~SALAM ISNIN~
Pagi ni bumi basah di timpa hujan
syukur setelah jerebu dan panas berhari2
sekarang hujan datang membersihkan sisa2 jerebu
Terima Kasih Allah
malam tadi tak cukup tido melayan si kenit yang batuk
# si kenit Ajaa Puteri Misha Naina batuk/selsema lagi malam tadi
(nama tu dia sendiri yang tukar lepas je baik dari demam minggu lepas)
apa2 hal pun..sarapan dulu ye
macam biasa, sarapan adalah heavy
# jarang lunch
Okey, ni nak citer apa yang aku buat Sabtu lepas
aku dan en abe hadir seminar Hidup Luar Biasa oleh Dr Azizan Osman
artis jemputan ialah Afdlin Shauki
# mereka nampak cam kembar di atas pentas
# join pun sebab free, kalau berbayar aku pikir 16x kot
sebab bagi aku sesapa je yang bercakap pasal motivasi ni
diorang bercakap dan ulas benda sama je
ops.. aku kenal nama dia pun sebab baca nama dia terpampang kat dada
pemain bola THE RED WARRIOR (GOMO KELATE GOMO)
tapi ramainya manusia
tua muda miskin kaya semuanya ada
seminar free tu di adakan didewan PGRM Cheras
jam 8.30- 1.00 tgh hari
beberapa jam dalam tu ada satu kejadian
- budak sebelah aku (budak muda, pompuan awal 20an kot)
bercakap pot pet pot pet dari mula duduk
sakit telinga aku dengar
last2 tanpa sedar tindakan refleksi berlaku
aku tercuit bahu dia dan buat isyarat jari di mulut
lepas tu baru aku terfikir
'eh! apa aku buat ni?'
huhu
sib baik budak tu tak hempuk aku dengan hbag
dahlah aku terpisah dengan en abe
lelaki dan perempuan di asingkan tempat duduk
dan perkara yang aku sempat ingat ialah:
- berbuat baik pada IbuBapa supaya hidup diberkati Allah
- jangan kedekut dan takut miskin untuk bersedekah
- penghalang kejayaan ialah diri sendiri yang tak nak berubah
apa lagi ye?
berjam2 sejuk beku dalam tu
itu je yang ko ingat Irfa? alahai
penghujung majlis, sesapa nak join next class dia dikenakan yuran
boleh tahan reganya
so aku baca buku jelah kot, hahaha
PAGI NI,
baru sempat gugel siapa Azizan Osman
kisah dan gossip tentang dia
banyak jugak kisah -
terpulang pada pendapat masing2
kita bukan sesiapa nak menilai orang
nak percaya, percayalah
tak nak percaya sudah, nama ko Bedah
(^_^)
Comments
so bila nak sambung belajar?? hahahaha...
puteri misha naina?? mana dia dapat nama tu??? :)
kan?
spjang dlm kelas tu xde pulak sy dgr dia burukkan orang
tp bila baca kat google.mcm2 kisah dia ..banyak nya kisah peribadi la
sy ambil apa yg elok je dlm kelas tu ;)
sambung belajar?hehe, next topic pls
puteri misha naina tu kami satu family pun pelik.tetiba je hilang nama 'siti' tp di ganti dengan nama 'puteri' siap suh orang panggil dia ' PUTERI' yang tak tahan tu ;)
alang2 dah free tu pegi jelah
nak jugak tahu apa yg hebatnya pasal dia ni :)
selalu tgk kat paper mcm ramai sgt yg dtg seminar ni
so takdelah heran kenapa ramai,sebabnya kalau free memanglah ramai yg datang
yag berbayar tak pastilah penuh ke tidak dewan tu ;)
bagi aku biasa je mcm kita gi seminar motivasi yg lain
senang citer, kalau gi seminar apa2 pun penceramah kena pandai bercakap
pandai ambik perhatian pendengar, pandai buat lawak sikit2 supaya penonton tak bosan
yg lain tu biasa je
baca gossip tu susah nak kata,nak percaya dengan tak percaya sama banyak persennya ;)
pantun tu mmg AO yang sebut :)