Skip to main content

Kalau Aku Kaya lalalalalalala

Ramadhan 3 (Jumaat)

Emm, nak citer pasal menu berbuka pun seganlah, bukan meriah pun tapi sekadar mengenyangkan. Sampai aku cakap kat anak bujang tu 'abam, okey ke lauk macam ni?sori ye kalau tak sedap' dia jawab 'okeylah ni. kita kena bersyukur sebab ada makanan' huhu, mana dia belajar ni? ustazah kat sekolah agama petang kot. Tq Ustazah.

Okeylah, kita citer mende lain. Kisah tudung, aku tak tahu menahu pun pasal ni, kalau tak kerana ada sorang kakak bercerita tentang hal ni masa dia tegur aku yang sedang menyarung tudung dalam surau beberapa hari lepas, konfem aku tak tahu. Bila dah tahu, terus gugel dengan keyword 'beratur panjang nak beli tudung ..........'. Tu dia, bersusun blogger yang menulis tentang tu. Yang mengutuk la paling banyak, tapi yang berbangga dengan koleksi mereka pun tak kurang jugak. kira seimbang la ;)

Nak tengok gambar boleh pegi blog ni, drHanie. Ni jer blog yang aku jumpa ada gambar yang menarik.

'hebat, sungguh hebat' itu je yang mampu aku cakap. Golongan marhaen macam aku ni, tengok rega selai tudung tu pun gosok mata banyak kali. Kalau selai rega macam tu, aku dapat bayangkan telekong untuk solat diorang mesti lagi mahal. tak gitu?

Mungkin tak kena kat diri sendiri, boleh le bercakap. Mulut tu gatai je nak berkata-kata tapi bila diingat balik, setiap orang ada kegilaan masing-masing. Diorang beli pun bukan mintak sen dengan aku, so dendiam sudey, hehe.

Ada orang, gila mancing. Sanggup beli batang kail rega ribu riban dan bermalam di sungai/tasik.

Ada orang, gila 'menembak' (istilah bagi yang suka ambil gambar) sanggup beli lense rega ribu-ribu.

Ada orang, gila tengok drama korea, sanggup tido jam 1.00 pagi, eh!bercakap dengan cerminkah? tapi itu kisah sebelum puasa, sekarang non ado, mek masuk tido awal bulan puasa ni sebab kena bangun masak untuk sahur. masak ke?hihi

dan aku tak heran bila ada orang sanggup beratur dari jam 12malam semata2 nak jadi yang terawal bila pintu dibuka besok pagi.

# paling mahal tudung aku beli ialah rm40 (beli ngan kawan jual kat opis, rega kat luar aku tengok ialah rm28 tapi sebab dia jual kat opis rega dah mark up la, upah penat menjinjit plastik dari parking ke opis) dan itulah yang paling mahal setakat ni, paling murah pulak rm5, shawl kedut seribu namanya, hahaha.

akan datang kalau aku $$ lebih pun aku fikir banyak kali kot nak beli tudung mahai nih. Tetiba teringat lagu Altimet feat Awi Rafael, tajuknya 'Kalau Aku Kaya' lalalallalaa

Lirik Lagu Kalau Aku Kaya – Altimet feat. Awi Rafael
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya
[Altimet]
Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Kamu tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba

Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
Kalau aku kaya (kalau aku kaya,kalau aku kaya)
[Altimet]
Aku gajikan driver
Nama dia Schumacher
Dia panggil aku sir
Aku panggil dia der
Der, tolong hantar mak aku pegi pasar
Belikan nasi lemak
Boss engkau dah lapar
Aku belikan Kim K, kain lebih
Pesan dia tolong tutup aurat, terima kasih
Beats by Dre
Next beat by’Ye
Tiap show pakai J’s
Hypeman aku Jay
Biar aku belanja, subsidi gula
Korang kena kencing manis tanggung rawatan semua
Pening apa semua benda aku yang sponsor
Kalau korang takut trafik kita naik helikopter
Dan kalau aku mampu
(jangan pening kepala, Aku betulkan semua lubang atas jalanraya)
Buat suka hati aku
(Korang tak perlu risau, Aku beli semua pokok janji bumi kekal hijau)
[Awi Rafael]
Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama
Aku beli serba satu (Heh aku beli dua)
Eleh aku angkat lima (Wei aku borong semua)
Bagitahu jiran lama (Sewa mereka kami taja)
Dan kalau anak-anaknya geliga (Kita bagi biasiswa)
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Bila aku kaya
Kaya,kaya
Bila aku kaya
Hari hari hari raya (hari-hari ha ha)
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba (rileks-rileks semua aku belanja)
Bila aku kaya (Yea)
Aku beli segalanya (semua)
Bungkuskan semua (ha ha)
Hadiahkan pada mama (mama nak apa)
Bila aku kaya (Kita bukan pergi kedai kereta beli kereta)
Bila aku kaya (Kita pergi kedai kereta beli kedai kereta)
Bila aku kaya (bila aku kaya, bila aku kaya)
Bila aku kaya (bila aku kaya, haih bila lah nak kaya)
Kalau aku mampu
Buat suka hati aku
best gak lagu ni, yang lirik buat aku gelak yang kaler merah tu, gila kaya ko sampai bil jiran pun tolong bayar sekali, hihi

# macam lari tajuk je kan? dari citer tudung ke lirik lagu, layannnnnnnnnnn

Comments

azieazah said…
Sebab kita tak kaya la perasaan kita lain. Kalu kita kaya? Perasaan kita ntah-ntah dibalikkan olehNYA. Dugaan tuuu...
Irfa said…
KAK AZIE..
betul tu, sy x nafi pasal tu
miskin itu ujian
kaya pulak,lagi besar ujiannya
bangsawan nilai said…

irfa,
wifey aku ada gak koleksi tudung brand f****** ni. takpelah asalkan dia beli pakai duit dia sendiri heh heh
asyifamustaffa said…
sederhana jer kut mungkin lebih baik...kalau kaya nie....mungkin lain palk nnti pesennya...
tp kaya pun ok gak...dpt tlong orng yg memerlukan....insyallah....
Rumah Kuning said…
yang penting kaya harta n kaya jiwa jugak.best kan? hehehe berangan pun dah best.
Hohoho! Nsb bek aku bkn jenis peminat tudung sarung lapis2 karipap tu beb. Hahahaha!
Yatie said…
Tak minat tudung sebegitu nak nak kena beratur....
sweetie said…
Saya tengok interview ngan perempuan pasal berbaris selama 2 hari semata nak beli tudung tu kat TV Irfa... saya terkejut dan tergelak besar... gila! Apa sebenarnya yang dia nak beritahu... dia kaya... gila barangan berjenama.... sanggup buat apa saja untuk puaskan hati dan dapatkan barangan yang dia suka?

Tapi sedar tak! pengeluar product tu dah jadikan dia model iklan tak berbayar... Agak2nyalah... kalau kena berbaris panjang dan terpaksa solat subuh kat sekolah sebab nak ambik report kad anak dia, dia buat tak?

Saya pun sama Irfa... tudung saya harga murah dan beli kat pasar malam je... kalau dah cantik, pakai barang murah dan tak ada brand pun tetap cantik! ha..ha..ha... - maaf semua!
Zareda Norman said…
Beli juga selai dua teringin uuuuolls.. tapi nk beratur pnjang maks tak.kuasa. beratur tu sbb ada diskaun tu
try la kak stu hlai... org kta dh pkai .xnk dh gna tdung lain....puas pkai blh tred in...hrga xjtuh...beli laa..beli laaa..kihkihkih
Temuk said…
Assalamu'alaikum Irfa
Pak Temuk pula singgah rumah Irfa. Hihi, seronok cerita tudung ni. Dari fungsinya, jenamanya, fesyennya, warna-warninya, pengeluarnya, penjajanya, RMnya, pemakainya... Kaum Pak Temuk tak ada peluang nak cerita pasal songkok hitam atau putihnya sebab tak banyak boleh diceritakan mengenainya.
Mimie said…
Masing2 pnye selerakan...bg sy seelok2nya beli la tudung yg btul2 ikut syariat...menutup dada..
Nong Andy said…
Setakat ni tidung termahal saya harga 35
QasehnyaRania said…
macam2 ada .

selamat berpuasa
Aisy Nasiha said…
saya suka tul la dgn lagu ni. Nyanyikan buat perli suami. Haha..

