sebelum bercerita..nak tanya,lawa tak pouch henpon aku?sila angguk laju-laju..rm15 mintak kurang dapat rm12.ada 2 poket untuk henpon dan 1 poket untuk duit.ai like :)
Okey..lupakan pasal dashboard yang menghilangkan senarai blog yang aku follow tu.suka hatilah dia nak hilang ke hapa..jangan hilang terus blog ni sudahlah..jom sambung citer semalam.
dipendekkan cerita,maka bercutilah aku hari khamis dan jumaat minggu lepas.ambik 1 hari cuti ganti -Hari Wesak dan 1 hari cuti tahun yang dah tak berapa nak ada tu.huhu (sedih mengenangkan cuti makin menyusut sedangkan Disember masih ada lagi 6 bulan).
berfoto dulu ye anak2..maaf gambar gelap
Pagi Khamis.. jam 8.30 pagi kami pun 'terbang' dan 9.30 pagi tepat,kaki pun menjejak tanah tempat tumpah darah Mahsuri.untuk kali ke berapa ntah bagi en Abe ke Langkawi sebab katanya masa kecik2 dulu dia selalu mengikut makcik/pakciknya yang duk sini.selalu la kot datang bila cuti sekolah.tapi ini kali ke3 bagi aku,kali ke2 bagi kakak/abam dan kali pertama bagi si cikenit cikebum.tapi kali terakhir aku ke sini ialah 5 tahun lepas,Feb 2008.
adik adalah yang paling gembira dalam trip cuti-cuti ni..asyik lari dan gelak je dia
Oh tak lupa,sewa sebiji viva sebagai kenderaan tunggangan.hehe,macam naik unta la pulak kena tunggang.ingat nak sewa Alphard tapi pokok duit-duit tak mengizinkan.tipu jelah..melampau sangat la kan..nak duk semalam je pun.kalau aku ber'uang' pun aku takkan membazir menyewa keta mahal yang nilainya sama dengan bayar ansuran rumah.
lepas dapat kunci keta gi makan dulu..lagipun check in time jam doblas tengah hari.perut dah berdendang lagu keroncong sebab masa turun rumah pagi tu sempat makan semekut cicah air je..aku memang tak suka memasak beria kalau nak bercuti sebab tak suka tinggal makanan berlebihan dan pinggan kotor dalam sinki.hehe (terbaek punya alasan).banyak kedai belum bukak..naper yer?kedai makan pun cuti sekolah gak ker?dah nak sampai pekan Kuah baru nampak kedai makan..ingat nak bekfes je lagipun masih jam 10.00 pagi tapi nampak menu makan tengah hari.so apalagi..terus la breaklunch.sangat menjimatkan.hehe
lepas dah kenyang jalan-jalan ke pekan Kuah..beli cokolat sikit dan tak lupa fridge magnet/keychain untuk kakak bagi pada kengkawan.aku sangat heran bila tengok orang lain sopim cokolat berbakul-bakul.murah sangat ker?aku bukan penggemar coklat beli sebagai ambik syarat je.tu pun dah banyak abis dimakan oleh anak-anak dalam bilik hotel je.lepas abis duit kat situ..kami ke Dataran Lang.
ber3 lebih baik.hehe
masa ke sini..aku teringat kata seorang yang bergelar tokoh agama 'kenapa orang kita kalau gi Langkawi wajib ambik gambar dengan burung batu itu?'.tapi nak buat macam mana kan,anak-anak dah tengok gambar dalam peta..pegi la jugak.ambik gambar berkeping-keping dan bermacam-macam gaya..elok je kami nak balik..sikit lagi nak sampai ke kereta..hujan pun turun dengan lebatnya.sib baik dah abis bergambar.
12.00 tengah hari kami dah checkin kat Federal Villa..komen aku tentang hotel ni?bolehlah..cantik melampau pun tidak..teruk sangat pun tak.tapi anak-anak asalkan ada swimming pool best aje bagi mereka.kalau boleh tido dalam pool tu pun okey kot agaknya.
adik langsung taknak kena air..jauh nun dia lari.takut agaknya.
petang sikit bawak anak-anak ke pantai..tapi takat main pasir je..takut pulak nak bagi diorang mandi so berendam kat swimming pool sampai kecut.bukan anak je..umie dan ayahnya pun join 2 kaki.hehe
lepas berendam perut pun dah lapar..jom layan laksa,cendol pulut dan rojak tepi lapangan terbang itu..ada van dan gerai bawah pokok.penuh dengan customer.
sejuk di tekak (tapi gerai hari pertama tak best macam gerai hari ke2)
pinggan rojak dan cendol yang dah licin.sapa punya agaknya tu yer?
pastu singgah kat DutyFree Shop sebelah Water World beli coklat yang member mengidam.dan selepas itu berlaku 'sedikit drama' yang boleh membuat bulu ketiak meremang.hehe..aku citer kendian la ye..*kena ambik napas dulu*.drama ini juga ada unsur pengajaran yer
malamnya tak kemana-mana sebab dah kepenatan..plan nak kuar cari makan dan tengok suasana malam pun tak menjadi..
okey..selesai sudah kisah hari pertama..hari ke2 sambung besok :)
Comments
=p
tgh pilih lagi ni.hehe
beli cokolat Daim je.
masih ada masa lagi..cuti sekolah belum abis lagi ni ;)
oh samalah kita ;)
tak perasan pun pasal posing dengan burung mcm duk atas tangan abam tu..dah tengok balik gambar baru perasan.nampak berseni jugaklah tapi tak secantik gambar2 dr blog GB ;)
betul..sejuk je turun kat tekak
mak ai..sampai rm400?
saya tak la kot..beli rm57 tu pun saya dah bising.hehe
tapi tolong beli kat kawan je
tak pegi pun idaman suri.huhu
boleh lupa nak pegi sana