Skip to main content

Drama Korea:You're Still The One - Cerai Olok-Olok

Salam Jumaat..nak keluar malas lagipun perut masih kenyang..emm apa kata kita bercerita tentang drama Korea lagi?nak tak?tak nak?tak kira..nak citer jugak.hehe

Tajuknya ialah You're Still The One 124 episod tu..malam tadi episod ke62.hehe.ada lagi 62episod nak tunggu.Okey,ni sinopis dari TheOne

In order to save her husband Na Han-joon (Kim Seung-soo), Cha Soon-young (Shin Eun-gyung) fakes a divorce with him. Han-joon soon leaves her for his university crush, and Soon-young falls in love with Kang Woo-jin (Song Jae-hee). However, Han-joon ends up going back for his ex-wife, Soon-young. Will Soon-young embrace her new love Woo-jin, or remarry her now-repentant ex-husband Han-joon?

itu sinopis dia..meh aku nak kasi sinopsis version aku pulak
penat weh menaip..giler gigih kan?
layan...
WATAK2 UTAMA:

Dari kiri:

Na Han-joon...
Seorang lelaki yang bijak serta dikagumi dizaman kolejnya tetapi tidak bernasib baik dalam perniagaan.Dia dulunya di gilai oleh cucu orang kaya bernama Kang Chae-rin tetapi kerana darjat berbeza dia di hina oleh datuk perempuan itu.Akhirnya dia memilih gadis biasa yang bekerja sebagai penjual ayam goreng lalu mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan comel bernama Miso.Dia terpaksa bersusah payah mengusahakan kilang kecil membuat bekas plastik untuk menyara keluarganya.family besar,ada 2 adik dan seorang ayah yang cerewet..ayahnya selalu hina isterinya dan merasakan membawa malang dalam keluarga.Ayahnya merasakan  dia akan hidup bahagia kalau kahwin dengan cucu orang kaya bernama Kang Chae-rin itu.Perniagaan hampir bangkrap dan diperangkap oleh 'perempuan kaya itu ' dan masuk lokap.Semasa dalam lokap itu,dia di offer 'perkahwinan olok2' dengan janji selama 3 bulan sahaja kerana perempuan itu katanya cuma perlu lesen perkahwinan untuk membuktikan dirinya mampu menjadi presiden syarikat.Datuknya telah meletakkan syarat,dia kena berkahwin baru layak jadi presiden tapi dari janji 3bulan akhirnya datuk perempuan itu mati tapi telah menukar wasiat kepada 5 tahun mereka kena hidup bersama dan tak boleh bercerai dalam masa 5 tahun untuk melayakkan mendapat saham syarikat..dia memang berniat lepas tamat 5tahun dia akan kembali pada isteri dan anak dan mereka akan hidup senang selepas itu. 
# tapi dalam drama ni boleh jadi sangat kejam dan membiarkan bekas isteri di hina,ditampar oleh bini barunya.
dan boleh lak dia suh bekas bininya bersabar dan tunggu dia untuk 5tahun dengan janji lepas dapat saham syarikat dia akan kembali kepada isteri dan anaknya itu.amboi...nak sedap sorang nampaknya ye bang?kiri kanan ko nak sapu ye?

Cha Soon-young..
isteri malang yang terpaksa bercerai olok-olok demi menyelamatkan suami dari dipenjarakan.Dia menerima tawaran dari seorang perempuan tuan punya syarikat yang bakal menyaman syarikat suaminya itu.Memula kata nak pinjam sekejap untuk temph 3bulan tapi lepas dah dapat lesen kahwin atok pompuan jahat tu mati..dalam kontrak kata,tak boleh ada penceraian dalam tempoh 5 tahun kalau tak ... saham tak dapat.Maka si somi suh dia bersabar dalam tempoh 5 tahun..Tapi isteri baru suaminya itu bukan nak pinjam kejap tapi nak ambik terus..yelah,dulukan cinta tak kesampaian.bukan takat ambik suaminya..anak perempuan nya Miso pun jadi mangsa..dengan alasan takut suami guna alasan jumpa anak untuk berjumpa bekas isteri.Dia tekad untuk berjaya dan kumpul duit bagi melayakkan dia mendapat hak penjagaan anaknya..Dia dah tak berharap suami kembali padanya lagi.Dengan pertolongan seorang lelaki (sepupun pompuan jahat) dia dapat tahu suami memang ada niat nak kembali padanya selepas tamat kontrak.Tapi dia tak sanggup terus menunggu selama 5 tahun..dia bagi masa sebulan untuk suami kembali dan mereka pura2 bercinta.Sebab kalau berlaku penceraian secara otomatik kontrak batal 
# aduhai..watak baik sangat macam ni memang buat aku naik darah la.ada ke manusia baik tahap bagi kepala untuk dipijak?seperti biasa pengarah suka buat watak pompuan dalam perkahwinan pakai selebet je tapi bila dah bercerai baru nak mekap dan bergaya.klise sangat watak camtu..

