Skip to main content

Jauhnya Beza

ingat tak,tu ari aku ada tulis 
pasal kawan yang pegi Paris last week
dia dah masuk keje
kelek beg ni



*aku pandang sambil kelip-kelip mata*
tahu bape dia beli?Euro95.
ambik cth nilai tukaran wang
rm3.9 x 95=rm370.50 sen duit kita

tapi aku jumpa satu website
jual beg yang sama
RM830..
malas nak letak link..takut kena saman
hehe

berbaloi gila kan?
banyak betul bezanya
yelah...tapi tambang nak gi sana dah bape
kirim kat orang belikan mungkin berbaloi la kot

petang-petang gini
hujan pulak di luar sana
memang syok berangan
layan mata ngantuk buka website layan gambar handbag
pompuan dengan handbag ibarat 
gigi dengan gusi
tak dapat dipisahkan

.......layan jelah...... 

Comments

Nanti dah cukup duit dlm tabug tu bagitau saya yer :)
NenetPenne (NP) said…
apsal hari tu tak kirim kat dia??
masuk sini memang mahal..duti import laa , duti eksais laa....haihh duti pun nak kena eksersais...

cepat tampar perut, bikin malu bikin malu..ha haha...
Mak Wardah said…
Irfa, samalah kita, akak kat sini mata kelip2 sbb ngantuk sangat
Anonymous said…
blog tu juai 8xx tapi butik LC kat mesia plak jual 1k ++ so tetap berbaloi la if beli kt blog. klu nk oberseas jauh plak kn
Anna said…
kawan2 i yg salu pi US acap kali offer nak mengirim COACH tak?..murah katanya..tapi kan, aku ni bukan jenis setia pada satu handbag tu pasal aku tak mo melabor byk2...dorang berlomba2 beli..katanya murah..mmg lah murah kalau kat sini 2-3 riban kat satu 2-3 ratus jer..tpi still bagi aku mahal taw..heheheh,
Nur farahiza said…
tahu tape , masuk kat k.l nie or website mmg mahal sangat
Mulan said…
masih setia dgn handbag vietnam... biorpon belas hengget je.. tapi ada macam2 kaler & design.. blh tukar2 sokmo..
zino said…
kalau nak ke Paris semata nak cari beg memang sangat tak berbaloi hehe
Lady Windsor said…
owhh cantik gak eh beg tu...Irfa jom penuhkan tabung nanti kita kirim pada KA nak beli LV..
Unknown said…
memang la irfa..banyak je macam ni. eh..kalau beli dari obersi nanti kat kastam tu dia cas tax tak eh.. kalau pos..
ZieMarziah said…
ermmm barang ape2 pun bila masuk mesia otomatik jadi mahal

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...