Skip to main content

Mana Nak Cari Kos Pos Paling Murah dan Di Jamin Selamat Sampai?

'Servis yang bagus dengan harga yang murah dan paling penting selamat sampai ke tangan pembeli' mana nak cari ye? any idea tak? tak larat rasanya nak tanggung kos pos ni. Untung seringgit dua je tapi kos pos puluh2 ringgit. emm...

Ada orang sarankan cari je syarikat bas yang ke destinasi yang kita pilih. Deal dengan driver tu dan suruh customer tunggu di destinasi (ni kes nak pos barang pada pemborong la, sebab barang yang nak dihantar banyak, kalau setakat satu barang untuk customer biasa boleh je pos. kos bawah rm10 je) tapi nasib baik kalau dapat driver yang jujur, kalau yang haru biru, dengan barang2 lesap lagi haru.

ada idea sila share di kotak komen ye (^_^)

Comments

Aku pun tatau la beb. Selalunya mmg org pki bas ekspres...
cikji said…
pernah dgr jgk orang pakai bus tapi kekadang risiko lagi tinggi kot dari perkhidmatan pos yang sedia ada nih.
Orga said…
bapak sy pun pernah guna servis bas express ni, pos buah manga and rambutan dua kotak, so far ok jer. sampai dekat station bas, kitorang dah siap-siap tunggu. bagi upah duit dia tak mau, baik pulak kan...
-Sara- said…
alaa kita pon xbiasa pos2 ni..xtau..sorryy..heee
Irfa said…
FARA..
mcm leceh la pulak
nak kena ke syarikat bas ekspres
nak berkenalan dgn driver lagi ;(
Irfa said…
Cikji..
mmg ada,tp sbb xnk tggung risiko sggup bayar mahal sikit kat p.pos biasa
janji brg selamat sampai ;)
Irfa said…
Orga..
wah hebat.siap kirim buah lagi
tp pastikan takde buah duyan :)
baiknya lahai dreba bas tu..
Irfa said…
SARA..
dh selesai pun mslh
boleh pilih pakai pos biasa,murah sikit dr pos laju tp beza 2/3 hari je
kalau barang x urgent pakai pos biasa dlm rm11 utk 5kg
kalau pos laju dlm rm45 + +
dan boleh pilih nak kotak yg disediakan tp kena bayar sikit
so letak dlm kotak A4 balut cantik2..sblum pos siap doa moga selamat sampai pada tuan empunya ;)
HaSuGa said…
Anggaran pos brapa kilo..
dari mana? sekarang saya gunakan perkhidmatan airpak express...Untuk cawangan Jalan Pudu, diorg ada promotion sehingga hujung tahun..pos 1kg..baru RM4shj.. lagi berat..lagi murah..ritu penah pos dalam 14kg...baru rm22.00 Boleh cuba! :D
Irfa said…
HAI HASUGA..
tq sudi komen
xdelah berat mana pun.
sbb sy nak pos kain ela kepada pembeli
dlm 10kilo je satu kotak
nanti sy gugel Airpak Express tu

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...