Malam tadi..lepas Maghrib,si abam tak turun-turun ke bawah.Kalau tidak laju je dia turun tanya 'Umie,dinner apa malam ni?' tapi malam tadi..banyak kali aku panggil 'abam buat apa kat atas tu?' dia jawab 'takde apa..kejap lagi abam turun'.Aku pun malas nak menge'check' apa dia buat.
Pagi tadi nampak dia kemas beg sekolah sambil sorok2 masukkan sesuatu dalam beg.Pandang aku malu-malu sebab aku nampak apa yang dia buat.
'Kertas apa tu?'
'Abang nak buat kad untuk cikgu..nama cikgu tu Cikgu Hisyam.Dia nak berenti keje.Hari ni hari last cikgu.Abang buat ni je tapi tak cantik'
Aku ambik kertas tu..kertas A4 putih dilipat dua..depan tulis 'kepada cikgu Hisyam' di dalamnya tulis 'saya sayang cikgu Hisyam'
alahai,sedih la pulak baca (cikgu tu mesti baik ..dulu penah sekali dia cerita seorang ustazah namanya Ustazah Maryam..ustazah tu baik sangat) dan ini cikgu ke2 yang dia puji.
Serba salah sebab aku ada dengar hari isnin tu dia cakap pasal sorang cikgu nak berenti kerja,patutnya aku dah tolong dia buat kad,tapi aku lupa (mungkin itu cikgu sementara ganti cikgu cuti bersalin ke hapa).
Turun bawah..bukak kabinet,cari apa yang boleh dijadikan kenangan untuk cikgu tu dan terjumpa satu kotak keychain Langkawi masih dalam kotak plastik belum bukak.Saja beli banyak tapi lupa nak bagi sapa,bila bagi kat dia dan cakap 'bagi ni dengan kad abam buat tu..dan cakap terima kasih pada cikgu sebab ajar abam'
dan aku nampak dia senyum lebar masa keluar rumah,mesti dia sangat gembira sebab dapat bagi sesuatu sebagai kenangan pada cikgu walapun cuma keychain kecil.Agaknya mesti cikgu tu dapat banyak hadiah kecil dari anak-anak murid yang sukakan dia..dan bila tengok gelagat si abam,aku teringat pada cikgu kesayangan aku masa sekolah rendah.
Antara nama yang aku ingat sampai sekarang Ustaz Razak,sangat baik dan paling aku ingat beliaulah yang tolong bagitau kat ayah aku 'anak awak tu demam,kenapa bagi pegi sekolah' dan pagi esoknya mak ayah aku tido sebelah aku sebab tak nak kasi aku gi sekolah..dulu,kedatangan aku penuh setiap tahun sebab suka sangat pegi sekolah..maklum kat sekolah ramai kawan.hehe dan juga cikgu Matematik darjah 2,namanya Cikgu Shuib,Cikgu Alam dan Manusia-Cikgu Manan dan Cikgu Matematik darjah 6,Cikgu Zaid..cikgu perempuan masa aku sekolah rendah semua garang..so aku tak ingat nama mereka.huhu
Cikgu perempuan masa sekolah menengah yang aku ingat ialah Ustazah Aminah-yang tak pernah marah dan paling tak lupa Cikgu Zubaidah..kami pernah buat rombongan ke rumahnya di Tumpat,siap naik keretapi ke sana..
Kepada bekas-bekas cikgu yang pernah mengajar aku Semoga mereka diberkati Allah dalam semua urusan.Saya sayang cikgu.............

Comments
Selalunya macam tulah..cikgu ganti time nak berhenti, byk dapat hadiah.
budak2 ni kalau guru2 yg baik
pasti depa selalu ceritakan dan sayang
kalau guru2 yg garang pun selalu
ceritakan...omak yg pening..hehe
Abam bagus nya dia buat kad untk cikgu..