Skip to main content

Ramadhan 15: Lagu Raya Sana Sini

Ramadhan ke 15
 pagi ni ontheway ke opis
radio dah pasang lagu raya
okey la dari tahun lepas
rasanya minggu pertama puasa dah ada radio siar lagu raya
ramai komplen rasanya sebab awal sangat

masa kecik, mak tak bagi kami suka-suka takbir raya
kata mak
'sian orang dalam kubur tu, kita seronok nak raya
diorang sedih puasa dah nak abis
masa puasa ni lah orang dalam kubur terlepas siksa kubur
bila dengar lagu raya, itu tanda dah dekat nak raya'

sebab tu aku sayu sangat kalau dengar lagu raya
terkenang mereka2 yang aku sayang yang telah pergi
Al Fatihah untuk mereka

# malam ni 3 adik-adik aku akan balik kampung
sempena cuti Nuzul Al-Qur'an
naik keta api tut tut
emm, lama tak naik keta api

Apa lagu raya feveret korang?
Kiranya lagu yang boleh hati terusik la
Aku punya lagu ialah Dendang Perantau (i kan perantau)
dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda - Mamat

(^_~)

Comments

Masya said…
alahai .. xmoo dgr lagu raya .. nanti mood nak buat kerja hilang...
Acik Erna said…
tak ikut ke..meriah jugak kakak dapat berbuka ramai2..mesti dia ingat umi dan adik2
||aLeaSaRa|| said…
yelah pagi tadi saja buka sinar fm...adibah noor kata pendengar dah bising2 minta putarkan lagi raya.ni officemate lelaki..bujang..sibuk pasang lagu raya.kg kat ipoh je..tiap2 minggu dia balik pun...ada hati lagi nak touching2 he3...

owh suka jugak lagu2 macam sis irfa tulis tu..then suka lagu aman syah nyanyi....p ramlee nyanyi...sudirman nyanyi..oklah semua lagulah suka he3..
HeNRieTTa JoSe said…
rietta pown sama...sayu juga...eeeh....dah 16 hr erk puasa? rietta igtkan hr nie bru 15...addeh la...org nek ketapi blk kg...rietta ketinggalan ketapi...rietta suka lagu kurung nan biru...huhuhu...wanna cry...
Wah, smpt g ko balik kelate eh mek? Heheheheh...nek ketapi lak tu. Best!
Irfa said…
FARA..
bukan aku la
adik2 aku je
aku nak balik pun mcm suntuk sangat, dah x lama pun nak raya
suterazen said…

As Salam Irfa,

Yuppp...dh lama gak x dengar ayat cam org tua kita tu psl x elok dgar lagu raya awal2...ada la tu simboliknya nya kan. Ayat berlapik.

Kakzakie Purvit said…
Kalau dah tua macam kakak lagilah mula terfikir tahun depan dapat tak nak puasa lagi sebab tu sedih dengar lagu raya sebab nak tinggalkan ramadhan..
Jari Manis said…
yeaay...kehangatan hari raya sudah tersa..hujung mggu penuh org kluar shopping baju raya..

Ifa dan get eady ke beli baru raya anak2 tu :-)
paridah said…
betullah tu Kakzakie, lagu2 raya suka juga mendengarnya, kadang dtg sesal dihati tdk giat beramal ibadat sedari muda sbb stelah berumur bnyk halangan yg menggendala, contoh badan semakin lemah layut. yg masih muda belia ni eloklah beramal ibadat sungguh2 sedari muda agartidak terkilan kekurangannya...sebab nasib hari tua kita tidak tahu bagaimana takdirnya...
aizamia3 said…
kat office ai ni.. ai tak bagi lagi dorang pasang lagu raya.. hahaha..
kalau nak tunggu minggu depan.. ;)
azieazah said…
Saya suka hampir semua lagu Raya, terutama yang lama-lama lagi klasik. Lagu Sudirman... Zaleha Hamid... or Hail Amir ker.. Sanisah Huri or Fazedah Joneh ker... Semua suka!
Unknown said…
Tetttttt!!!!!
Sangat ketinggalan.
K.Sham tak bukak radio so tak dengar/tau pun lagu2 raya dah start main.
Bab lagu raya.. ntah.. K.Sham ni mcm kata Omak sey la.. "kurang perasaan".
Tapi kalau kena raya kat sana, sure lagu Dendang Perantau la jadi pilihan.
IndaMarya said…
Irfa , aunty org lama so masih suka lagu Saloma...dam dam dum bunyi mrcun, kanak2 segera dtg berduyun..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t