Skip to main content

Kelas Tajwid :Men'top up' Yang Mana Kurang

Ehem ehem..malu nak citer sebenarnya,harap jangan ada yang fikir aku nak menunjuk bagus ke hapa.Aku cuma ingin berkongsi cerita..mana tahu ada manfaat bagi yang datang baca blog 'merapu' aku ni.

Sejak beberapa minggu lepas aku ada join kelas Tajwid yang dianjurkan oleh ahli surau di pejabat ni.Sebelum join kelas,macam biasa la 'setan' cucuk jarum 'tak payahlah join.ko kan dah pandai baca Qur'an.sama je yang ko belajar zaman sekolah dulu..ulang benda sama je.baik ko duk opis layan blog ke bersembang ke,lagi best' itu dah memang kerjaya dia mengoda cucu cicit Nabi Adam,nak buat macam mana kan.Tapi aku cuba tepis dengan fikir 'aku ni asyik sibuk dengan urusan keje..urusan rumah tangga..takde masa nak mencari ilmu bekalan akhirat..malunya pada Allah.tak dapat buat banyak,dapat sikit pun jadilah' itu yang aku fikir.


Benda yang aku nak share kat sini ialah:

  • niat utama aku belajar ialah nak 're-fresh' balik benda yang aku dah belajar dulu dan semoga aku aku dapat ajar anak-anak aku mengaji dengan betul dan bertajwid.
  • walaupun kita pernah belajar mengaji dengan tok guru/ustaz masa zaman kecil dulu tapi kalau kita tak amalkan selalu..mesti kita akan lupa,kalau tak lupa terus pun mesti ada tergagap-gagap nak habiskan selai muka surat.
  • bila belajar jangan tunjuk pandai..jangan gelak bila orang lain baca tak betul @ buat silap.Semua yang datang dengan niat nak belajar,nak refresh balik yang pernah kita belajar.Biasalah kelas dewasa..hehe.cikgu ajar minggu lepas,minggu ni dah lupa.huhu.banyak sangat benda nak fikir 
  • belajar ilmu tajwid hukumnya SUNAT tapi membaca AlQur'an dengan bertajwid adalah WAJIB (ustaz tu yang kata..kalau silap maafkan aku)
  • baca Qur'an bukan boleh hentam keromo dengan niat 'asal baca cukuplah'sebab ia boleh mendatangkan dosa sebab baca sesuka hati (elok2 baca nak dapat pahala..dosa pulak yang dapat sebab baca tanpa tahu hukum)
Emm apa lagi ye?itu je yang aku ingat setakat ni.Maklumlah 'kelas dewasa'hehe

Comments

Ann Ishak said…
bagus, semoga menjadi amalan nanti. seronok mendalami ilmu agama ni kan :)
Jari Manis said…
JM suka perkongsian entri ni coz JM pun sama cam Irfa gak..boleh la baca Al-Quran tu tapi tajwid nyer kekdangan tak berapa nak mantop..

Kalau area opis ni ada buat pengajian camtu nk jgk koin :-)

Tak perlu malu nak belajar..peduli apa org nk ckp..tak mati pun heee
IndaMarya said…
irfa, 15 years ago sebelum saya mendalami tajwid, baca quran macam baca buku biasa, tapi selepas tahu tajwid baru la dapat kenikmatan membaca alquran,baru rasa indahnya sebutan setiap hurufnya.moga Allah berkati usaha kita.
Aidah said…
Alhamdulillah ada peluang masuk kelas ni. Akak pun bercadang nak pi carik jugak. Rasa belum cukup ilmu ni, banyaaaak lagi yang nak top up.
Cute header baru blog Irfa ni. Sukaaa..
MOKCIK AZWA said…
Irfa..syukurlah cuma nak memperbetulkan tajwid..Mokcik masih merangkak2 nak mengenal huruf di kelas dewasa hehe
rinkume_zi said…
sama ngan saya, kat opis pun ada kelas belajar tajwid, tapi sekali seminggu jer. daripada tak der kan. mmg, kalo kat rumah tak terbuat, kat opis jer ada masa untuk kita cari ilmu lebih sikit, contohnya buat dhuha dan belajar tajwid ni. salam kenal. ;-)
Irfa said…
# Ann..
insyaAllah..
moga dapat perbaiki bacaan kita
baca dgn hukum taiwid yg betul sbb saya ada baca ramai yg salah baca surah Alfaihah sedang itu bacaan wajib dalam solat kita.sedih kan?

# JM..
Sama2..kongsi ilmu yang sedikit
Moga ada manfaat utk kita semua
Kdg2 kita terlalu sibuk dgh urusan dunia sdgkan baki umur kita dah makin sikit.kat opis ni dah lama ada tp saya je yg baru tahu 

# Kak Inda..
Betul tu kak..kalau nak baca dan faham terjemahannya sekali
Baru lah kita lebih menghayati setiap baris ayat itu

# Kak Aidah..
Terima kasih 
Saya pun suka sgt dgn header tu..maklum la pertama kali ada header doodle
Tq kepada yg sudi membuatkan..kelas saya ni percuma je,senior staf yg mengajar.

# Kak Azwa..
Takpe kak..pelan-pelan nanti lancer lah tu
Yang penting kita x jemu nak belajar

# Ceywie..
Tq sudi singgah
Kelas saya join ni pun ada seminggu sekali juga.Tu pasal bila masuk mggu depan dah lupa apa belajar minggu lepas.huhu.Kat rumah mmg sibuk tp curi sikit masa yg ada bila anak2 buat hal sendiri
Deqna said…
Alhamdulillah.

saya pun baru start join kelas mengaji/tajwid yg dianjurkan kat tempat kerja saya nie.. kat sini dah pandai baca ker, tetap kena start dari iqra jugak...
memang elok sgt tuk kita refresh kembali apa yg kita belajar masa kecik dulu..
kadang2 kita ingat dah betul dah kita baca, tapi masih ada sebutan yg tak betul rupanya...
paridah said…
belajar hingga mati...lg banyak kita belajar lagi banyak yg kita xtahu...
Munn Jaafar said…
seronoknya...sy dah lama teringin sgt nk join kelas macam ni. untung sape2 yg dkt ngn surau @ masjid. dgr tazkirah hari2 lps mgrib pun jd la kan?

*pppsttt..akak duduk kt mana? pengasuh tu kat mana?
Nina Mads said…
salam..singgah sini :)
peringatan yg baik..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t