Skip to main content

Vietnam:Pasar Ben Thanh dan Bro Mazidul

Okey..tajuk dah tak rahsia lagi.Lepas puas membelek barangan dalam Pasar Ben Thanh,hujan pun dah reda,kami keluar dari pasar dan mula menjelajah masuk ke kedai2 yang berderet tepi pasar itu..Rasa macam jalan kat Jalan TAR sebab pusing kiri pusing kanan.semua muka-muka orang Malaysia je.

Masa membelek telekung di sebuah kedai.member sound 'pi lah jenguk kat luar tu..Mazidul tengah buat pengambaran kot' aku apa lagi..terus keluar jenguk betul ke tidak.Ai kan peminat blog MazidulAkmal ye,memang betul dia dengan kamera tergantung di leher berjalan dengan isterinya.Aku dengan muka tak malu terus je menyapa 'bang...saya peminat setia blog abang.nak ambik gambar boleh?' dia cakap okey terus aku berdiri sebelah dia.Wife nya yang sporting tolong ambikkan gambar aku dan dia.Tapi Bro Mazidul tegur 'dik,pehal kamera ko takde flash ni?' aku jawab 'entahle bang,saya fail sikit bab kamera ni..tahu tekan je' terus dia capai camera aku dan betulkan apa yang patut.Borak lebih kurang dan kami teruskan dengan misi kami yang belum selesai.Pusing 2/3 round jumpa balik dengan dia..Selamba dia azan depan kami menandakan 'balik la oi..dah azan magrib ni.cukup2lah shopping tu' hahaha

meh tengok gambar aku terselit dalam blog mazidul..malu ai (adik aku komen..muka aku dengan sling beg tu dah macam 'peraih MelayuChampa') okey..jom layan sedikit gambar di hari kejadian

aku dan Bro Mazidul
*bukti bergambar katanya..hahaha*

inilah dia Ben Thanh Market


Kedai Hajah Basiroh antara yang menjadi tumpuan pengunjung dari Malaysia

Warga Vietnam dan motor ibarat lagu dan irama
tak dapat di pisahkan
kalau nak melintas jalan..lintas je
diorang tak langgar korang punya

antara lorong2 kedai di sana 

buah-buahan nampak sangat segar
buah 'mokte' pun ada
mokte aka rambutan 

tengok sighnboard kedai aku terlupa yang aku di negara orang
ku fikir di Jalan TAR  


pemandangan biasa dalam kedai

kata sana banyak tempat urut kaki,urut badan
pedicure medicure sume
mungkin harganya lebih murah dari negara kita
# lepas penat sopim..seronok dapat urut kaki nih 

makcik ni jual apa tah
tengok dari jauh macam asam je

beli barang sampai tak muat beg?
jangan risau..beg ada di jual dimana2 je
bersedia jelah nak bayar excess baggage di airport nanti

kasut sukan ada.
kasut bola ada
semuanya cantik dah harganya boleh tahan


kasut comel se size dengan Hajar
tak beli pun..tengok je

selipar cantik untuk kaki anda
selesa @ tidak tak dapat dipastikan
sebab aku belasah selipar jepun hotel je
selesa gitu

balik hotel rasa cam nak tercabut kaki tapi kepuasan terserlah di wajah masing2 walaupun $$ dah makin berkurangan.Akak2 ni risau sebab kiriman kawan2 belum di beli..takpe,Night Market ada lagi.

Lepas solat Magrib sekali lagi kami keluar .. nawaitu ialah nak menjelajah Pasar Malam (rasanya pasar malam yang kami pegi ni kurang sikit sebab kata orang malam minggu lagi besar dan luas).Suasana adalah sama macam pasar malam kita jugak.Tapi harga lebih murah kalau pandai dan bijak tawar menawar.Tip menawar ialah kalau harga RM100 mintak sampai rega RM30.taknak bagi..cari kedai lain.Kalau dia masih untung,dia akan bagi..kalau dia gila2 taknak bagi..itu tandanya dia memang tak untung.

suasana pasar malam
# kualiti gambar adalah mengecewakan

jimmy choo 'aspal' pun ada
jahitannya pun kemas
tengok je x beli pun..
baik aku pakai beg takde jenama daripada yang 'aspal'

prada pasar malam..hehe

aku suka tengok purse kraftangan ni
sesuai dijadikan souvenier untuk yang tersayang

yang ni pun cantik juga
Satu lagi..hati kena keras sebab diorang memang pandai memujuk rayu.Kalau hati lembut bagai tisu konfem gerai pertama duit korang dah habis.

