Skip to main content

Bila Dah Kaya, Baru Berani Cerita

# menaip sambil intai cermin, eh! ada selai bulu mata jatuh la. Emm, orang kata 'kalau bulu mata jatuh, itu tandanya ada yang merindu. Benarkah bagai di kata' hihi. padahal mungkin jugak kurang minum air, kulit kering sebab tu bulu mata senang gugur. okey lupakan..

penah baca/dengar orang cakap macam ni tak

'mungkin orang tengok kami dah kaya dan senang lenang sekarang. Ada bangunan dengan nama sendiri, keta mewah berderet bawah garaj, tanah seluas mata memandang, Duit dalam bank takyah citerlah, tolak semua orang punya, belen tu kami yang punya. Tapi, dulu kami juga pernah alami zaman susah. Pernah berhutang dengan Along, sampai kena pindah rumah. Rumah yang ada pulak hampir dilelong, kereta banyak kali kena tarik, nak beli susu anak pun korek tabung. Bila anak sebut nak makan kepsi, menitik air mata sebab tak mampu nak beli. Tapi Alhamdulillah, dengan izin Allah dan berkat usaha keras kami berjaya miliki apa yang kami ada sekarang'

penah dengar?
pernah baca?

tiap kali baca/dengar orang2 kaya bercerita macam ni, aku terfikir 'sebab dah kaya la baru dia berani bercerita, so semua orang akan kagum dan percaya cakap dia. Masa zaman dia susah dulu, mesti dia malu nak citer kat orang tentang kesusahan dia. Betul tak?'

Tapi sebenarnya, aku suka baca, suka dengar, suka tengok orang yang kaya dan berjaya berkongsi macam mana mereka berjaya dalam bidang masing2. Sedikit sebanyak kita boleh kutip tips macam mana cara mereka berjaya. Yang pastinya, cakap orang2 yang dah berjaya ni senang laku, kalau buat buku konfem laris dipasaran (^_^)




Comments

lupekanje said…
aah la irfa..sok klu accik dah kayo, accik pun nk nulis buku gak... heheh
Yunus Badawi said…
Bilalah kita pulak nak boleh bercerita mcm tu? ..... huhu
Unknown said…
Rasanya dah banyak kali KZ baca citer mcm tu...rasa macam drama pulak..sama jer skrip dan plotnya.
Ann Ishak said…
betul...boleh memotivatekan diri mampu berjaya sama dengan orang lain :)
nita said…
memang selalu jugak terbaca.. betul kata Ann Ishak ia boleh beri kita motivasi diri utk berjaya (^_^)
Kayna said…
Betullaaa tuu Irfa. Macam kayna, baru je update kisah beli rumah pertama yang d beli 5 yrs past. Kalau nak cerita awal2. Macam x sedap kan... kan kan?? heheheh..
||aLeaSaRa|| said…
mana tau satu hari nanti dengan izin Allah,kita masa tu dah menjadi orang kaya berjaya...kongsi pengalaman di blog agar sapa yang dah patah semangat tu,tak mudah mengalah untuk bangkit semula..kan...kan..he3...
Unknown said…
Kalau aku kaya
Kalau aku kaya

Aku nak gaya hidup aku berubah
Alangkah indah kalau dah tak susah
Jadi pemilik bukan sewa rumah
Makan tak habis minum tak sudah
Bil api air semua bayar awal
Tulis cek selamba tak risau batal
Masuk dalam bank semua melopong
Dalam akaun ada banyak 0 0 0 0 0

Kalau aku kaya
Hari hari hari raya
Bil-bil jiran keluarga
Aku belanja selamba
Kalau aku kaya
Aku beli segalanya
Bungkuskan semua
Hadiahkan pada mama

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t