Skip to main content

Dress Cantik dari ThePoplook

mata adalah mengantuk
kepala adalah sakit..nyut nyut nyut
# teringat lagu dangdut (lupa pulak sapa yang nyanyi)
'nyut nyut kepala,rasanya mahu pecah'
gara2 kamu,marah2 padaku'

meh klik sini ThePoplook 
# tarik napas..hembus.lawa-lawanya.
aku suka tengok orang pakai maxi dress 
nampak feminin sangat
tapi...
ada tapi ye
aku tak suka satu benda
kalau nak masuk toilet untuk urusan 'hajat'
mesti kena selak dari bawah
tak suka situasi itu..
dan lagi,kalau nak solat..
aku rasa tak yakin baju itu bersih
eh!macam ada sindrom OCD pulak ye
kalau pakai baju kurung boleh tanggalkan kain bila nak solat
kalau pakai seluar boleh tanggal seluar
kalau pakai dress,mesti kena salin semua terus
# alasan.ker takut orang tanya 'dah berapa bulan?' huhu



lawa kan?

tapi yang ni pun lawa  jugak



# cuci mata di petang hari sambil mulut kunyah cekodok..
oh indahnya petangnya jumaat

Comments

Unknown said…
nanti nak tanya wife dia suka tak baju macam tuh...:)
Aku ade gak beli satu tp cersi tall. Hehehe...
Unknown said…
Aku suke shopping kt sini
aNIe said…
Assalmualaikum Irfa.. akak ada beli dress dari Poplook... memang cantik... akak suka..hehehe...
IndaMarya said…
Irfa, nice dresses, yg atas tu memang utk yg super slim, kalau tidak memang org akan tanya berapa bulan dah ? he he. yg peplum bawah tu pun memang nmpak sesuai for slim and slender body. org muda mcm u alls sgt sesuai.nmpak vry feminine indeed.dulu masa middle 80s and 90s saya prnah pkai peplum.paai dgn kain duyung.now trend tu dah mai balik..
Rumah Kuning said…
rasanya mau sentap seminggu, jika ada org tanya: eh, dah berapa bulan? hehehe
Mulan said…
nak jgk pakai dress tp tak sanggup lah.. bonjol sana sini..
macyhumaira said…
hehe comel pulak. tapi kan. bab semayang kena cek semua ni ramai juga yg ambil ringan..
4feet8 said…
irfa, sy tak boleh beli online. takde size. jeles juga tgk org pakai dress. tapi tak boleh beli online. kena tempah. bila bab tempah yg malasnya..
NinaAz said…
Nina suka pkai dress cm ni sb bontot dan peha besar, xbest pki seluar. Agaga
Tp 1 laaa. Orgselalu tny pegnent dah kea. Huuuu. Kita y xpegnent dan dlm proses berusaha ni sikit sensitip soklan tuh
ellynadyra said…
tgk org pakai hasil belian kat poplook cantik2, tapi tak pernah beli lagi!
perut muncit, kurang konfiden nak pakai dress la!

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...