Salam Jumaat..nak keluar malas lagipun perut masih kenyang..emm apa kata kita bercerita tentang drama Korea lagi?nak tak?tak nak?tak kira..nak citer jugak.hehe
Tajuknya ialah
You're Still The One 124 episod tu..malam tadi episod ke62.hehe.ada lagi 62episod nak tunggu.Okey,ni sinopis dari
TheOne
In order to save her husband Na Han-joon (Kim Seung-soo), Cha Soon-young (Shin Eun-gyung) fakes a divorce with him. Han-joon soon leaves her for his university crush, and Soon-young falls in love with Kang Woo-jin (Song Jae-hee). However, Han-joon ends up going back for his ex-wife, Soon-young. Will Soon-young embrace her new love Woo-jin, or remarry her now-repentant ex-husband Han-joon?
|
itu sinopis dia..meh aku nak kasi sinopsis version aku pulak penat weh menaip..giler gigih kan? layan... WATAK2 UTAMA:
Dari kiri:
Na Han-joon...
Seorang lelaki yang bijak serta dikagumi dizaman kolejnya tetapi tidak bernasib baik dalam perniagaan.Dia dulunya di gilai oleh cucu orang kaya bernama Kang Chae-rin tetapi kerana darjat berbeza dia di hina oleh datuk perempuan itu.Akhirnya dia memilih gadis biasa yang bekerja sebagai penjual ayam goreng lalu mereka berkahwin dan mempunyai seorang anak perempuan comel bernama Miso.Dia terpaksa bersusah payah mengusahakan kilang kecil membuat bekas plastik untuk menyara keluarganya.family besar,ada 2 adik dan seorang ayah yang cerewet..ayahnya selalu hina isterinya dan merasakan membawa malang dalam keluarga.Ayahnya merasakan dia akan hidup bahagia kalau kahwin dengan cucu orang kaya bernama Kang Chae-rin itu.Perniagaan hampir bangkrap dan diperangkap oleh 'perempuan kaya itu ' dan masuk lokap.Semasa dalam lokap itu,dia di offer 'perkahwinan olok2' dengan janji selama 3 bulan sahaja kerana perempuan itu katanya cuma perlu lesen perkahwinan untuk membuktikan dirinya mampu menjadi presiden syarikat.Datuknya telah meletakkan syarat,dia kena berkahwin baru layak jadi presiden tapi dari janji 3bulan akhirnya datuk perempuan itu mati tapi telah menukar wasiat kepada 5 tahun mereka kena hidup bersama dan tak boleh bercerai dalam masa 5 tahun untuk melayakkan mendapat saham syarikat..dia memang berniat lepas tamat 5tahun dia akan kembali pada isteri dan anak dan mereka akan hidup senang selepas itu.
# tapi dalam drama ni boleh jadi sangat kejam dan membiarkan bekas isteri di hina,ditampar oleh bini barunya.
dan boleh lak dia suh bekas bininya bersabar dan tunggu dia untuk 5tahun dengan janji lepas dapat saham syarikat dia akan kembali kepada isteri dan anaknya itu.amboi...nak sedap sorang nampaknya ye bang?kiri kanan ko nak sapu ye?
Cha Soon-young..
isteri malang yang terpaksa bercerai olok-olok demi menyelamatkan suami dari dipenjarakan.Dia menerima tawaran dari seorang perempuan tuan punya syarikat yang bakal menyaman syarikat suaminya itu.Memula kata nak pinjam sekejap untuk temph 3bulan tapi lepas dah dapat lesen kahwin atok pompuan jahat tu mati..dalam kontrak kata,tak boleh ada penceraian dalam tempoh 5 tahun kalau tak ... saham tak dapat.Maka si somi suh dia bersabar dalam tempoh 5 tahun..Tapi isteri baru suaminya itu bukan nak pinjam kejap tapi nak ambik terus..yelah,dulukan cinta tak kesampaian.bukan takat ambik suaminya..anak perempuan nya Miso pun jadi mangsa..dengan alasan takut suami guna alasan jumpa anak untuk berjumpa bekas isteri.Dia tekad untuk berjaya dan kumpul duit bagi melayakkan dia mendapat hak penjagaan anaknya..Dia dah tak berharap suami kembali padanya lagi.Dengan pertolongan seorang lelaki (sepupun pompuan jahat) dia dapat tahu suami memang ada niat nak kembali padanya selepas tamat kontrak.Tapi dia tak sanggup terus menunggu selama 5 tahun..dia bagi masa sebulan untuk suami kembali dan mereka pura2 bercinta.Sebab kalau berlaku penceraian secara otomatik kontrak batal
# aduhai..watak baik sangat macam ni memang buat aku naik darah la.ada ke manusia baik tahap bagi kepala untuk dipijak?seperti biasa pengarah suka buat watak pompuan dalam perkahwinan pakai selebet je tapi bila dah bercerai baru nak mekap dan bergaya.klise sangat watak camtu..
