena ada tumit sikit baru selesa... :)
pB said…
ada satu high heel
tapi tak pakai pun
Mulan said…
1-2 inci ada tapi guna time raya & wedding je.. yg lain tu flat melat je.. sbb suka lari sana sini.. kalo guna high2 one takut jatuh gedebuk je.. huwa haha..
NenetPenne (NP) said…
i have both..ikut kesesuaian baju...
-Sara- said…
betol tu, bila pakai heels konpiden dia lain skit tau..hehe
lieynanilaz said…
selesa pakai sandal jerk p opis tapi akan pakai high heel bila kena attend kursus atau majlis formal.

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t