Skip to main content

Balik Kampung Punya Cerita

Citer nak basi, tapi kenalah citer, sebab BlogKu DiariKu jua, hihi

Ini kisah balik kampung minggu lepas. Kami ambik keputusan balik jenguk kakak kerana En Abe dah tak sanggup menanggung rindu pada anak sulungnya itu. Nak tunggu raya Haji, kemungkinan besar En Abe tak dapat cuti raya. So kami berpakat balik jelah wpun tak dapat beraya. Sengaja ambik cuti di tengah2 minggu untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas di udara, dah tahu sokmo doh, kalu hari Sabtu Ahad gak, konfem la kapal penuh. tetiba speaking

Balik keje hari Selasa tu, terus balik kampung dengan flight jam 6.30 petang. Sampai airport KotaBharu, kami sewa keta 2 hari untuk balik kampung. Murah je sewa keta (viva RM159/2 HARI). Lebih kurang 2 jam perjalanan, sampailah kami ker umah ayah bonda. Masa tu dah jam 10.30 malam. Kami di sambut dengan wajah ceria kakak yang gembira dengan kepulangan umi, ayah dan adik2.

RABU ( 02-10-2013)
Pagi tu dia rekues hantar dia ke sekolah, kami ikutkan je. Dah lama tak merasa hantar kakak ke sekolah. Dulu2 merasa la pepagi, hantar kakak kesekolah .. pegi aku hantar, balik sekolah tumpang keta jiran. Lepas hantar kakak, singgah tengok nenek. Alhamdulillah, nenek nampak lebih sihat dari masa aku jumpa Raya Puasa yang lepas. Cakap awal2 ngan nenek 'rayo haji ni tok kelik' 

Sebenarnya tak banyak xtvt pun balik kampung, xtvt biasa aku ialah ulang alik dapur dan bilik tido. Lepas makan, tido, bangun tido .. makan. hahaha, korang tak yah gelak sangat, korang pun sama gak kan?

kenit jalan2 tengok kampung dengan 'mok'
Malam tu bawak kakak ke pekan, bawak dia ke supermarket Pantai Timur, tunaikan apa barang dia nak beli. Pastu singgah makan satey, dah kenyang balik tido

Dapatlah 2 hari 2 malam dengan kakak melepas rindu. Meh tengok gambar..

kakak nak pegi sekolah
emm ada budak ponteng sekolah tu..
cer teka, siapa?

model pokok dokong
pepagi dah sarapan buah dokong
salah makan, angin satu badan

aku rasa watak utama balik kampung kali ini ialah BUAH DOKONG


KHAMIS (04-10-2013)
Pagi hantar kakak ke sekolah, pastu balik umah melepak sementara tunggu kakak balik. Lepas Asar bersiap ke airport, call airport, kapal penuh .. aduhai. Tapi dah janji ngan kawan lama (ex sekolah menengah) dia ajak bermalam kat rumah dia kalau aku tak dapat balik malam tu. Perjalanan dari kampung sedikit lembab, jalan jem sebab hujan. Tapi layan jelah, nak buat macam mana. Alhamdulilllah, dapat jugak naik flight jam 8 malam.

Kawan yang berjanji nak jumpa tu susah payah datang jumpa aku kat airport wpun kami cuma dapat bertemu mata tak sampai 10 minit. Dear Fren 'Insya Allah ada masa, i datang lepak umah u dan borak sampai lebam. Semoga u selamat bersalin ye. Nanti i datang tengok baby u' dia tahu aku tulis blog, tapi tak tahulah dia baca ke tak

Sekian kisah balik kampung, apa bawak dari kampung?

1 kotak buah Dokong, 1 kotak lagi isi sedozen budu cap pati ikan bilis, asam keping handmade by ayahanda. Ingat nak tapau tempoyak sebalang tapi takut meletup dalam kargo, hihi

Okey,sekian cerpen pendek kisah balik kampung saya

#minggudepandahrayahajatnakbalikjugakrayanikalauadayangsuditumpangkansayasebabkapaldahpenuh (bacalaju2)


Comments

Saya kagum dengan diri saya sebab dapat baca hashtag yang panjang tu dengan laju sekali :)
IndaMarya said…
sronok kan sekali sekali balik kampung.damai ,aman tnteram..dgn pepohon menghijau
Nieda Ramly said…
payoh cik abe irfa nak interfrem
Unknown said…
lama x balik kg... windu
t.a.t.a said…
hahahha. aku pun baca dengan satu nafas dan tiada salah sebut. wahhahah. pat on the back la.
t.a.t.a said…
makan tidur, makan buah dokong, tidur, makan tidur. heeheheh. aman tak hidup kejap?
NenetPenne (NP) said…
2 jam tu yang tak tahan tu...jauhhh jauhhh
Unknown said…
da nak sama tinggi dah abang ngan kakak..

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t