Salam Khamis untuk semua (^_~)
Semalam aku coti sambil ber 'dating' dengan enAbe.Berdua tak bawak anak..kira dating le kan?Bukan sesaja nak cuti tapi ada beberapa urusan yang perlu diselesaikan.Kuar umah awal tapi setelkan beberapa urusan di area berdekatan.Dalam pukul 1.00 tengah hari barulah kami gerak ke Key El.
Okey...aku ni nama je family mentua duk Cheras (area KL le kan) tapi kalau dah masuk umah mil memang aku dah malas nak keluar..Jadinya,dah lama benar aku tak menjejakkan kaki ke pusat bandar KL itu.Sebenarnya,sesekali ke luar ke KL aku rasa sesak napas..dengan jem dan kesibukkan warga kota bersama urusan masing2.Aku membayangkan macam mana la pegi balik keje hari-hari ngadap jem.Aku ni menunggu traffic light merah tukar kepada kaler hijau pun dah rasa nak muntah.Memang sesuai sangat rumah aku duk di ceruk kampung (ai suka rumah sekarang walaupun orang kata duk ceruk kampung,masuk je taman tu rasa aman tengok pokok kepala sawit,tengok bukit.hihi).
Pada pendapat aku,kalau ke KL eloknya pergi berdua,sorang setelkan urusan dan sorang boleh tunggu keta.Gilir-gilir mengikut keperluan urusan tersebut.Kalau pegi sorang,dengan nak cari parking pastu nak menapak lagi..buang masa je.Jadinya banyak la turn aku tunggu keta..biar enAbe je yang turun naik panjat bangunan.Ai kan puteri lilin,kalau berpanas-panas nanti 'darah saya akan naik atas'hehe.
Sepanjang terperuk dalam keta,ada beberapa benda yang aku dapat tengok (masa kejadian adalah area Jalan Raja Chulan dan waktu warga opis baru balik dari lunch).

- Depan bangunan tu ada beberapa lori pikap jual makanan tengah hari..ada makcik/pakcik yang jual nasi beriani siap bungkus,ada yang jual nasi dengan lauk pauk,yang jual air dan juga jual rojak buah. #Pandai mereka cari rezki..dan betulla bagai dikata 9 dari 10 pintu rezki adalah dengan berniaga.
- Banyak sungguh bangunan baru tumbuh,ibarat cendawan tumbuh selepas hujan #majulah Malaysia tanah airku yang tercinta.
- Sebelah bangunan yang kami berurusan..ada shopping mall.wah!banyak best ye..balik dari lunch jinjit beg plastik barangan yang di beli hari itu.Macam adik ipar aku yang keje area sini..katanya'dalam takde duit pun mesti ada je benda nak beli..maklulah opis sebelah soping mall.kalau tak barang sendiri..baju anak pun jadi'.hehe#majulah shopping mall untuk para wanita.
- Sebelah keta,ada bangunan baru tengah buat..golongan pekerja adalah warga asing..samada bangla@indon.Kalau takde mereka..sapa yang nak keje berat macam tu.Anak2 muda kita pastinya tak nak keje berpanas terik macam tu kan?baik la keje salesman kat shopping mall..ada ekon.#Malaysia adalah lubuk emas bagi warga asing mencari duit.
- Karenah para wanita yang menarik perhatian peragut.Contohnya:ada sorang awek cun ni..dari jauh aku duk perati gelagat dia..jalan sambil duk belek henpon jenama kat tangan,beg duit kepit celah ketiak.Menonong jalan tak tengok kiri kanan barangkali tengah apdet fb dengan status 'baru lepas lunch.makan nasi lauk ikan keli sambal dengan sayur pucuk paku masak lemak.sedapnya..korang dah lunch ke?'hehe..suka hati buat dialog sendiri.kiri kanan jalan banyak motor lalu..kalaulah ada peragut yang menunggu mangsa waktu itu,tak mustahil awek itu jadi makanannya..sepantas kilat samada beg duit@ henpon mahalnya diragut..sapa nak kejar?semua orang sibuk dengan urusan masing-masing.#peragut vs mangsa ragut..siapa yang salah?
# dipendekkan cerita..tak semua urusan boleh setel dalam masa sehari.huhu
Comments
hahaha....mcm laporan wartawan di lokasi.
'saya, irfa melaporkan dari jalan raja chulan, kuala lumpur utk tv10...'
tak sampai hujung bulan duit memang habih.. tak dak duit pakai kad pulak.... memang parah..