Skip to main content

Cuti-Cuti Langkawi 2D1N (Part 2)

okey..last episod cuti-cuti Langkawi.sebenarnya dah malas nak tulis,dah nak basi pun.hehe tapi blog ni adalah tempat aku mencoret kisah kami.so kenalah tulis jugak (w,pun takde sapa paksa) sebagai kenangan masa akan datang.

HARI KE 2..
pagi-pagi lagi lepas bekfes anak-anak mintak nak berendam.so layankan jelah..sampai kul 11.00 pagi duk berendam.kecut segala jari jemari pun tak nak naik..si kenit pun sama naik dengan kakak dan abam.aku dah jegil-jegil mata barulah naik.ish ish ish..



balik bilik,siap-siap untuk check out.pastu terus ke tempat cable car.sebelum naik..pusing-pusing kat bawah dulu..makan kenyang-kenyang sebab dah boleh agak kalau naik atas nanti konfem segalanya menjadi mahal.lepas makan macam biasa la,bergambar kenangan katanya.hehe



abang ambik gambar ala-ala hero hindustan :)

pastu jom naik cable car.baru ku tahu kalau tak tunjuk ic harga jadi lebih mahal.sib baik kami bawak ic( eh!ada ke orang jalan-jalan tak bawak ic?).mykid adik dan abam memang ada dalam purse aku tapi kakak takde mykid.sebab zaman kakak dilahirkan dulu mykid belum diperkenalkan lagi.tapi aku tengok staff tu tak tengok pun mykid yang kami hulur tu,terus jer dia bagi 4keping tiket.adik aku dukung je so mesti dia ingat adik umur bawah 2 tahun.hehe

masa ni ada satu family depan kami yang duk kecoh2 sbb anak-anak tak bawak ic.si ayah muka dah merah sebab bengang kena bayar rega mahal.emm...camner tu?

harga tiket bila tunjuk ic ialah:

DEWASA RM15
KANAK2 RM10
bawah 2 tahun adalah percuma

beratur adalah sangat panjang dan lama..ramai pengunjung pada hari itu.cuaca baik..kalau cuaca tak bagus..cable car tak beroperasi



adik dan kakak dalam cable car.sib baik anak-anak aku semua jenis tak gayat.kalau tak harus ada yang taknak naik..kalau anak-anak taknak naik,konfem la aku pun tak boleh naik kan?



eh!abam lagi..



700 meter dari aras laut katanya



aku pun tak pasti kenapa kenit buat aksi macam ni.nak teropong ker?

adalah lebih kurang 1jam setengah kami kat atas tu..naik sampai atas sekali tapi tak nampak sangat pemandangan kat bawah sebab kabus.elok masa kami nak turun,hujan pun turun sekali..dalam cable car kami dah kebasahan..kelam kabut tutup cermin.tapi takdelah sampai lencun.

lepas je sesi naik cable car terus gi makan (makan lagi.hehe) pastu ke airport hantar keta sewa.lepak kat airport tunggu flight kami jam 7.30 malam.alhamdulillah..semuanya selamat walaupun ada 'sedikit kejadian yang berlaku' tapi itu tidak mencacatkan percutian kami.macam ada sambungan lagi nampaknya..

okey..tamat sudah kisah cuti-cuti kami kali ini.jumpa lagi dilain percutian.Insya Allah

Comments

Kakcik Seroja said…
Kakcik dah pernah sampai sekali kat atas tu tapi tak jalan2 kat jambatannya. Tak larat! :)
Unknown said…
bagus kakak..mandi pun pakai tudung..pandai ko didik dia..

gelak aku tengok adik..muka serius pulak tu..hahaha..ala..adik lebih sikit je dua tahun kan..kira dua tahun la tu..takpe..hihi
Irfa said…
kakcik..
mmg pun.ramai saya tgk yang duduk je
tak pastilah tak larat nak jalan @ gayat
hehe
Irfa said…
RAI..
kakak tu mmg macam tu,kdg2 dia pulak yg tegur aku.huhu

adik tu size kecik so bila dukung org tak perasan dia dah 2 tahun lebih.mcm ko cakap la,lebih sikit je pun..
Chik Na said…
Seronoknya cuti-cuti Langkawi..chik na lg lah malas, cerita cuti langkawi raya cina hari tu tak update langsung :D
Anonymous said…
Dear irfa,

Apakah "sedikit kejadian y berlaku itu?" cer share :)
Liza Razak said…
first time saya naik cable car tu terus tobat tak mau naik lagi..gayat!!
Irfa said…
Chik Na..
samalah saya pun palas jugak tapi gagahkan sbb nak share citer ngan kengkawan yang sudi datang sini.
Irfa said…
CIK ANON..
emm siapakah anda?
cerita itu kalau free akan cuba di ceritakan ;)
Irfa said…
LIZA RAZAK...
kalau gayat jgnlah berani2 nak naik
takut nanti tiba kat tengah2 tu tak tahan.mcm mana nak stopkan cable car tu.
bangsawan nilai said…
kalau pergi langkawi tk naik cable car mcm tak complete...he he
Acik Erna said…
dik akak memang tak akan naik..seriau tu..anak2 pun tak bagi naik sendiri walaupun dah besar..risau..sudahnya semua tak naik..dok keliling2 dibawah je..
Aidah said…
Akak tak naik pun hari tu masa gi langkawi. Takutlah pulak. Kalau akak pitam memang jadi kes nanti. Bukan ringan2 nak dipapah. Hehehe.
Irfa said…
BangsawanNilai..
acara wajib tu tapi bagi yang gayat..rela duk bawah la
Irfa said…
Kak Erna..
kalau naik cable car dah gayat macam mana nak naik kapal terbang ni?
Irfa said…
KAK AIDAH..
kalau gayat jgn cari pasal..nanti kena panggil helikopter datang ambik kat atas sbb takut nak turun balik.hehe
Rumah Kuning said…
eeee...... taknak naik cable car lagi. gayat yg amat.
Irfa said…
RUMAH KUNING..
gayat jugak ke?
ambik gambar dari bawah je lah
hehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t