Skip to main content

Saya Sayang Cikgu

Malam tadi..lepas Maghrib,si abam tak turun-turun ke bawah.Kalau tidak laju je dia turun tanya 'Umie,dinner apa malam ni?' tapi malam tadi..banyak kali aku panggil 'abam buat apa kat atas tu?' dia jawab 'takde apa..kejap lagi abam turun'.Aku pun malas nak menge'check' apa dia buat.

Pagi tadi nampak dia kemas beg sekolah sambil sorok2 masukkan sesuatu dalam beg.Pandang aku malu-malu sebab aku nampak apa yang dia buat.

'Kertas apa tu?'

'Abang nak buat kad untuk cikgu..nama cikgu tu Cikgu Hisyam.Dia nak berenti keje.Hari ni hari last cikgu.Abang buat ni je tapi tak cantik'

Aku ambik kertas tu..kertas A4 putih dilipat dua..depan tulis 'kepada cikgu Hisyam' di dalamnya tulis 'saya sayang cikgu Hisyam'

alahai,sedih la pulak baca (cikgu tu mesti baik ..dulu penah sekali dia cerita seorang ustazah namanya Ustazah Maryam..ustazah tu baik sangat) dan ini cikgu ke2 yang dia puji.

Serba salah sebab aku ada dengar hari isnin tu dia cakap pasal sorang cikgu nak berenti kerja,patutnya aku dah tolong dia buat kad,tapi aku lupa (mungkin itu cikgu sementara ganti cikgu cuti bersalin ke hapa).

Turun bawah..bukak kabinet,cari apa yang boleh dijadikan kenangan untuk cikgu tu dan terjumpa satu kotak keychain Langkawi masih dalam kotak plastik belum bukak.Saja beli banyak tapi lupa nak bagi sapa,bila bagi kat dia dan cakap 'bagi ni dengan kad abam buat tu..dan cakap terima kasih pada cikgu sebab ajar abam'

dan aku nampak dia senyum lebar masa keluar rumah,mesti dia sangat gembira sebab dapat bagi sesuatu sebagai kenangan pada cikgu walapun cuma keychain kecil.Agaknya mesti cikgu tu dapat banyak hadiah kecil dari anak-anak murid yang sukakan dia..dan bila tengok gelagat si abam,aku teringat pada cikgu kesayangan aku masa sekolah rendah.

Antara nama yang aku ingat sampai sekarang Ustaz Razak,sangat baik dan paling aku ingat beliaulah yang tolong bagitau kat ayah aku 'anak awak tu demam,kenapa bagi pegi sekolah' dan pagi esoknya mak ayah aku tido sebelah aku sebab tak nak kasi aku gi sekolah..dulu,kedatangan aku penuh setiap tahun sebab suka sangat pegi sekolah..maklum kat sekolah ramai kawan.hehe dan juga cikgu Matematik darjah 2,namanya Cikgu Shuib,Cikgu Alam dan Manusia-Cikgu Manan dan Cikgu Matematik darjah 6,Cikgu Zaid..cikgu perempuan masa aku sekolah rendah semua garang..so aku tak ingat nama mereka.huhu

Cikgu perempuan masa sekolah menengah yang aku ingat ialah Ustazah Aminah-yang tak pernah marah  dan paling tak lupa Cikgu Zubaidah..kami pernah buat rombongan ke rumahnya di Tumpat,siap naik keretapi ke sana..

Kepada bekas-bekas cikgu yang pernah mengajar aku Semoga mereka diberkati Allah dalam semua urusan.Saya sayang cikgu.............

Comments

Mimie said…
nape cikgu tuh berenti keje?dpt keje lain ke?
:: CIKVIVA :: said…
sedih nya..menitik air mata bace..mesti abam berusaha buat kad tu malam tadi..#bagilah hadiah sekotak tisu atau seketul sabun mandi...hehe
Jari Manis said…
JM pun sayang cikgu jugak :-)
Leney said…
Alahai Irfa...lamanya tak dengar perkataan Alam dan Manusia.

Selalunya macam tulah..cikgu ganti time nak berhenti, byk dapat hadiah.
Unknown said…
haa betul, mesit nk bg hadiah kt cikgu kan. hihi hadiah selalu nya simple2 je, sempoi. tapi serius perasaan tu genbiraaa sangat ;)
azieazah said…
Tumpang terharu baca kesungguhan nak bagi cenderahati sebagai penghargaan tu. Mesti Cikgu Hisyam tu baik sangat kan? Tanya Abam, hensem tak? hehehe
Ati Masrif said…
salam,

budak2 ni kalau guru2 yg baik
pasti depa selalu ceritakan dan sayang

kalau guru2 yg garang pun selalu
ceritakan...omak yg pening..hehe
IndaMarya said…
as a teacher , I feel so touched..sob sob.
lady lavender said…
bagusnya abam, kecik2 dah pandai appreciate cikgu :-)
kakLuna said…
hehe aku rasa, cikgu praktikal lah tu..mmg kebanyakan cikgu praktikal tamat minggu ni. cikgu praktikal mmg budak2 syg sungguh....bg hadiah mcm2...bila hari last, budak2 menangis gila2 punya....
paridah said…
baca ni xsedar menitis air mata...wah irfa penulis yg baik mampu melukis suasana yg sebenarnya n menyentuh hati sbb kita masing2 ada pengalaman dgn guru yg kita sayang...
Nur Nainis said…
Pandainya anak akak..Sedih dan terharu, sebab itu saya suka sangat2 profession sebgai seorang pendidik ni dan sangat kagum dengan cikgu2.
4feet8 said…
teringat masa cikgu praktikal kat sekolah tamat perkhidmatan, masa tu darjah 4. sedih.. ;)
Mak Wardah said…
Meleleh air mata baca
happyichigo♥ said…
Tersentuh baca entry kak irfa ni..
Abam bagus nya dia buat kad untk cikgu..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t