Skip to main content

Masa,Jalan Jem,Hari Anugerah,Rezki Mereka dan Makan-Makan

Alhamdulillah..selamat sampai opis..fuh,panasnya cuaca diluar sana.Dari Nilai ke Kelana Jaya dan patah balik ke Klia.

Masa:

'Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian'.Dalam maknanya tu bagi yang benar-benar paham.Ada orang ambil mudah dengan masa.Berjanji pukul 7.00 pagi tapi jam 10 pagi baru sampai dan buat muka tak bersalah.Bila orang kata 'janji Melayu' pandai pulak kita sentap..susahnya nak menepati masa.Dah jelas dan nyata aturcara bermula jam 8.00 pagi tapi 8.45 masih hegeh2 di luar dewan.Aku sangat susah nak berkrompomi dengan orang yang ambil mudah dengan masa.
# panas hati

Jalan Jem:

dari Nilai jalan clear sampai la masuk tol yang nak ke Kelana Jaya.Jalan super duper jem..nak kata eksiden,takde pulak..adakah kerana negara kita terlampau banyak kereta?kiri kanan aku perhati..satu kereta cuma ada sorang je..sebab itu agaknya jalan jem (kami pulak ber4 kongsi satu kereta).

Hari Anugerah:

Hari ni ada majlis anugerah untuk tahun lepas (2012),macam2 anugerah ada.Staff dari stesen luar negara pun datang..Aku takde dapat apa pun,tepuk tangan tengok orang ambik award jelah.hehe.Bila hari besar macam ni lah kita nak tengok bos besar kena buli.Siap kena pakau uniform graded staf sambil menari poco-poco lagi.

majlis pembukaan

bos-bos besar pakai uniform graded staff sambil menari poco-poco
sila abaikan step yang berterabur..janji happy  ^_^ 

Rezki Mereka:

Bila orang terima anugerah,pasti ada 'suara belakang tabir' itu adalah lumrah alam.Mulut tempayan boleh tutup tapi bukan mulut manusia..Tapi cepat2 pujuk hati 'itu rezki dia,mungkin rezki kita dalam bentuk yang lain.Insya Allah'.# masa lucky draw sempat juga berdoa moga2 nombor aku naik untuk dapat tiket free A380 ke Paris @ HongKong tapi memang bukan rezki aku.

Makan-Makan:

puas bertepuk tangan tengok orang ulang alik naik pentas terima award..maka marilah kita menjamu selera.Mungkin kerana cuaca panas dan malas beratur,aku cuma ambik sepotong ikan sweet sour,sekeping dada ayam dan 3 cucuk sate.Selamat masuk perut...Alhamdulillah,kenyang :)

Sekian kisah hari ini,3 April 2013.. 

Comments

dear anies said…
YANG PENTING...HAPPY.. ;-)
salam kenal
:: CIKVIVA :: said…
awk keje mas ehh (lawak tak??..hahah)

ehh..sape yang pakai baju ramp tu..AJ kah??

rugi la tak makan banyak2..dah sampai klia perut lapar balik..jauh kann..heheh
nazayiena said…
Betul tu rezeki masing2kan,kena redha.
IndaMarya said…
anyway it was a happy night for u and friends.
Zareda Norman said…
yg pntg makan bes. :-)

betullah tu rezeki kita ni lain lain.. Ada yg dapat tiket, ada yg dapat poskad je..
fatal1ty said…
Salam,
Sila layari:
http://www.ijustbought.blogspot.com/
https://www.facebook.com/TimurTengahEnterprise

Untuk produk makanan dan minuman dari timur tengah dengan harga yang berpatutan.

Sekian, terima kasih.
dee said…
taun depan ko dapat award!
sweetie said…
Hai Irfa! jauhnya perjalanan, dari nilai ke kelana jaya n patah balik ke KLIA.... saya pun sejak seminggu dua ni dah tak memandu ke ketempat kerja... naik LRT saja... wow! 8.30 saya kluar rumah, pkul 9 sampai ofis... rasa best pulak... tak perlu lagi mengharung jem. Tp tak tahulah sampai bila nak naik lrt ni...

oklah tu.. tak dapat cabutan no bertuah dapat makan pun jadilah..he..he..he.. org kata kalau nak sgt tak dapat... kalau mcm wat donooo je selalunya dapat... ha..ha..ha.. eh! saya pernah dapat cabutan bertuah tiket pergi balik melancong ke bali dgn MAS... business class...

Irfa kerja dgn MAS sejak bila? Saya tanya ni sebab dulu kalau tak silap tahun 1998 lebih kurang cam tulah... saya ngan adik saya pernah mengajar staf2 MAS berenang di kolam renang kat bangunan MAS Kelana Jaya tu... Mungkin ada kalangan ofismate Ifra yang join kelas tu...
Lady Windsor said…
wahh ada hari keramaian rupa-rupanya untuk staff ya..kami kat kilang ni tak de apa..hari makan-makan tu ada la...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t