Skip to main content

Rezki Terpijak ( Ketupat Sotong)

Ini betul2 rezki terpijak, terasa-rasa kat tekak nak makan ketupat sotong(sejenis makanan pemanis mulut dari Kelantan, beras pulut di sumbat dalam sotong, masak bersama 'nise' dan santan. susah nak jumpa hari biasa kalau ada jual pun cuma di musim pasar Ramadhan) tapi malas nak membuat. Nak kata susah membuatnya, tak jugak tapi entahlah. Bila beli sotong, pulut pulak takde. Ada pulut sotong pulak tak cantik (sotong cantik? cer bayangkan sotong pakai lipstik.hehe).

Tetiba pagi ni ada akak sebelah offer ' ...... (nama sebenar) make tupak sutun? ambik lah sekor ni kalu make gak' ( terjemah: makan ketupat sotong? ambillah sekor ni kalau makan'

Bagai orang mengantuk di hulur bantal, lelaju ke pantry cari pinggan. Dan hasilnya seperti di bawah

'lama saya x jumpa awak.mana awak pegi?'

emm nyam nyam nyam

ni baru betul2 rezki terpijak
baru sebut terus dapat
layan

(^_^)

Comments

kasihibu said…
pernah makam masa duk dungun dulu tp tak leh g sbb manis kot?ke sbb tak pandai makan..hehehe
Tijah said…
wuish. cemana rasa dia ek?
*SiRibenMerah said…
dapnye tgk.. tp x penah mkn lagi..
PM said…
tupak sotong versi ganu kuahnya warna putih dan ia bukan makanan pemanis mulut sebab kuahnya tak manis. hehehe

* lain padang lain belalangnya kan? tapi tetap berpijak di bumi yang sama :)
Lyaa Suriany said…
umi lya suka masak ni.
skali skala boleh ler makeee.
hehehe
berkala kala memang tak lalu la
Unknown said…
assalamualaikum..first time berkenalan..(bukan salam kat ko..kat sotong..hahaha)

tak pernah tergigit lagi.. bila ko nak buatkan kat aku

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...