Pagi tadi ada sedikit drama airmata, siapa lagi kalau bukan drama queen kecik aku tu. Kisahnya hari selasa tu pengasuh tiba2 kena balik kampung sebab pak mentuanya sakit. Kakak tu tak sempat tunggu aku balik keje sebab nak bertolak cepat dan dia bagitau akan tinggalkan anak aku kat rumah kakak dia. Tak jauh pun sederet ngan umah aku je. Masa ambik anak, kakak dia offer kalau takde orang jaga, hantar je anak2 umah dia. Dia kesian kalau aku kena ambik cuti banyak. Tq Kak, jasamu di kenang.
Tapi semalam en abe cuti, so tak hantar la. Pagi ni en abe keje shift pagi, sah2lah kena hantar. Apalagi, meraung la dia taknak masuk umah. Siap cakap 'taknak duduk sini, ...........( sebut nama sorang budak yang kakak tu jaga) nanti dia buat Ajaa' padahal budak tu lagi kecik dari dia, apa nak takutnya. Kakak tu kata '....... takde' akhirnya dia masuk umah, elok dia masuk aku pun cabut ler. Dari jauh aku dengar suara dia melalak. Maaf le kak, pandai2 la akak buat macam mana.
Sambil tunggu member pickup aku berbicara dengan bulan 'Bulan, aku sedih. Sudikah kau mendengar luahan hati ku?' drama sangat.......pirahhhh
jam 7.10 minit pagi masih ada sisa bulan penuh |
deretan kuih raya menggoda jiwa pilih jangan tak pilih sila bayar kat kaunter ye |
Dalam banyak2 kuih raya, antara kuih raya yang aku tak jemu makan ialah tat nenas, semperit, kuih siput dan sarang semut.
Tapi setakat ni baru order kuih sarang semut je, itupun adik pengasuh yang buat. dah beberapa tahun order kuih tu dengan dia. Dan dia pun tiap tahun buat kuih tu je takde buat kuih lain, nanti aku tunjuk gambar ye
Zaman aku buat kuih raya dah berlalu,last aku menguli tepung untuk buat kuih masa umur 18 tahun, gila lama kan? hihi.
Korang dah order kuih apa? ker buat sendiri? kalau buat sendiri TAHNIAH aku ucapkan (^_^)
Comments
Kak Sham order kuih raya ngan wife cousin.
Setel utk 3 umah.
Tapi kuih apa.. entah..
Janji ada jer..
jawapnya mmg kene beli jer laa...
kalau buat sendiri lagi untung boleh dpt banyak berbalang2 hehehe
Betul2 kuih raya sedapnya masa belum raya, dah raya, pandang pun tak, lepas raya pun kureng bagi akak...hehe.
Saya tahun ni order 4 jenis biskut je.. Harapnya habis la. Selalunya tak abis pun..