Skip to main content

Ending You're Still The One (Episod 124)

~Morning~

takde idea
sesaja check pencarian 'kata kunci' di Nuffnang
emm masih ramai yang masuk sini dengan 'kata kunci'

Ending You're Still The One

baru perasan aku pun takde tulis apa ending drama 124 episod itu
last episod ialah 14 Jun yang lepas
aku malas sebenarnya nak tulis
sebab aku tak puas hati dengan episod penamat
# ni entri yang aku penah tulis pasal drama ni

okey.. senarai tak puas hati:

kenapa tak tunjuk je Kang Woo Jin kahwin dengan Soon Young(Baek Yi Na)
@
Kang Chae Rin mati eksiden, hehe
@
Kang Woo Jin dan Na Han Joon sama2 mati eksiden, hahaha

episod penamat simple sangat
pastu suruh penonton buat kesimpulan sendiri
ai tak suka la simpul2 ni
direct kan senang

Ending dia macam ni

- Na Han Joon disahkan kanser usus, pastu dia menyesal dan mintak cerai dengan Chae Rin
Tapi Chae Rin taknak cerai, sebab nanti dia tak dapat harta
dan dia juga memang betul2 cinta dengan Na Han Joon

- Soon Young dah jumpa bapa kandung dia, dan nama sebenar dia ialah Baek Yi Na
bila tahu Na Han Joon sakit, dia serba salah nak pilih
antara pakwe baru (Kang Woo Jin) @ rujuk balik dengan 'en bekas' Na Han Joon
so mintak tangguh untuk berkahwin

bila dah buat keputusan nak pilih en bekas, tetiba en bekas ubah fikiran
tak jadi bercerai
sebab 1- tak nak susahkan untuk jaga dia yg tengah sakit
sebab 2- sian kat bini baru nanti tak dapat harta

semua ahli keluarga dah berbaik2
dan menyesal atas perbuatan mereka yang pentingkan diri

last sekali
Na Han Joon bersembunyi ( berubat kat spital di luar kawasan) dengan Chae Rin
# ending, Chae Rin dengan pesen rambut baru xde mekap, nampak pelik
sebab dlm drama tu dia selalu nampak up to date dan bergaya
konon nak nampak insaf la kot

Kang Woo Jin dan Soon Young datang jumpa Na Han Joon kat spital
masa tu Na Han Joon dah berkerusi roda
mungkin dah nak mati kot
so bekas laki bini tu bermaafan

last pun tunjuk mereka berdua kat kerusi
so aku buatlah kesimpulan
lepas tu Na Han Joon mati
dan Soon Young kawen dengan Kang Woo Jin
mereka hidup bahagia selama-lamanya

~watammat~

# ada drama ganti tajuknya Because It's You
kisah 3 sahabat yang jalan hidup berbeza
kisah suami curang dengan kawan baik isteri
suka betul buat citer macam ni
dah agak nanti buat sakit hati je
so aku malas dah nak follow (buat masa sekarang la)
penat wei tunggu ratus2 episod

Comments

Unknown said…
hahaha..kalau cite indon lagi stress kot kan..
Qashmere said…
peminat drama korea ke? Jangan lupa vote tau. thanks
Peh! Korea ko jdk SEO eh beb?

Mane entry emo ko smlm tu? Ko buang eh?
Irfa said…
FARA..
seo citer tu rating paling tinggi ;)
selain dr khasiat EPO.

entri emo?
mana ada..salah blog tu
#pura2 hilang ingatan.hahaha
Irfa said…
Qashmere..
huhu..sayalah tu
# ngaku sambil tekup muka (malu)

eh nak vote apa?
alamak ..ada yg termiss ke ni?
Irfa said…
RAI..
dulu telenovela
kendian..sinetron
sekarang korea time :)
Nieda Ramly said…
bertabah sajalah kalau dah ratus2 episod ni.
cheqna said…
x layan sebab heroin tak cantik..boleh gitu??hahahahaha
Irfa said…
Nieda..
dah tersangkut layan jugaklah smpi abis
wpun ratus2 episod ;(
Irfa said…
Cheqna..
sy tgk jalan citer,hero dan heroin lawa tu cuma bonus
sbb tu boleh je layan citer tamil
kalau jalan citer best ;)
hajar said…
hahaha.... saya pun konon2 x pernah miss tkg citer nih... siap buat n3 pasal nih lagi... lps citer nih da x nk lg follow citer baru.... nanti stress huhuhu....

### jang ok jung pun best sgt.... heheheh...
Irfa said…
HAJAR..
best kan?
tp endingnya alahai..x puas hati tuh

jang ok jung tu tertengok jugak sekali dua tp x follow dari awal
:: CIKVIVA :: said…
VOTE UNTUK WE GOT MARRIED...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t