Antara Cerita Raya .. nak habiskan ceritera raya sebab esok aku tak masuk opis, ada course kat KJ
(bukan Khairi Jamaludin ye, ia adalah Kelana Jaya, hihi)
Sebelum ni aku selalu duk baca kat blog dan dengar adik2 ipar bercerita tentang KWC, aku mampu dengar je sebab tak penah sampai sana. Kalau balik Cheras, dah masuk umah memang susah la aku nak keluar balik. MALAS BERPANAS @ POKET TAK PENUH adalah alasan utama. Apa yang bestnya siksa mata setakat tengok tapi tak dapat beli, huhu
Tapi nak jadi citer, Ahad tu aku dan sil no 4
(kami berdua) jalan-jalan ke KWC, kebetulan SIL pun cuti. Kami naik lrt dari BTS dan turun kat stesen Hang Tuah, konon nak jalan kaki sebab sil kata dekat je, tapi tengok matahari dah memancarkan cahayanya, tak sanggup aku nak menapak, nanti cair lemak i, rugi je simpan lama, hihi. So kami ambik taxi terus stop depan pintu, tak mahal .. Rm3.
Meh layan gambar ..
|
kat LRT Stesen me and the HotFM Dj, hihi dengan poster jelah |
|
TQ to sil no 4, yang sudi melayan aku jalan2 hari itu |
|
pintu masuk KWC Kenanga Wholesale City |
Sedikit info tentang
Kenanga Wholesale City, sangkaan aku tentang KWC adalah meleset. Aku membayangkan ia adalah tempat yang sesak dan panas, rupanya bangunan kedai bertingkat siap ber' aircond. Nak bawak anak pun sesuai je, tapi kalau bawak anak memang tak syok nak memilih barang, hihi.
Apa yang dicari kat sana? Sebenarnya tujuan utama aku kesana ialah mencari apa barang yang boleh dijual. Macam2 ada, baju ofkos la produk utama. Cumanya kalau beli selai memang rugi, sebab dah terpampang tanda harga beli borong lagi murah. Cth: kalau beli selai maybe rm100, tapi kalau beli 3 helai akan dapat rm80/sehelai. Jadi, kalau beli lebih dari 3 helai dapat rega lagi murah, tapi kenalah share dengan kengkawan @ memang ko nak beli baju sama tapi lain kaler.
|
peta KWC
|
|
ambik gambar sebab nak tunjuk kat si kenit dia duk ngidam beg tarik 'eggshell' nih |
Itu kisah hari Ahad, balik dari KWC kami jalan2 cuci mata ke Jalan TAR, tapi pegi dan balik tangan kosong. Sampai rumah Sil duk termimpi2 satu dress ala jubah princess cut.
Raya Pertama .. sementara tetamu belum datang, kami
(aku dan 3 orang Sil) lari kejap ke KWC. Kali ni kami gi naik keta je, senang tak payah susah payah naik lrt. Pusing2 kejap dalam tu dan tak banyak citer, terus beli dress ala jubah yang berkenan tu. Aku pun tumpang sekali la sebab semua orang nak beli, dapatlah murah sikit dengan harga borong.
|
adik2 en abe yang no 1,2 dan 4 yang jubah turquise tu anak buah |
|
pilih jangan tak pilih |
|
'hai semua, kita teman umie jalan2 hari ni' |
|
'umie, kita nak rantai ni. boleh tak umie? |
|
merayu nak beli rantai dan topi yang dipakai oleh patung tak boleh beli, ambik gambar pun jadilah ye |
|
'Ya Allah, bila nak abis ni. kaki kita dah penat tau' |
|
'eee, umie nih. Semua tak boleh' muka dah geram habis jomlah balik |
sekian kisah jalan2 tawaf KWC di hari raya
dah kata raya kat KL kan
seronok jalan time raya sebab jalan tak jem sangat
(^_^)
Comments
la ye ke?
kalau terserempak agak2 kenal tak? hihi
kan YB kan?
nak g gak kwc tpi x sempat g nak g sane hehehehe
salam perkenalan dari ida
jemput singgah blog ida ye
umielman.blogspot.com
dah follow blog ni no 415