Skip to main content

Ramadhan 20: Gastrik Datang Lagi

Salam Ramadhan ke 20
Ramadhan sudah menuju penghujung, huhu

ni kisah aku di hujung2 Ramadhan
tanpa di sangka 'kawan lama' datang kembali 
Masa sekolah menengah dulu, aku dan dia memang serasi bersama
setiap bulan ke klinik jumpa doktor ambik ubat Gastrik
tapi dah lama dia tak datang, rasanya belas2 tahun
sejak aku bekerja dan berkahwin

Tapi tak sangka Khamis lepas, dia datang kembali
berguling aku menahan sakit lepas buka posa
aku lupa itu sakit apa
cuma yang aku ingat sakit tu macam kontraksi nak bersalin, huhu
kejap datang, kejap hilang

Jumaat sakit tu masih ada, aku tahan je
masa solat menahan sakit waktu rukuk dan sujud
Sabtu balik Cheras, sakit masih ada
Ahad, tak boleh tahan dah
ke klinik jumpa doktor
check itu ini dan 'tahniah, awak peknen' hehe, gurau je
'awak gastrik ni, ada kontrol makan ke?'
aku cakap ' takde diet pun, makan cam biasa je'

so balik tu dapat seplastik ubat
ubat gastrik
peringatan untuk diri sendiri, jangan culas makan ubat
huhu 
sib baik dah nak abis Ramadhan baru dia datang
kalau tidak, mungkin ada hari aku takleh posa
setakat ni masih bertahan
dan puasa masih penuh 
wpun dalam hari menunggu ABC (Allah Bagi Cuti)
(^_^)

# sakit itu penghapus dosa2 kecil

Comments

shida said…
la... kesian akak... sabaq na.. mkn ubat byk2
asyifamustaffa said…
Mmg sakit ler klau dah gitu bnyinya...cam orng nak bersalin...? bahaya tu..jgn lupa mkn ubat...:-)
Ratu Hatiku said…
ksiannya..semoga cpt sembuh ya..
||aLeaSaRa|| said…
owh semoga sis irfa lekas sembuh ye.jangan makan yang spicy tau.kak lea pun hari tu tak jaga makan,perut kembung banyak angin tapi taklah sakit.gi klinik doktor bagi macam2 ubat...tak lalu nak telan.last2 beli je eno n sapu minyak angin..dah ok he3...kak lea pun bila2 masa je ABC(wah suka words ni he)...
Yatie said…
saya dah lama tak kena gastrik n kalau boleh tak nak dah. Kena jaga makan..cuba telan habbatussauda. telan tetiap hari takde gastrik pun telan. bukan takat gastrik, period pain pun hilang. worked n me at least sbb tak suka rasa ubat gastrik. GEt well soon ye irfa
Ann Ishak said…
ye betul, terampun dosa2 kecik...alhamdulillah :)

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t