Skip to main content

Euwwwwwww.. Sangat Menjijikkan

AMARAN KERAS:
# bagi sesiapa yang belum sarapan tidak digalakkan membaca entri ini kecuali kamu memang kuat semangat dan tahan loya..sekian

Ini kisah jumaat lepas..
Seperti biasa jam 5.30 petang,aku dah melenggang ala itik pulang petang menuju ke carpark dengan member yang aku tumpang keta dia (sekarang aku dah dapat tumpangan baru..so sampai awal sikit dari sebelum ni.Anak2 terutama si abam gembira sebab dapat pegi taman lama sikit.sebelum ni sampai umah 7.00 malam,abam tak sempat nak gi taman tapi sekarang 6.20 petang dah sampai umah)

Hari kejadian,member park keta tingkat 4 kalau tak silap aku..so konon nak bakar lemak yang ada,kami taknak naik lif.Konsep 'guna tangga bagus untuk kesihatan jantung anda'.

Dari tingkat 3 nak ke naik ke tingkat 4 (kalau tak silap aku la) ada bau yang sangat busuk masa kami nak naik anak tangga tu.baunya macam 'najis manusia' (sebut najis elok sikit dari tahi).Tapi aku takde cakap apa cuma tutup hidung dengan hujung tudung.Orang tua pesan 'kalau terbau busuk waktu malam,jangan tegur..nanti ada yang ikut balik rumah' tapi waktu itu bukan malam ye.

Sekali ada orang kakak yang duk belakang aku bersuara 'memang bau tahi pun..ada orang berak' aku tak komen lebih sebab fikir tak logik la ada orang berak kat tangga tempat orang lalu lalang macam tu.Cerita tu abis disitu.

Pagi ni..masa nak masuk opis terserempak dengan kakak yang cakap pasal orang berak tu sekali lagi.Katanya 'masa akak cakap pasal orang berak kat tangga tu sebenarnya akak memang nampak sehari sebelum tu.ada taik bertompok atas tangga dan akak nampak spender tepi dinding.akak rasa memang ada orang berak.Mungkin dah tak tahan sangat kot..dia berak dan tanggalkan spender kat situ'.

Serius nak muntah masa dengar akak tu cakap.Ada jugak yang sanggup buat keje tak senonoh macam tu.Kan bagus kalau ada cctv yang rakam perbuatan tak senonoh itu.Pastu upload kat YouTube bagi satu Malaysia tengok..euwwwwwwwwww

Tapi..masa memula masuk rumah sendiri dulu banyak jiran2 ngadu rumah mereka 'di berak'.Ada yang jumpa tahi di setiap anak tangga.Rumah kami pula,dia berak sampai tahi kering dalam mangkuk toilet..masa tu rumah lom siap..dan takde paip lagi.Agaknya pekerja perumahan tu membuang kat situ sebab dah tak tahan

Aku penah dengar ada orang kata 'pekerja yang buat rumah tu kalau tak puas hati dengan majikan,dia sengaja 'berak' dalam rumah belum siap supaya pemaju kena komplen dengan pemilik rumah' entah betul ke tidak aku tak pasti

Comments

Unknown said…
mak aih..umur berapa tu..?

kesian makcik cleaner..

aritu ada sorang makcik tu cita ada orang berak atas lantai toilet.. instead of ke dalam toilet.. pengotokk..
NinaAz said…
adoiii. tak senonohnya.. macamlah kat Malaysia ni tak de tandas. huhuhu. ke terrrrrrrkeluar ekkk. huhu
Hanis Azla said…
Salam irfa..

ishhh.. nasib baik dah breakfast pagi ni.. kot ye pun tak tahan takkan sampai macam tu sekali kan.. rasa macam tak patut betul..
Jari Manis said…
eeeeeeee....busyukkkkk
Ati Masrif said…
assalamualaikum,

isshhh...kalau buyuk perangainya kat
mana2 pun selamba melepas gitu!

ada kisah dulu2 ada juga orang yg sempat bercengkerama di ruang tangga...bayangkan...huhu~
huwekkk...gelinya...loya tekak ni...
Sapa la manusia yg buat cam tu...
Ratu Hatiku said…
eeeeeeeee.........gelinya... kembang tekak nie.. apa punya org lah mcmtu...
MOKCIK AZWA said…
Ini macam cerita pengamal ilmu hitam yg mewajibkan seseorang itu membuang kat sesuatu tempat utk membolehkan ilmunya berkesan..euwww...sungguh menjijikkan..
Cho Zila said…
itu melambangkan apa yerk.. orang malaysia, orang melayu , orang Islam tolonglah jangan buat perangaitu... busuk....
Anonymous said…
Salam Irfa,

Terima kasih singgah rumah maklong.

Ada orang kata dia orang berak tu adalah salah satu cara pukau, tak taulah betul ketikda. yang pasti memang perangai tak senonoh.
Unknown said…
salam Irfa,
sya dh sarapan-cum- lunch, tetiba bila bc entri nie rase loya n jijik plk. Kalau sya munth hari nie u lah brtanggungjawab ye.hehehe....
TQ
sweetie said…
Aik Irfa kat KLIA yang nampak bersih dan pintu masuk utama ke M'sia tu pun ada orang buat perkara tak beretika juga ke.. ish..ish! Agaknya mlm sebelum dia makan julap kot... dah tak sempat mengejar ke tandas.
Irfa said…
# RAI..
tidaklah dapat hamba meneka umurnya sebab hamba pun dgr org bercerita.
kata akak itu berdasarkan spender yang ditinggalkan pastinya dia lelaki yang sudah matang.sian clenar yg bertugas hari itu.barangkali smgggu x menjamah nasi.huhu

# NINA AZ..
pastinya toilet area situ adalah free dan bersih kerana dicuci setiap setengah jam.mgkin kes kecemasan tapi sdg membayangkan waktu bila kah dia memerut sebab org selalu lalu lalang disitu,mgkin waktu awal pagi.hehe

# CV..
bukan takat euwww je..muntah hijau terus

# kak Hanis..
itulah yg saya tak paham..mcm mana tergamak buat mcm tu

# JariManis..
cepat sapu minyakcap kapak kat hidung ;)

# Ati..
emm asmaradana di tangga?mgkin itu lagi jijik kot.hihi

# kak Ain..
masih dalam siasatan ;)

# RatuHatiku..
mgkin kena cari jalan alternatif sbb x nak lalu situ..kalau lalu sila angkat kain tinggi takut tersapu sisa-sisa.yerk..

# KakAzwa..
emm penah dgr pasal tu.tp itu kawasan hala ke parking.apa ilmu dia nak amal?ilmu mudah dapat parking ke?hehe

# ChoZila..
tahap warganerasa tak dapat dikenal pasti..hehe

# Maklong..
menakutkan dan juga menggelikan

# Tifa..
welcome ;)
maaf buat awak x lalu makan ye
nanti saya buat entri yg buat awak berselera.hehe

# KakSweetie..
tpt tu agak tersorok.parking staff yg ramai kat situ..dan level tu org jarang naik kecuali semua level dah penuh..kira dia igt bau itu takkan dihidu oleh sesiapa dlm masa terdekat.
Dr K said…
hahahaha..

lain kali kalau nak kasi entri lebih mantap, awak letak sekali gambarnya...

:P
ZieMarziah said…
kiki dah terdesak tu..tangga pun tangga la ehehehe

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t