Today is Friday, waktu rehat yang panjang, mesti ada macam2 acara (opis korang pun sama jugak kan?)
Tapi paling best waktu rehat (2jam, 12.45-2.00 petang) ada tazkirah dari ustazah jemputan Ustazah Zawiah Hassan bekas pesara Jakim.
Antara ilmu yang sempat dikutip dalam majlis ilmu tak sampai 2 jam itu ialah:
- Pagi, ada makan free, menu utama soto yang cukup rempah disamping mihun, kek dan lain2 makanan. Memandangkan aku dah beli sarapan, so makan soto je semangkuk (satu mangkuk tapi 2 kali tambah.hahaha)
- Jumbo Sale kat tingkat bawah (lobi), staf-staf jugak yang buka gerai dan berjualan. Macam2 barang dijual. Ada yang jual baju, tudung, kek, kerongsang, kerepek. Hampir2 terbeli tudung tapi letak balik sebab memikirkan itu cuma kehendak dan bukannya keperluan. Tapi terbeli jugak sebekas kolagen rumpai laut dapat free mask sekali (see the picture) ada jual yang mentah tapi tak beli, dasar tak berapa rajin nak merebus, baik daku beli yang siap sedia untuk masuk mulut.haha
rm10 * kaler merah yang bekas bawah tu untuk di makan * bekas kecik atas tu untuk sapu kat muka sebagai masker |
Ustazah Zawiah Hassan * muka nampak serius tapi bila bercakap, kelakar jugak orangnya |
- disunatkan menganjurkan majlis2 ilmu untuk mengingatkan kita kedatangan Ramadhan yang bakal tiba.
- bulan puasa nanti elakkan pembaziran, cuba hayati betul hikmah puasa. bukan sekadar puasa mulut dari makan tapi juga puasa mulut dari mengumpat.
- banyakkan bersedekah di bulan mulia nanti, bukan bermakna bulan biasa tak payah bersedekah tapi bulan mulia nanti gandakan lagi ibadah sedekah itu. Kalau mampu, jamu orang berbuka kalau tak mampu nak jamu orang berbuka dengan menu nasi arab, kita sedekah sekotak kurma untuk mereka berbuka nanti. Sekotak cukup sebulan kalau makan sebiji berbuka dan sebiji masa sahur. Kalau boleh pilih kurma yang elok dan bungkus cantik2 supaya seronok hati orang yang menerimanya.
- banyakkan baca Qur'an. Kalau hari biasa baca selai sehari, bulan puasa nanti kalau boleh khatam al-Qur'an tersebut (tak banyak, sehari 1 juzuk, sebulan habislah 30 Juzuk tu) Insya Allah akan di usahakan.
- bagi kaum perempuan, jangan jadikan alasan tak pegi masjid sebab anak2 kecik maka kita tak solat terawih. Boleh je buat sendiri kat rumah bila anak2 dah tido (terasa ai, huhu).
Selain itu ada share kisah rumah tangga, supaya kita menjadi isteri mithali dan bukannya isteri yang dikesali ;).
Contohnya:
- contohnya: bila suami nak buat majlis buka puasa kat rumah, kalau mampu buat tu buatlah. Jangan bagi alasan 'sapa nak masak bang oi? sapa nak kemas rumah? awak nak kemas ke? rumah ni dahlah sempit' (padahal rumah luas macam surau). Sian suami nak buat pahala tapi di bangkang. Tapi kata ustazah kalau tak ikhlas, jangan buat. Tak pasal2 dari nak dapat pahala, dosa yang dapat sebab duk merungut kat belakang.
Lain2 perkongsian ilmu:
- isteri kematian suami, tempoh edahnya ialah 4 bulan 10 hari.
- isteri bercerai hidup 3 bulan 10 hari (3 kali period).
- isteri sedang mengandung semasa di ceraikan, talak jatuh selepas melahirkan.
emm apa lagi ye? Cukup tu je ye, kalau aku ingat nanti, aku tambah kendian. Sekianlah sedikit ilmu untuk dikongsi (^_~)
# ada gambar kenangan dengan ustazah tapi malu nak share. Biasalah, bila mintak orang tolong ambik gambar kita mesti ada je yang kita tak puas hati. gambar jauh sangatlah @ dekat sangat sampai nampak pori2. huhu
# ada gambar kenangan dengan ustazah tapi malu nak share. Biasalah, bila mintak orang tolong ambik gambar kita mesti ada je yang kita tak puas hati. gambar jauh sangatlah @ dekat sangat sampai nampak pori2. huhu
Comments
eh tak komen pun pasal pengisian.. huhu
betulllah tu..akak dulu bercerai hidup, eddah 3 bulan 10 hari tapi ada jugak kawan pompuan yang ngok bertudung ajak akak pi karaoke sebab katanya jantan yang minat akak tapi akak sekelumit pun tak minat jantan tu ada jugak kat situ nanti...ehhhh sekali akak cakap, eh kau tahu ke tak ni, aku dalam eddah mana boleh pegi tempat2 mcm tu..kalau aku lepas edah pun aku tak hingin pegi..cakap kat jantan tu, aku tak minat dia dan tak perlu nak mencuba nak tackle aku yer...