Skip to main content

Dear Follower.........



kemain lagi..bajet macam la blog hebat ada ratus ribu punya follower.huhu.tapi setakat 195 follower ni,aku dah gembira sangat.ingat senang ke orang nak follow kita walaupun cara follow tu tak susah mana..sekadar klik je.tapi kalau aku sendiri pun bukan semua blog yang aku masuk itu,aku follow..memilih jugak tau.cuma bila ada yang masuk blog aku dan siap pesan 'ai follow u,nanti follow la ai balik'.rasa macam sedikit pelik pun ada ..dah macam kena paksa pulak.rasa serba salah tak follow..nampak tak dalam kes begini,aku jenis tak sampai hati nak hampakan permintaan orang.

TAPI..ada tapi tu yer,kalau boleh..dah follow tu jangan lah pulak bila aku klik kat icon blog korang tu tapi url nya tak keluar.ajak aku main nyorok2 ke?janganla gitu..awak dah baca cerita kita,kita pun nak baca cerita awak jugak

boleh?

selamat berhujung minggu..tekak rasa macam nak makan nasi arab la.emm..kemana kita?

Comments

Unknown said…
saba!!!! eh ye ke?

eh tahun bile eh ai follow yu, yu follow me.. aku rasa ko antara follower terawal masa zaman aku pemalu dulu..wakaka..
~Cik Sweety~ said…
wehh..sangat bangga tau bila follower dh cecah ratus tu..ingat senang ke.. teringat masa mula2 mencampakkan diri..xdop yg nak follow kte walaupun dh follow dia..hukhukk..kesian kann...
Lady Windsor said…
i follow kalau i suka baca..dia tak follow i pun tak pe...:)
gerhana luka said…
bergoyang-bergoyang i follow bak kate SY... hee..
zino said…
zino dah bertahun baru nak cecah 200 hehe lembab betul hehe
Dah folo kat sini...
Lama dahhhh...
Mak Wardah said…
akak follow blog yang akak suka baca
HeNRieTTa JoSe said…
hehehe...biasa lew tu...rietta pown biasa akan follow semua yang follow rietta...semua yang komen pada rietta dan semua yang rietta suka baca...

klu kt penang...nasi arab kepala batas yang paling femes...
mummY daniSha said…
ha ar kan..ada yg x bg link..camna nak follow kan?
sweetie said…
Takat jadi folower je, tp tak tau pun apa yang tertulis dlm blog org yg di folow tu. Folow tu untuk apa? Tp kalau ada yg minta difolow, saya ikut juga le. Tak nak hampakan mereka. Tp ada gak blogger ni yg sombong, kita 'sapa' tak nak 'jawab' pun. Mereka ni memilih, kalau ramai blog tu ramai folower barulah mereka nak folow.

Folower blog saya yang pertama kini bukan saja rakan maya saya tp juga jadi rakan FB anak saya. Irfa pun kenal. Dan Irfa singgah di blog saya pun sebab jumpa url saya di blog dia kan? Thanks Irfa sudi jadi rakan maya saya. Moga kekal dan mana tahu, satu hari kita ditakdirkan bertemu! Boleh ke?
sweetie said…
Rai! saya masih ingat orng yg mula-mula folow saya.
Biarlah rahsia said…
tekak k.bi pun terasa-rasa nk mkn nasi arab ni...hr tu pi kursus kat tempat oren...sempat merasa restoran nasi arab kat situ...sedap dan paling murah setakat ni...nasi mandy ayam cuma RM10.99 shj...teringat2 nasi kambing kat mekah sana...
Arena said…
Aku tak letak mender follower ni sebab takut takde orang follow, malu nanti muahahaha. Lepas tu aku jadik pemalas nak usik2 blog. Rajen buatentry jek. Nak menghias dan tambah elements semua malas, hahaha.
paridah said…
org baru irfa ada follower sorang dua pun dh ok..maknanya ada yg sedar keberadaan blog tu di alam maya...
Irfa said…
KAK PARIDAH..
betul tu ;)
sbb tu saya sayang semua yang sudi klik sbg follower saya w,pun yang datang sini adalah orang yang sama je ;)
Irfa said…
ARENA..
dulu2 masa nak letak column tu mmg malu tersipu2.
sib baik ada yg sudi follow .kalau tak mmg aku remove je ;)
apa2 aku suka baca blog ko...wajib baca tau
Irfa said…
KAK BIE..
memula dulu bila org cakap nasi arab saya takleh bayangkan mcm mana rupa nasi tu..bila pertama kali makan pun saya xleh masuk sgt sbb masa tu tgh alahan peknen..sekarang dah jd mcm acara wajib pulak setiap bulan mesti nak makan.pdhal bukan bagus pun sbb nasi tu dimasak ngan minyak sapi..sesekali boleh la ;)
Irfa said…
SWEETIE..
betul tu..mungkin juga ada kes,follow tanpa baca dengan harapan org akan follow balik.tapi saya akan cuba baca dan kenal tuan punya blog tu..kalau dah lama tulis dan tulisannya panjang2 tak larat jugak nak baca semua kecuali isinya mmg menarik.saya penah baca blog yang sgt menarik dan saya khatamkan dalam masa seminggu semua yang dia tulis selama 3 tahun ;)

nak ketemu?boleh je..datanglah ke klia :)
Irfa said…
MUMMY DANISHA..
mgkin dia tak sedar setting blog dia tu tak tunjuk blog dia.kalau dah sedar nanti..saya harap dia akan betulkan itupun kalau dia mmg tak berniat nak sorok.tp ada juga yg tak selesa nak tunjuk tu psl dia sorok.selera masing2 ;)
Irfa said…
Rietta..
samalha kita,org berbudi kita berbahasa..tak salah ramai kawan w,pun cuma di alam maya.saya pun cuma mnulis kisah biasa2 je..takde rahsia pun

oh tq ye sbb bagitau..mana tahu kalau ke kepala batas boleh cuba nasi arab femes kat sana pulak :)
Irfa said…
MAK WARDAH..
termasuk saya ker?hehe
Irfa said…
KAK AIN..
terima kasih sudi follow w,pun blog tak seberapa ;)
Irfa said…
ABAH..
200 itu tapi semua yang baik hati dan ikhlas memberi komen.
itu lebih baik dari 10000 yang hanya sekadar klik sbb nak kita follow dia ;)
Irfa said…
GL..
dah lama tak dengar celoteh SY sbb sekarang tumpang kawan gi keje
dia suka buka siaran SelangorFM ;)
Irfa said…
LW..
tak pesan okey lagi..
dah pesan rasa macam tak sampai hati hampakan org ;)
Irfa said…
RAI..
aku sebenarnya cari orang lain tapi ter klik blog ko lepas tu terus jatuh cinta ;).
boleh?
Irfa said…
SWEET HONESTY..
bangga sampai kembang2 bontot ke?hehe
sekarang dah femes kan?biasalah..org baru mesti ramai yg tak kenal
sekarang dah kenal,terus jatuh cinta gitew..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t