Tak usah bicara tentang payung emas
Kerana
Aku belum layak iktiraf diri sesuci Khadijah atau Fatimah
Tak usah bicara tentang zuriat
Kerana
Aku bukan Allah…mudah menyebut kun fa ya kun…
Tak usah bicara tentang setia
Kerana
Aku pasti kau tahu aku bukan perempuan jalanan
Tak usah bicara tentang tanggungjwb
Kerana
Aku tahu kau lebih arif tentang itu
Tak usah bicara tentang kesempurnaan
Kerana
Aku terima kekurangan kau kerana Allah
Tak usah bicara tentang dia
Kerana
Aku diasingkan darimu kerana dia
Sucinya aku, kau miliki ketika di Makkah
Hebatnya dia, kau sembunyikan ketika di Thailand..
Berhenti beralasan ini semua jodoh ketentuan Allah…
Kerana satu dunia tahu
Hanya itu lah jawapan mudah utk lepaskan kekhilafan yg disengajakan…
~*~*~*~
semoga 'dia' tabah
# emm .. baru aku perasan, entri emo tu mungkin kesan dari kes ni
semoga 'dia' tabah
# emm .. baru aku perasan, entri emo tu mungkin kesan dari kes ni
Comments
betul2 mendalam maksudnya kan
moga dayana diberi kekuatan dan ketabahan
ada komen kata bukan dia yang tulis puisi ni
tp x kisahlah sapa yg buat pun
sy cuma tersentuh dengan kata2nya
itu je
dan kalau betul, sy tumpang doa smoga dia tabah
dan dikurniakan yang terbaik
bukan kita je, semua wanita yang punya perasaan pasti tersentuh
itu yg kita mampu tolong, tolong doakan yang terbaik utk mereka
jodoh tu mmg x boleh nak kata apa
jodoh pertemuan, ajal dan maut tu bukan manusia punya kerja
itu kerja Allah cuma cara tu je yang kita sedikit kesal
sy x menentang poligami kerana dah jelas ia HALAL
blog beautifulnara kak ;)
kalau nak tahu pegilah sana
Doa utk dia dan kita juga