Kang Chae-rin..
pernah berkahwin lepas cinta zaman kolej tak kesampaian.Tetapi suaminya berniat nak bolot harta lalu bercerai.Dia serik nak kwen lagi tp syarat dari atoknya mesti bersuami baru dapat syarikat itu.dia tak mahu mak sedaranya dapat syarikat itu so dia kena cari seorang lelaki yang boleh berkahwin olok2 dan bercerai lepas dapat lesen kahwin.Pertemuan semula dengan bekas pakwe di sebuah spital memberikan idea untuk merealisasikan impian dia.tapi dari olok2 dia ingin terus memiliki lelaki itu dan menjadi kejam kepada bekas isteri suami dan juga anaknya..bermacam cara dia cuba supaya suami tidak berhubung dengan bekas isteri.
# jahat sangat kamu ni..muka kerek lak tu.tp suka tgk dia pakaian dia..cantik je terletak.pakai apa pun lawa 

Kang Woo-jin..
sepupu Kang Chae-rin,walaupun dia cucu lelaki tetapi datuknya telah mewasiatkan syarikat kepada sepupunya.Pada mula dia tak kisah tapi desakan ibunya membuat dia serba salah.Dalam masa yang sama dia kesian kepada perempuan malang yang ditinggal suami dan merasa bersalah atas perangai jahat sepupunya itu.Setelah tahu kisah perkahwinan olok-olok sepupunya itu dia bertekad untuk menyatukan keluarga malang itu.So dia telah berpakat dengan perempuan malang itu kononnya mereka bercinta..dengan niat pasangan berkahwin olok2 itu  bercerai.Dia membantu Soon Young dalam bisnes membuat sabun dan berjaya mendapatkan kontrak dgn syarikat sepupunya wpun mendapat macam2 rintangan.Dia membantu bagi mendapatkan hak penjagaan anak perempuan itu kembali dan dalam tak sedar dia mula menyukai perempuan itu
# emm aku suka je kalau dia teruskan cinta olok2 dia tu.xdelah hensem mana tapi wataknya baik dan kaya jugak
hahaha 
TAPI..sinopsis kata nanti 'pompuan malang' tu jatuh cinta dengan kekasih olok2 dan serba salah samada mahu terima kembali suami yang nak kembali pada dia..emmm apa agaknya ending ye?

# hampir2 aku give up dengan entri ni sebab terdelete..tadi aku tulis lagi panjang..dah kali kedua taip pendeklah jadinya,layan jelah ye ;)

Comments

Ann Ishak said…
ye saya pun tengok jugak cerita ni walaupun selalu je terlepas :)
Jari Manis said…
jeles coz umah JM tak ada channel the one kalau tak dh lama layan huhuh
Unknown said…
lain kali ko tulis sinopsis setiap episod.. aku, kalau cite pompuan baik tahap bangang mmg aku takut nak tengok. takut terterajang tv. tapi kalau baca cam ni aku ok je. lagi la kalau ko yg buat sinopsis.. hihihi..
Irfa said…
#Ann..
sekarang tggl satu drama ni je saya follow.sebelum ni King of Ambition dan That Winter The Wind Blow baru je abis ;).konon xnak dah follow penat weh tak leh kemana2 sbb tertunggu2 waktu siaran.hehe.kononnya la..

#JM..
boleh order satu ;)

#Rai..
x kuasa aku nak tulis setiap episod
muntah pulak sapa masuk blog aku ni
hahaha/watak baik tu mana2 drama pun ada.drama melayu cthnya:izzah dalam Ombak Rindu..hahaha.sinetron dr indon pun sama..ada gak yg baling remote nnti
||aLeaSaRa|| said…
perghhhh ni review terbaik..org korea patut taik spring pada sis irfa he3..

anak kembar saya kata,kwn kt sklh dia pun follow movie ni.tgk budak djh 5 pun layan ngeee ^^

p/s-->alah sis blog akak biasa2 aje huhu.simple mcm tuannya juga.suka tgk header kt atas tu sbb ceria...rs mcm tuan belog kata "welcome to my house" he3......
Nashays said…
124 eps..
Gigihnye ko kak..
Aku yg 20 eps pon rs x saba nak habiskan cecepat..

Sambung tgk when a man in love plak kak..
lupekanje said…
rajinnya nulis sinopsis...hehe..bgus jugak..dpt acik tau citer nya caner....klu blh citer ending dia nnt ye...
NinaAz said…
Dah lama xtgk korea. Huuuuu

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t