Skip to main content

Kes Dera, Dulu Bukan Takde Tapi Tak Heboh

Dah basi kot nak citer pasal ni. Saja je malas nak ulas masa tengah 'hot', kalau ulas masa tengah 'hot' nanti melecur tangan, hihi.

Kes suami yang konon 'ajar' isteri pakai kaki tu. Dah serah diri dan dengar citer dah mintak maaf kepada semua para wanita. Oklah tu kot, orang minta maaf kenalah kita maafkan.

Tapi ada la orang komen. Katanya 'sekarang ni makin banyak kes dera/pukul bini ni. Zaman dulu2 takde pun kes macam ni' aku punya respon emm iyekan jelah. Dalam hati membuak2 nak komen, haha.

Takpe, aku komen kat blog dan paksa korang setuju ngan aku, hahaha.


wachaaaa


Aku percaya kes dera/pukul bini ni bukan perkara baru. Dulu2 zaman tok nenek kita pun dah wujud kes ni. Tapi nenek2 kita dulu takde fb nak luah perasaan walaupun sekadar bagi hint. Takde paper nak keluarkan kisah dera mereka. Nak citer kat mak ayah, adik beradik mahupun jiran tetangga pun malu. Rahsia dalam rumahtangga memang tertutup rapat. Tambah pula zaman itu, kaum isteri sangat bergantung pada suami.

Tapi dunia sekarang, semuanya di hujung jari. Tak puas hati dengan si suami sebab lupa beli tomyam pun tulis kat fb 'sampai hati orang tu, pesan beli tomyam pun tak beli. Lain sangat zaman bercinta dulu, pesan beli jentolak pun sanggup' itu contoh ye puan-puan.

kan? kes dera bukan zaman sekarang je tapi sejak dulu2 lagi. Selagi berfikir pakai lulut selagi itu kes dera takkan selesai. Mak aku kata 'kalau sekali tangan naik ke muka. Insya Allah akan ada episod ke dua dan seterusnya'

semoga kita di jauhkan dari manusia yang bersifat kejam. Amin


# hari ni half day, ada urusan seri paduka baginda :)




Comments

NenetPenne (NP) said…
tak tahu nak komen apa tapi akak panas hati kalau tengok pompuan lembik bila kena debik dek laki..haishhh
aNIe said…
Irfa... betul tu...selagi kaum wanita takut untuk melaporkan kes penderaan pada diri mereka... maka kes dera isteri pasti tidak akan berhenti...

Yang herannya org pompuan ni pun satu... dah puas kena pukul pun masih cinta tahap gaban kat laki yang tak berguna tu...
Sangat setuju :) Kita hidup di dunia dimana maklumat hanya di hujung jari. Suami lupa beli tomyam pun satu dunia akan tahu..apatah lagi kes dera mendera ni kan.
Acik Erna said…
betul dik dulu2 siap menipu lagi..kalau muka bengkak..katanya jatuh..tapi dah kena tampo
dengar ceritanya la he he
IndaMarya said…
men tend to use their strengh to those who are weak. cuba dari awal kita tk bagi chance, tobat depa tk brani..moral of the story jgn bagi muka dri awal,or else..tinggal saja.cerai pun tk pa..ada brlmbak good men out there..setuju?
Queenie said…
hmm...betul tu irfa, kan? kesian org dolu2 ek?
Unknown said…
zaman kita kalau majuk ngan laki, lari balik pintu je..

eh sapa dah cakap gini kat aku..

ahahaha..

**mcm la da tua sangat "kita" tu kan..wakaka
sitiezahim said…
betul tu irfa. mak saya kena dera emosi, tp bertahan bertahun2. dah tua2 ni baru la akhirnya bercerai. so mak sya pesan, jgn jadi isteri yang bodoh macam dia. saya percaya kita perempuan ada hak untuk bahagia, so kita kena fight sbb apapon akan bagi kesan pada anak2
Yunus Badawi said…
kes isteri dera suami pun banyak juga ..... huhu
Kakzakie Purvit said…
Cara dia minta maaf dgn wanita M'sia dgn muka senyum sinis dan selamba katak tu yg buat kakak rasa tak dapat nak maafkanlah dia tu dik...
Mulan said…
dolu2 masa kecik kena bantai dgn mak apak jgk.. tapi takde la sampai camni.. takat piat telinga, libas dgn tali pinggang tp takde la hayun sekuat hati.. dolu2 kena bantai sbb nak ajar kita kan...
paridah said…
sekali didera bersedialah utk terus didera walau bribu kali ucapan maaf dilahirkan

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t