Dari blog kak Zakie, aku tertarik untuk kongsi cerita.
2 malam lepas, jam 10.00 malam, aku dah bersedia nak tido. Terdengar suara budak2 bagi salam (rumah teres rapat2 ni orang sebelah buka pagar dia pun aku rasa macam bukak pagar aku, huhu). Intai dari celah langsir. Nampak 3 orang budak perempuan (paling besar dalam 12tahun), siap berbaju raya bawak beg raya jenis silang tu bagi salam nak beraya rumah sebelah. Aku jeling jam, 10.15 malam. Biar betul budak2 ni, bertuah betul dapat mak ayah baik macam mak ayah diorang. Kalau aku, jangan harap. Maghrib semua dah dalam rumah. Nak beraya pun tengok jam le, akak tu bukan buat open house pun. Aku perasan budak2 ni ada yang berani sungguh, tak tahu datang dari ceruk mana selamba je ketuk rumah orang tak kenal nak beraya. Masa raya ni ler nak tengok budak yang tak pernah tengok, lalu lalang depan rumah nak beraya.
Ada jiran bercerita, tahun lepas ada la dia bagi budak2 masuk beraya. Elok lepas budak2 tu balik, dia perasan dompetnya kosong, duit kena kebas. Dia pun ngaku letak di tempat senang capai, yelah nak layan tetamu terlupa dompet simpan tempat yang selamat.
Ada jiran bercerita, tahun lepas ada la dia bagi budak2 masuk beraya. Elok lepas budak2 tu balik, dia perasan dompetnya kosong, duit kena kebas. Dia pun ngaku letak di tempat senang capai, yelah nak layan tetamu terlupa dompet simpan tempat yang selamat.
Sebab tu abam suka beraya di kampung, sebab kami boleh beraya umah sedara mara. Kalau kat taman perumahan aku, memang dalam pagar je lah kawasan dia. Ke taman depan rumah pun, setiap 15 minit aku intai, ada ke tidak. Adakah aku ibu yang 'over protective?' ye, aku ngaku.. nasiblah anak2 aku dapat aku jadi umi diorang.
Dan sedikit kisah malam tadi
'bodoh, babi, tolol, bahlol, setan, sial, pukimak, pegi mampus'. Dan segala macam perkataan yang sewaktu dengannya. Itu 1:10 je yang aku tulis, tak sanggup nak tulis semua. Itu adalah antara perkataan yang aku dengar dari bilik aku malam tadi. Perkataan itu dari mulut sekumpulan budak2 lelaki belasan tahun, rasanya pmr pun belum lagi. Tepi rumah aku tu laluan pejalan kaki, suka benar remaja2 berlonggok tepi longkang tu.
mungkin aku tak moden. Takpe, katalah apa pun. Sebab aku sangat tak berkenan dengan ayat2 macam tu walaupun sekadar bergurau. Sejak dah tak berapa nak muda ni je, kekadang aku guna perkataan tu saat amarah menguasai diri. Cthnya 'bodoh' @ 'gila' tapi lepas cakap menyesal, huhu selalunya masa drive, org suka suki kuar masuk simpang tak bagi signal dan contoh macam semalam (urusan tak selesai kerana satu nombor yang silap taip dalam surat) .
Anak2 aku kecit lagi. Yang sulung tu upsr pun belom. Tipu kalau aku kata tak risau. Aku risau dan selalu fikir macam mana perangai anak2 di belakang mata aku.
baikkah mereka?
sopankah mereka?
depan mata bolehla aku jeling jegil kalau buat silap tapi di belakang mata?
Semoga Allah pelihara anak2 kita dari perkara yang tidak baik dan dari perlakuan yang tidak elok
Comments
budak sekarang ni bahasa kemain hot...
kalau kita okay dgn anak2 kita, they will be okay...
Ps: Rumah mertua saya tu di Kg Batang Benar. Tahu ke? :P
Masalahnya, ada juga tamu dewasa yang bawa kaum keluarganya datang beraya bertandang ke rumah orang jam 9 malam ke atas, unless betul2 perlu dan rapat.. which i think is not that proper la..mungkin anak2 ini meniru tingkah laku orang dewas ini.
sbg ibubapa sehabis baik kita cuba didik anak2 kita
kdg2 anak tanya 'knape kawan boleh,dia tak boleh?'
susah nak jawab..tp slow2 kna terangkan kat dia
itu aku dgr dr jiran jugak.sbb dia x balik raya
katanya budak2 gegar pagar dia mcm nak roboh
aku ikhlas cakap, tak berani nak tegur budak2 skrg
silap tegur.dia jeling kita balik
jeling ok lagi..silap hari bulan menjawab
mendidih darah
ye..betul
banyak masanya di skolah bersama kawan2
dapat kawan yg mendorong ke arah + alhamdulillah
sbb tu kena kenal siapa kawan anak kita
sampul hijau tu dh macam wajib, org hulur anak kita mesti kita pun kena hulur jugak.itu xpelah lagi.tp yg dtg terjah tetiba entah dr mana datang tu,sy fikirkan keselamatan diorang.tengah panas terik ketuk pagar rumah org nak beraya.mak ayah tahu ke?nak kata x tahu takkan pulak.keluar rumah mesti le mak ayah tahu kan?
kalau tanya komfem la dia jawab 'nak duit raya' tp itu dah nama mintak sedekah cara moden.dtgnya setahun sekali, cuma hari raya je
budak2 ni berani dtg beraya sbb dia ada target apa barang dia nak beli dgn duit raya tu.sbb tu main redah je selagi target belum tercapai
tahun lepas smpi mggu ke 3 syawal masih ada yg ketuk pagar nak beraya.huhu
kg batang benar?oh,sy lalu situ kalau nak balik cheras naik komuter,situ banyak kampung
yg tak berpagar konfem la buka pintu dah terpacak
hehe.
sy pun antara yg tak setuju konsep beraya selama sebulan
sminggu pun dah cukupla rasanya..puasa tu takpe sebulan
sy prefer call dulu tuan rumah sebelum dtg beraya
rasanya tuan rumah boleh bersedia apa yg patut,tidakla nanti menjatuhkan airmuka tuan rumah kalau dia belum sedia terima tetamu
mmglah tetamu dtg bukan nak makan,tp malu la tuan rumah hidang air kosong
paling bodoh pun nak jugak sediakan mee goreng ;)
mak saya pun sama. terus je tanya.. nak kuih ke nak duit raya.. mostly memang jawab nak duit raya la.. hahaha..
irfa,
bebudak skang pun da ada target nak dapat duit raya banyak mana tau..
anak aku si abam tu dah akap awal2, duit raya abam nak beli jam ICE dan kasut bola.hehe,sib baik cukup..tak cukup konfem aku la kena topup ;)
tapi kutipan pun org terdekat je,tak de nak ketuk pintu rumah orang
umie dia kan garang..hahaha
Saya teringat masa raya bebaru ni kat kampung (Sabah) ada kumpulan budak ni datang beraya kat rumah (kecik lagi, umur dalam 6-9 tahun) naik rumah je kat muka pintu terus cakap 'tak payah la kami minum air, kami nak duit raya je'. kitorang dalam rumah saling berpandangan, lepas tu pecah ketawa. tak pernah2 lagi sebelum ni ada budak yang berani terus terang macam tu.adei... mungkin dalam kepala diorang dah set Hari Raya = dapat duit raya :)