Ada masanya saya kagum juga dgn org yg ada koleksi benda mahal macam tudung mahal atau handbeg beribu2 ringgit. Tapi ukur baju sdiri la dulu nampaknya.
Irfa said…
QR..
tq,sama2 lah kita berpuasa ye ;)
Irfa said…
Nong Andy..
kan?
sebab cepat bosan,kalau beli tudung murah boleh dapat banyak helai ;)
Irfa said…
MIMI AZIRAH..
betul tu,kadang ada jugak terlepas pandang,huhu
Irfa said…
PAK TEMUK..
terima kasih sudi singgah ke blog saya ;)
orang lelaki senang, sepesen je
tapi sekali membeli pakaian reganya boleh tahan juga
Irfa said…
B-Nilai..
haha,reward diri katanya
layankan je
Irfa said…
ASYIFA ..
sederhana dalam segala hal lebih afdal
tp sekarang sy cakap macam ni
akan datang kita tak tahu,nanti kalau sy terbeli juga mesti sy malu nak citer kat blog
hehe
Irfa said…
KAK ZA..
berangan mmg best
kalau duit lebih dan bukan utk meriah,apa salahnya
beli barang mahal utk reward diri dan juga keyakinan diri katanya
itu alasan paling popular ;)
Irfa said…
FARA..
kita sepesen kot,shawl je
murah dan banyak pilihan,hihi
Irfa said…
YATIE..
minat tengok tp mmg tak sesuai ngan muka sy
kalau kena beratur bagai lagi tak minat,sbb kurang kesabaran ;)
Irfa said…
KAK SWEETIE..
sy pun terkejut,tak sangka smpi macam tu sekali peminat tudung tu ye
mmg kaya gila lah owner tudung tu
iklan utk tudung pun buat kat oversea,baru nampak internasional

ye betul,mak saya kata 'orang cantik,pakai selimut pun lawa'hahaha

Irfa said…
QR..
macam iklan astro :)
slmt berpuasa utk awak juga
Irfa said…
CHEKMUD..
akak taknak try,takut nanti ketagih
tp kagum jugak sbb ada yg kata boleh jual balik kalau rasa bosan
Irfa said…
KAK ZAR..
duit lebih beli je kak
itu dekat rumah kak zar kan?
hihi
kayyana said…
tudung jenama gitu mmg tak larat nak beli.. sebab daripada beli harga sampai 200 baik beli barang utk anak anak.. pada saya tak salah kalau kite nak merasa sehelai dua... utk diri kita jugak.. tapi kalau terpaksa beratur panjang dari pagi sampai ke malam keje gile namanye tu.. padahal ada jugak peniaga yg jual tudung yang sama bentuknya sama kualitinya sama kemas jahitannya tp harga lagi berbaloi dan berpatutan,, yang membuatkan die mahal mungkin sebab 'brand' atau nama.. bile sesuatu dah ade nama pasti harga akan jadi mahal... kan? hihih
Puan Eka said…
Eka kak, tudung paling mahal pun Rm 50.00, bli kat radiusite. Lepas tu takde derr. Semua pashmina jer. senang cite. hehehe RM 10.00 ke RM 20.00 selai.

Tak minat lak yg kene beratur tu.

eka pagi tadi dengar lagu aku kaya tu, eka rasa cammm eh best plak. part tu la yg eka senyum. kan best org bayokan bil2 kita.haha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t