Kang Chae-rin..
pernah berkahwin lepas cinta zaman kolej tak kesampaian.Tetapi suaminya berniat nak bolot harta lalu bercerai.Dia serik nak kwen lagi tp syarat dari atoknya mesti bersuami baru dapat syarikat itu.dia tak mahu mak sedaranya dapat syarikat itu so dia kena cari seorang lelaki yang boleh berkahwin olok2 dan bercerai lepas dapat lesen kahwin.Pertemuan semula dengan bekas pakwe di sebuah spital memberikan idea untuk merealisasikan impian dia.tapi dari olok2 dia ingin terus memiliki lelaki itu dan menjadi kejam kepada bekas isteri suami dan juga anaknya..bermacam cara dia cuba supaya suami tidak berhubung dengan bekas isteri.
# jahat sangat kamu ni..muka kerek lak tu.tp suka tgk dia pakaian dia..cantik je terletak.pakai apa pun lawa
Kang Woo-jin..
sepupu Kang Chae-rin,walaupun dia cucu lelaki tetapi datuknya telah mewasiatkan syarikat kepada sepupunya.Pada mula dia tak kisah tapi desakan ibunya membuat dia serba salah.Dalam masa yang sama dia kesian kepada perempuan malang yang ditinggal suami dan merasa bersalah atas perangai jahat sepupunya itu.Setelah tahu kisah perkahwinan olok-olok sepupunya itu dia bertekad untuk menyatukan keluarga malang itu.So dia telah berpakat dengan perempuan malang itu kononnya mereka bercinta..dengan niat pasangan berkahwin olok2 itu bercerai.Dia membantu Soon Young dalam bisnes membuat sabun dan berjaya mendapatkan kontrak dgn syarikat sepupunya wpun mendapat macam2 rintangan.Dia membantu bagi mendapatkan hak penjagaan anak perempuan itu kembali dan dalam tak sedar dia mula menyukai perempuan itu
# emm aku suka je kalau dia teruskan cinta olok2 dia tu.xdelah hensem mana tapi wataknya baik dan kaya jugak
hahaha |
|
TAPI..sinopsis kata nanti 'pompuan malang' tu jatuh cinta dengan kekasih olok2 dan serba salah samada mahu terima kembali suami yang nak kembali pada dia..emmm apa agaknya ending ye?
# hampir2 aku give up dengan entri ni sebab terdelete..tadi aku tulis lagi panjang..dah kali kedua taip pendeklah jadinya,layan jelah ye ;)
Comments
sekarang tggl satu drama ni je saya follow.sebelum ni King of Ambition dan That Winter The Wind Blow baru je abis ;).konon xnak dah follow penat weh tak leh kemana2 sbb tertunggu2 waktu siaran.hehe.kononnya la..
#JM..
boleh order satu ;)
#Rai..
x kuasa aku nak tulis setiap episod
muntah pulak sapa masuk blog aku ni
hahaha/watak baik tu mana2 drama pun ada.drama melayu cthnya:izzah dalam Ombak Rindu..hahaha.sinetron dr indon pun sama..ada gak yg baling remote nnti
anak kembar saya kata,kwn kt sklh dia pun follow movie ni.tgk budak djh 5 pun layan ngeee ^^
p/s-->alah sis blog akak biasa2 aje huhu.simple mcm tuannya juga.suka tgk header kt atas tu sbb ceria...rs mcm tuan belog kata "welcome to my house" he3......
Gigihnye ko kak..
Aku yg 20 eps pon rs x saba nak habiskan cecepat..
Sambung tgk when a man in love plak kak..