Skip to main content

Pertama Kali Buat Ayam Percik Putih

sabtu ahad,adik-adik datang berbuka kat rumah.seperti biasa..masa ni lah kalau nak main masak-masak..kalau berdua dengan si abam je aku makan apa ada.penat masak pun aku dan abam je yang makan.si abam tu dapat nasi goreng cukupla bagi dia..masak pelik-pelik nanti ulang alik masuk peti ais lama-lama destinasinya ke dalam tongsampah.tapi aku buat ayam percik ni..komen dia 'abam suka ayam masak macam ni'nampak gaya kena buat lagi..'abam.posa tahun depan boleh ke?'hehe.pandai ye umie kata abam suka nasi goreng je padahal umie yang tak rajin nak masak pelik-pelik.

okey..sebenarnya nak citer..pertama kali aku buat ayam percik kelantan (yang kaler putih tu ye)..sib baik menjadi.kalau tak jadi konfem tak letak kat blog.hehe.resepi dari dapur Mamawandiha korang kalau nak copy paste resepi boleh klik kat situ sebab blog aku sorry takleh copy.blog aku bukan blog resepi tapi saja gatal nak try resepi orang

ni resepinya aku copy paste..minta halal ye mamawandiha

Bahan2
½ ekor ayam ~ potong 2 bahagian (taknak potong pun boleh.. ikut suka)
Sedikit kunyit serbuk
Sedikit garam

Bahan Kuah
1 biji kelapa ambil 4 ~ 5 cawan santan (MadihaA guna santan kotak cap ayam 200 ml + 2 cawan air)
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
3 batang serai
1 ½ inci halia
1 keping asam gelugur
garam secukup rasa
2 sudu kecil gula

CARA-CARANYA:

1. Ayam dibersihkan, dikelar dan lumur dengan garam dan kunyit.
2. Bakar ayam dlm oven dengan suhu 200C (api atas bawah) sehingga ayam masak. Dalam 15 minit balikkan ayam supaya garing rata. (Sori tak tengok masa.. so agak2lah yer hingga ayam masak). Sementara ayam masak.. sediakan kuah percik (Caranya ada dibawah)
2. Bila ayam sudah masak, lumur/ curahkan dengan kuah percik. Dibakar lagi sebentar dan dibalik-balikkan & curah pula kuah dibahagian satu lagi dan bakar lagi agar kuah meresap ke dalam isi ayam tadi.
3. Sedia utk dihidangkan. Hidangkan / curahkan sekali lagi ayam dengan kuah percik lebihan tadi. (Step ni Madiha tak curah pun.. terlupa.. tapi kuah tu terus ku sudukan dlm pinggan nasi )

Cara Menyediakan Kuah Percik
1. Kisar halus bawang merah, bawang putih, serai & halia.
2. Panaskan santan dan masukkan bahan blender, garam dan asam keping. (untuk step no. 2 ni.. Madiha tumiskan bahan2 blender tu sehingga agak garing pastu baru masukkan santan. Ni sebab Madiha guna santan kotak so kalau tak tumis nanti jawabnya tak naik minyak ler kuah percik ku ittew )
3. Kacau sentiasa sehingga naik minyak dan pekat. Masukkan sedikit gula dan masak sekejap lagi. Rasakan biar secukup rasa.

dan ini hasil air tangan aku.



emm..yummy.nanti nak buat lagilah ;)

Comments

Unknown said…
cunlah rupa percik ko.. susah nak jumpa ayam percik sedap skang ni..rata rata rupa nampak macam ok..rasa tah ke mana mana.. ke laut gamaknya..
Aidah said…
Anak2 akak jatuh chenta dgn ayam percik putih ni sejak makan di rumah kawan di KB tahun lepas. Sampai sekarang teringat2.
:: CIKVIVA :: said…
kukus grill panggang siram..terbaek..
zino said…
yg penting licin hehe
Anonymous said…
klu masak sendiri apa2pun sedap...tambah2 ayam percik...hehe...anak2 k.bi...masak apa2pun diorg puji sedap...kami bulan poso ni boleh dikatakan hr2 keje bakar membakar je...guna arang...k.bi
Lady Windsor said…
Ya rabbi...lamanya tak makan ayam percik kuah putih ni..thanks resipi.
Irfa, nak datang raya ke 2 ek? Ok datang je...datang tau!
Acik Erna said…
dik..bagi tau abam..tak yah tunggu puasa tahun depan..bila2 cuti ummi bleh buatkan..janji abam suka makan..
Irfa said…
RAI..
ayam percik aku tu,rupa dan rasa seiring ;)
bolehlah takat tekak sendiri
dah hebat nanti bolehlah aku menjual kat param tahun depan
ada berani nak jadi rakan niaga?hahaha
Irfa said…
KAK AIDAH..
kami adik beradik dah biasa makan percik putih ni sejak kecil
tapi menu ni mak cuma buat bulan posa je ;)
jarang la dapat makan
Irfa said…
CIK VIVA..
iklan masterchef kah?
Irfa said…
ABAH..
bulan posa ni semuanya licin :)
Irfa said…
KAK BIE..
rajin akak membakar.
kami ni baru kali pertama membakar bulan posa ;)
itupun bakar atas dapur gas je..
Irfa said…
LW..
resepi copy paste je ;)
plan nak jugak beraya ke windsor kalau balik cheras tapi tak janji
maklumlah..nak kemana2 kena tunggu org bawak baru la sampai
Irfa said…
KAK ERNA..
insya Allah..kali pertama buat menjadi,takdelah susah mana nak buat lain kali ;)
NenetPenne (NP) said…
syabas beti syabas...
yelah i kan tak reti buat menda ni..tengok bahan dan cara buat mcm tu, konfirmlah tak akan buatnya.... susahnya... ha ha ha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t