# 2 benda aku tak puas hati ialah masa beli beg dan tshirt.huhu.Rasa dah cerdik tawar menawar tapi tertipu jua adanya.Masa suh aku pilih dia tunjuk yang lain (kain elok) so aku mintak tukar kaler lain,dah balik umah baru perasan kain murah.Sakit hati aku...

Comments

sitiezahim said…
menariknya..sekali pandang mmg macam kat msia dah..hehehhe
IndaMarya said…
Hi Irfa, alooor, nomei nomei nya Irfa dgn Mazidul tu..aunty suka..
Rumah Kuning said…
bestnya..... bila la boleh sampai sana.
Nieda Ramly said…
kenangan di HCMC datang kembali hew, hew
Orga said…
amvoi...siap bergambar dengan mazidul lagi, tapi sape dekat sebelah atas moto tu, semacam je pandang...setuju tu, gaya pegang bag macam takut kena curi jer, tapi bagus jugak, sentiasa beringat, hehe...
Jari Manis said…
ohh..inilah bro yang di maksudkan tu eh...

best kan shopping kat ben than kan..eee..terasa nak pegi lagik :-)
Hanis Azla said…
Salam irfa..

wah.. bestnya.. jalan2.. shoping2..
ZieMarziah said…
wah berjalan sakan ye
Kakzakie Purvit said…
Kalau dah belanja sampai tak muat beg sah-sah shopping sakan di sana ye:)
:: CIKVIVA :: said…
melayu champa?? heheheheh
Deqna said…
Vietnam lagi??? bestnya shopping.. rasa cam nak gi gak lah...khas utk shopping raya..hehehe tapi camne ngan si kecik plak nanti..huhu

pergi berapa malam kat sana? tunjukkan hasil2 sopingan
Yunus Badawi said…
Kalau nampak emak Adam ni minggu depan jugak dia ajak saya ke sana .... huhu.

Tawar menawar tu cakap bahasa apa ek? Depa faham ke bila kita cakap atau kena guna kalkulator utk tunjuk harga yg kita minta?
Irfa said…
YB..
apa tunggu lagi,jomlah tempah tiket
pakai bahasa itik dan ayam (broken english)
susah2 sgt pakai kalkulator je
skrg diorang dah terima RM..lagi senang
kita dah tahu mahal ke murah tak payah susah2 nak convert dri Dong/usd ke rm
Irfa said…
Deqna..
bagi staff kami,vietnam ni dah macam 'balik kampung'
ini kali ke2 akak kesana..ada member..sebulan smpai 2kali diorang kesana
akak pegi 2hari2malam..hasil sopingan sudah habis
nak tunjuk gambar pun segan
Irfa said…
CV..
melayu champa ke islam champa?
lebih kuranglah (kata si abam)
Irfa said…
Kak Zakie..
saya ala kadar jelah
beg masih dalam berat yang dibenarkan ;)
Irfa said…
ZIE..
sesekali rehatkan otak ;)
Irfa said…
siti zahim..
ye betul..org kita ramai kat sana
mat saleh pun ramai jugak
Irfa said…
kak inda..
hahaha..comel itu subjektif ;)
Irfa said…
Rumah Kuning..
bila2 pun boleh kak ;)
jom sopim raya
Irfa said…
Nieda..
jomlah imbau kenangan sekali lagi ;)
Irfa said…
Orga..
kamu komen pasal,terus akak belek balik gambar tu
lelaki itu esoknya pun akak jumpa lagi..dia pakai baju sama
mcm 'tak berapa sihat' sikit tp dia x kaco orang..
uish..beg kena pegang erat2..mana tau ada yg berkenan
dlm tu macam2 ada
Irfa said…
JM..
yes..bro mazidul
akak baca blog dia 4,5 kali sehari.hahaha
jomler kita pegi sekali
bulan Jun nanti insya Allah
Irfa said…
Kak Hanis..
jalan2 mmg best..lagi best kalau di taja semua
tak best sbb kena bayar sdiri ;)
MANIS MALIK said…
Berapa harga beg prada dan cenderahati beg duit (purse kraftangan)? Cantik sangat2 :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t