# mood tak bagus, hidung tersumbat. makan pun masih takde rasa apa. maka, biarlah jemari yang bercerita. kang bercakap banyak rasa tak bernapas pulak (sebab bernafas guna mulut,huhu)
Okey, ingat lagi tak lepas ending drama korea bertajuk
You're Still The One tu, aku dah nekad taknak follow mana-mana drama korea lepas ni. Sebab tu bila ada drama baru yang mula tayang 17June tu aku buat-buat sombong. Tapi angan-angan terbang ke laut. 2 malam lepas tertido lewat sebab lipat kain, makanya terlayan drama ganti citer dulu yang bertajuk
Only Because It's You (117 episod) dan semalam episod ke 28. walaupun tak follow dari awal, aku dah boleh agak jalan ceritanya macam mana.
Cilok dari sini-
OneTVAsia
|
Kisah 3 Sahabat yang punya kehidupan tersendiri namun saling berkaitan
Three high school friends reunite in their mid-thirties and realise that they have different pursuits in life. Their friendship turns sour when Yang Soo Bin (Yoon Ji Min) divorces her husband and gets involved with Kang Jin Joo (Yoon Hae Young)’s spouse. ‘Only Because It’s You’ depicts the values of friendship as well as the joys and pains of life.
Starring: Yoon Hae Young (Love and Ambition), Yoon Ji Min (Paradise Ranch), Lee Jae Hwang (Smile, Mommy!) & Park Hyuk Kwon (Midas).
Terjemahan dari aku sendiri:
Kisah 3 sahabat ( Kang Jin Joo, Yang Soo Bin dan Yoon Gong Ja) yang berkawan rapat sewaktu di sekolah tinggi bertemu kembali di usia 30an. Mereka berlagak seolah2 persahabatan mereka masih macam dulu tetapi sebenarnya kehidupan mereka sudah banyak berubah seiring dengan masa.
Kang Jin Joo, wanita bekerjaya dan sudah berkahwin. Ada seorang anak perempuan.Kehidupan sedikit berubah bila suami kehilangan pekerjaan dan suaminya mendapat kerja di sebuah restoren dengan kawan baiknya sendiri, Yang Soo Bin.
Yang Soo Bin, telah berkahwin tetapi tidak disukai oleh mertuanya. Dia juga ada kisah silam yang disembunyikan daripada pengetahuan suami iaitu status anak lelakinya. Anak itu bukan anak suaminya tetapi anak dia dengan lelaki lain (masih menjadi misteri) dan akhirnya setelah rahsia bocor dia diceraikan. Ingin memulakan hidup baru setelah bercerai. Dia mendapat pampasan sebuah restoren dari bekas suami dan meminta pertolongan suami kawan baiknya (Kang Jin Joo) yang juga bekas kekasihnya dizaman kolej. Tanpa sedar 'cinta lama berputik kembali'
Seorang lagi kawan mereka namanya, Yoon Gong Ja. Masih solo dan sedang mencari2 pasangan hidup. Dia lebih rapat dengan Kang Jin Joo kerena mereka pernah tinggal bersama dan mak Gong Ja sangat sayang pada Jin Joo seperti anak sendiri.
Persahabatan mereka teruji bila Jin Joo dalam diam cuba merebut kembali cinta suami dan Soo Bin tetap tidak mahu mengalah kembali menagih cinta dari kekasih lama.
|
Emm macam biasa, jalan citer 'suami curang' dan tak sangka ada mata yang memerhati dalam diam. Sejuk je si abam komen
'tak suka betul la abam citer macam ni. asik2 citer suami tipu isteri. Dulu citer Miss Ahjuma, lepas tu citer Chae Rin ( You're Still The One) sekarang citer ni pun sama jugak. abang nak tido lah' tu dia... budak umo 8 tahun bagi komen. Sentap terus hati mak ko nak.
Sabar la ye abam (^_^)
Comments
lelaki curang itu bukan ikut negara mana dia datang.mungkin rating penonton tinggi kalau jalan cerita mcm ni.sebab tu pengarah suka buat cerita macam tu,nak tarik perhatian kaum wanita.hahaha
hari ni baru tahu total episod ialah 117.huhu
tgh fikir nk follow ke tak ni.sebab x lama lagi nak posa
kang berjaga melayan drama terbabas bangun sahur
hehe,takpelah..terjebak kan susah ;)
i hear ur voice tu pun cam best gak
baru tertengok episod pertama tu ari
Dua dua citer yang akak sebutkan tu tak ada unsur curang rasanya...
cerita korea ni mmg berhantu kan. suami saya pun 'konon-konon' la tak layan cerita korea ni..tp kalau sekali dia tertengok 1 episod, mmg nanti dia plak yg kelam kabut nak balik awal utk standby dpn tv nak tengok drama korea. hahahaha