Assalamualaikum dan Salam Hari Isnin
# emm, cuti sekolah dah bermula tapi anak jelah cuti, mak ayah tetap kena keje kan? kalau nak cuti jugak sila apply cuti tahunan. ada berani? cuti tahun dah tinggal 13hari. huhu
Okey.. aku ada sikit lagi citer tentang Vietnam, aku janji ini last aku apdet pasal Vietnam, sian korang asal bukak blog ni, asik la citer Vietnam tak abis2.. huhu (Vietnam je pun)
# malu nak citer, rupa2nya kalau kita nak kemana2 (dalam negara/luar negara) kita boleh gugel do and dont sebagai persedian. Contohnya:Do and Dont' at Vietnam. Aku tak nak ulas apa yang tertulis dalam link tersebut tapi aku nak share pengalaman aku dan juga kengkawan yang pernah kesana (kalau mereka tipu,maka tipulah aku tapi apa yang diorang dapat kalau menipu?).Okey ini sekadar perkongsian dari pemerhatian aku semasa ke Vietnam tu ari (ko mampu?baru 2x kesana dah siap bagi tips panduan..ini semua poyooooooo)
Sebenarnya, kalau dikalangan kengkawan tempat kerja aku ni.. ke Vietnam kami gunakan istilah 'balik kampung', kalau nampak je staff nak check in ke Vietnam/HCMC.. mesti diorang akan tanya 'balik kampung ke? ni balik hari ke tido sana?' kelakar sangat..
YANG MENARIK :
PENGALAMAN KAWAN2:

- SHOPPING/BELI-BELAH: of kos la shopping di carta teratas.Memang murah dan tersangat murah kalau bijak tawar menawar.(kain baju bajan le pun.Ko nak handbeg berjenama susah la sikit tapi yang 'aspal-asli + palsu'). Penjual juga boleh kenal, samada kamu orang pertama kali datang dengan orang yang dah biasa datang. Diorang tak kisah kalau kita nak ambik gambar barangan yang mereka jual, kat negara kita sendiri banyak kedai dah siap tulis 'NO CAMERA'. mungkin itu strategi menarik pelanggan untuk datang lagi (ada orang yang pertama kali datang ambik gambar dulu dan datang sekali lagi baru beli barang).
emm itu jelah kot ;)
YANG MENARIK DI LIHAT:
- PENJUAL: gelagat penjual untuk menarik pelanggan sedikit merimaskan. Pada pendapat aku,mereka terpaksa buat begitu sebab persaingan adalah sengit mandangkan mereka menjual barangan yang hampir sama. Jadi,kalau ada pelanggan intai@sentuh barang,sebolehnya mereka akan memujuk pelanggan untuk membeli dengan mereka.Tapi disitu sedikit kelebihan kepada kita sebagai pelanggan, ko minta tawar paling rendah sampai tahap penjual maki ko balik 'u crazy?'.
- kalau kemana2 negara pun, perkara paling aku suka ialah memerhati gelagat penduduk tempatan dan jugak pelancong. Ada orang kata 'tak selamat' kat sini tapi bagi aku setakat ini, aku rasa selamat lagi .. harap takde kejadian buruk dimasa akan datang.Nauzubillah
- awek2 bermotor/skuter tetap nampak feminin dengan memakai kasut bertumit tinggi sambil menunggang motor. Nampak comel sangat ;)
- makanan diorang, semua sup dan rebus2 je. Patutlah slim, susah nak tengok size XXL kat sini.
PENGALAMAN KAWAN2:
- member pergi satu family, tergoda nak jenjalan pusing bandar naik beca dan naiklah diorang satu family (dia,suami,2 anak dan adik ipar) tapi bila dah abis pusing nak membayar, rasa macam kena pukau. Dia buka wallet dan tanya berapa tambang, dan macam dipukau dia nampak tangan en pengayuh beca ambik duit dari wallet selai-selai dan dia takde daya untuk menghalang. Adik ipar perasan tapi jeritan dia tak dipedulikan. Lepas beca dah blah baru dia perasan kerugian lebih kurang rm400 + + , nanges le kawan aku tu sebab bajet nak sopim dah habis.# rupanya dah banyak tulis dalam do and dont tentang beca ni.
- kawan aku citer, dia kesana dengan suami dan masa jalan2 di pasar malam, jurujual tu sauk lengan laki dia ajak masuk kedai 'masuk bang,tengok lulu (dulu)' dah tak pasal2 jurujual tu kena jerit ngan kawan aku 'woi.suka hati ko tarik tangan laki aku ye.tak respek orang langsung' agak2 jurujual tu paham ke?hahaha.
- di pasar malam, beg kena toreh dari bawah tanpa sedar, sedar2 beg kosong je ;(
- kes aku pulak, masa aku pilih baju tu dia tunjuk yang elok dan berkualiti tp bila aku cakap nak kaler lain, dia bagi aku pilihan beberapa kaler, so aku ingat sama la dengan contoh yang dia tunjuk tu, maklumlah rega sama je, dah balik umah baru perasan tshirt yang aku beli kainnya lain, tak sama macam yang dia promote kat aku.huhu
lagi apa ye?emm itulah je lah dulu .. aku pun dah ingat2 lupa. Tapi walaupun ada orang kata 'takde apa yang best pun di Vietnam. Baik gi Bandung' aku tak kisah pun. Aku dah cakap ngan enAbe 'mulai tahun ini, tiket free umie tu .. nak guna pegi Vietnam.Wajib pegi setahun sekali' hahaha.
Kawan aku pegi Jakarta/Bandung hujung minggu ni. Kita dengar apa citer dia nanti kalau best,boleh kita cuba ke sana pula ;)
Comments
Seronok ya jalan2.
Yg x seronok bila ada cerita x best mcm tu.
Still, semua tu pengalaman.
dah lama cat baru ni
mmg lama sungguh la ema tak singgah sini :)
skrg org Malaysia dah ramai buat rombongan kesana
semoga kak yus okey2 je dlm tempoh 'yang manis' itu
suka tgk org peknen tp diri sendiri..tunggulah dulu
saya suka baca kisah orang jalan sana sini..rasa mcm saya ada dlm cerita tersebut
bilakah?huhu
tak jauh.naik flight sejam 40 minit je ;)
yang tak best itu anggaplah sebagai 'daki'
sebab banyak yg manis nya utk dikenang
kes izan tu mmg kesian,sbb ada anak kecil lagi org kesian
kes dia jd besar sbb ada blogger kat situ
dan ada jugak kes 'lain'
maka kes kecil jd makin besar
tp kita ambillah pengajaran dr kisah tersebut supaya kita tak buat benda yg sama
mana2 tpt kita pegi pun tetap kena hati2
org jahat,takde tulis note kat dahi 'saya org jahat'
hehe
kak 'pahit' sikit masa beli tshirt tu je
yang banyak tu kisah org lain yang akak dengar dr mereka
pukau ni ada kat mana2..lagi sedih kalau kita kena di negara asing
barang kat sana mmg murah tp lebih pd kaum pompuan
wife mesti suka kot.hehe