hai ;)
tq sudi singgah sini lagi dan layan entri ke3 aku untuk hari Rabu yang katanya Wordless Wednesday.yelah sangat...mana 'less'nya kalau dah 3 kali post entri.huhu
Korang tahu kan mak dan adik aku ada kat sini,pagi semalam sampai dari kampung cerita kat sini.dan sekarang aku masih memikirkan kemana nak bawak diorang mengisi masa lapang.bukan senang tau mak aku nak datang..inipun sedih sebab ayah tak datang,macam tak cukup korum je.huhu.Cuti sekolah yang panjang ni je kalau nak datang pun.yelah,aku kan masih ada sorang adik yang bersekolah.Kalau tak cuti sekolah memang tak boleh kemana-mana lah.
eh..sebelum itu aku gugel apa itu MAHA ?(kotlah ada yang tak tahu..macam aku dulu-dulu,duk dengar orang sebut MAHA tapi aku tak tahu apakah bendanya)
-sumber dari sini: MAHA ialah PAMERAN Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (Maha International) 2012 yang dijadualkan berlangsung di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor pada 23 November hingga 2 Disember ini.
Jumlah gerai jualan ditambah pada tahun ini dengan keseluruhan 2,200 gerai dengan 520 daripadanya adalah daripada usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta penyertaan daripada 25 negara.
Banyak blog yang tulis pasal MAHA 2012 tapi aku share blogger yang ada dalam list aku je.Antaranya yang aku dah baca ialah:
# disini-kak aidah
# disana-kak net
#di sinun juga ada-mud2u
Hajat hati nak jugak kesana saja meramaikan majlis tapi............aku ni pesen 'cepat panas' kalau berada di tempat yang ramai orang nak pulak cuaca panas.huhu.daripada nak seronok jadi tak seronok.Katanya Sabtu ni last day.emm..mesti lagi ramai sebab dah last day.nantilah aku fikirkan.
Ramai yang kata tempatnya 'maha luas' kalau nak menapak walaupun ada kenderaan disediakan dan parking pun susah.Oh,dengar tu pun aku dah semput.Belum pegi lagi dah semput,acaner?
Susah-susah sangat kita goreng bihun dan nugget @ masak nasi lemak dan goreng keropok..start engin keta ke PD je..sampai sana bentang tikar sambil makan boleh tengok air laut.hehe
Tengoklah nanti.........
Comments
Nak dekat mai la Putrajaya, boleh piknik kat wetland atau lain2 taman.. yg tengah dalam usaha nak kurus boleh joging2..he he
Teringin nak pergi ke MAHA.. tp apakan daya jauhnya ler rasa.....
kalau ko nye port tempat ramai turun ok la..yg plg senang turun naik kat dewan dia tu.
kwc?itu tempat membeli belah secara borong tu kan?emm pokok duit2 dah togel pun..hehe
#kakcik..
rasanya pd adalah yg terbaik sbb dah dekat ngan umah ;)
#siti saliza..
layan gambar kat blog orang pun dah boleh rasa kemeriahannya :)
#sherwieyna..
akak pun tak penah sampai sana lg
duk dengar citer org je tiap tahun
#makchaq..
cuaca takleh ramal sekarang ni
kdg2 pagi nampak cerah tiba2 je hujan