Skip to main content

Telur Puyuh dan Kolestrol

Dah lunch? Minggu ni dan minggu depan adalah minggu2 terakhir sebelum umat Islam menyambut bulan Ramadhan. Banyak opis buat makan-makan sempena menyambut Ramadhan, dan disamping makan free tak ketinggalan juga tester kuih raya berkeliaran di sana sini. wah! ayat berkeliaran tu macam anak kucing le pulak. hihi.

Yang best tu, tester licin tapi kertas order kosong. hahaha

Okey, lunch tadi aku keluar, balik2 opis rupanya ada makan-makan free. Apa lagi, ambik pinggan la kita. Memandangkan mulut masih pahit sebab baru baik dari demam, ambik sekadar rasa jelah ye memang tak rasa apa pun telan bodoh2 je.huhu

menu dalam pinggan ialah
setengah senduk nasi
2 ekor udang masak lemak
1/2 biji telur masin
3 biji telur puyuh
sambal bilis - tester (owner buat promo, boleh order untuk puasa nanti)
tengah sedap menyuap, akak sebelah tegur 'telur puyuh tu banyak kolestrol tau. Dah lama akak tak makan. Kolestrol dia sama macam sebiji telur ayam biasa' erkkk, aku makan 3 biji telur puyuh + 1/2 biji telur masin lagi. huhu. Berapa banyak kolestrol daaa........

Comments

Kakzakie Purvit said…
Betullah tu telur puyuh memang tinggi kolestrolnya tapi cumil cute tu senang nak masuk mulut lupa bila ada depan mata:)
Anonymous said…
sesekali suka juga makan telur puyuh ni hehehe
Acik Erna said…
dik..patut la kolesterol akak tak surut2..sekali makan 10 biji he he
Balqis Nazid said…
Betul telur puyuh memang tinggi kolestrolnya tapi itulah yang sedap kan..?? he..he..
Mkn skeadar nak manjakan tekak, pe salah kan? Heheheheh!
Nong Andy said…
Aku pun pernah kena wrning bab kolestrol tu gak bila up n3 masak telur puyuh..

Sesekali tu okey kot.. kat fredge aku da beberapa biji lagi telur puyuh...bila nak masak tu
NenetPenne (NP) said…
betul..tester laju jerrr tapi beli tak jugakkkk
telur masin tu sedapnya...
Unknown said…
Sesekali jer.. tak jatuh mudharat lagi.
Tapi mmg byk opis yg buat mkn2 sempena nyambut bulan Ramadhan next week.
Omak akak pun tak menang tgn, catering sgt masyukkkk.
Alhamdulillah..
bangsawan nilai said…

dah masuk pinggan, telan ajelah irfa...he he
sweetie said…
sesekali tak pa... bukan hari2 pun makan telur burung puyuh...(ini prinsip saya... ha..ha..ha..)
ibundo said…
pujuk hati; sesekali je...

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t