Skip to main content

Sosej Sebatang RM1 ?

hai korang
moga hari yang diberkati untuk kita semua

semalam citer pasal sambal kerang yang extra masin
hari ni pun nak citer pasal sarapan lagi, huhu



selalunya, aku adalah amat jarang nak beli sarapan ala omputeh ni
tapi bila tengok menu semuanya tak menyelerakan
nampak sambal sotong, hati teringin
tapi masih phobia dengan sambal kerang masin semalam
so lupakan je nak makan apa2 yang letak sambal

ambik 3 ketul sosej
1/2 senduk telur hancur dan 1/2 senduk baked bean (ye ke namanya tu?)

masa nak bayar, tak perasan bos kat depan aku
memang langkah kanan kot pagi ni
bos bayar sarapan aku
tq bos

TAPI

bila cashier kira
'sosej rm1/seketul bla bla bla'

aku kat belakang
'rm1.sebatang sosej? biar betik' (dalam hati je)

sepeket sosej jenama biasa rasanya tak sampai rm5
selalu aku beli rm3.90 sen je sepeket

kalau dalam tu ada 12 batang
sebatang jual rm1, dah dapat rm12
kalau gitu aku nak jual sosej jugaklah
lagi untung dari jual inner magic tu 
hehe

ker rega tu biasa kat kafe korang?
aku je yang tak tahu sebab tak penah beli, hihi
selalu kalau nak makan beli dan goreng sendiri

okey, itu je entri merepek pagi ni

daaaa

(^_^)


Comments

Mulan said…
wohhoooooo... sehengget sebatang....??? tercekik tekak dengor...
Kakzakie Purvit said…
Kakak pun tak tahu. Kakak biasa goreng/stim sendiri aje..
asyifamustaffa said…
Maheynya...!
X penah beli sosej kat luar...slalu anak nak kat psar mlm tu...sy kata x yah..kat umh ada...bole buat sndiri...
Lg pun btul la...sepeket tu..bru 3 lebih rasanya..mmg cekik darah tul...
Ratu Hatiku said…
Tu psl org meniaga nie kaya cpt hihihi
muslimah rempit said…
untuk sedapkan hati, anggap ler untuk kos gas, minyak hehheheeh selebihnya upah dia.....
Tijah said…
aah. sepeket brand ayamas tu tak sampai rm4 biasanya.
huntungggnya peniaga tu kan? tu pun belum tentu dia guna brand yg bagus
silap2 beli pukal je kat frozen food supplier.
Unknown said…
aku mmg ban beli sosej kat luar.. sbb memang cekik darah.. rasanya harga standard tu rm1 sebatang..
Unknown said…
biasa la.. org kata semua menda naik harga. tapi klu bab makanan, sediakan sendiri lagi murah dari beli.. :) kena rajin je r..
Unknown said…
Wohoooo..
Sebatang RM1.. mmg cepat kaya la seller tu..
t.a.t.a said…
itu sosej yang biasa atau dalam nya ada cheese atau mushroom atau black pepper?
NenetPenne (NP) said…
perghhh... tu pun bukan cap mahal pun..entah2 cap apa pun tak tahu tapi jual RM1 sebatang....
Ann Ishak said…
memang mahal rasanya, sebatang RM1 perhhhh
Beb, restoran dkt dgn opis aku ni pun mcm tu le regenya. Cekik darah. Sebatang sosej kurus, RM1. Jadah! Baik aku bikin sarap sendiri. Huh!
IndaMarya said…
mahai na..nasib baik saya tk brapa nak lalu makan bnda ni..
azieazah said…
Sayang... orang berniaga tak akan gunakan sosej yang ada flavour cheese or mushcroom or else tu, sebab mahal tu. Depa guna sosej paling murah di dunia. Kat Tesco boleh dapat dengan harga semurah RM2.99 jer. Dalam ada 12 pieces. Bayangkan berapa untung depa? Perhhh!
azieazah said…
Memang untuk sakan tuh. Sosej ni kalu goreng, akan berminyak. Eloknya kalu nak puas, rebus sendiri. Sedap pun sedap.
Lady Windsor said…
nak p beli sosej la sat g, teringin pulak tengok entry Irfa ni..hihi
t.a.t.a said…
tu pasal tanya. sebab kalau betul depa guna sosej with those flavors, memang betul la letak RM1 sebatang. Kos sebatang dah 80sen ++. tapi kalau sosej without flavors memang mahal la tu. dan dan kena kutuk je la dengan pembeli.
:: CIKVIVA :: said…
Memang pun sebatang sosej dia caj singgit, walhal beli sepaket sosej (bukan jenama ayamas pun) baru rm1.99..cekik darah..huhu
adik beradik sosej kat kidzania RM5sebatang .ha ha ha

Popular posts from this blog

Letak Ubat Ulser DiBibir Batal Puasa Tak?

bulan posa ni kan,aku kurang minum air..yelah,dapat minum lepas berbuka je,mana boleh minum waktu siang hari.itupun paksa diri abiskan minum atleast 1 liter sebelum tido.sahur minum lagi.betul ke tidak cara ni aku pun tak pasti..dahlah aku ni selalu kena ulser kat bibir.tu hari yang naik 3 biji dalam mulut tu seminggu lebih jugak baru baik.siksa wooo.. ni pun ada tanda2 nak kena lagi.dia punya penyebab senang je..tengah2 sedap makan,tetiba tergigit bibir..permulaan kat situ la.esoknya dah tumbuh.huhu.bukan aku tak hati-hati tapi kalau nak kena tu tetap jugak kena. so ni aku google masa kena ulser kat bibir tu.lupa nak publish.nak delete sayang la pulak.boleh jadi rujukan masa akan datang. entahlah..aku tak makan @ minum masa tu cuma letak ubat tu je..kalau batal jugak aku ganti la nanti.what 2 do. sumber dari sini Soalan: Batal atau tidak puasa - sapu ubat pada bibir kerana ulcer Assalamualaikum Saya sakit ulcer di tepi bibir dan saya telah letak ubat ditepi bibir saya. Adakah terbatal

Cara Mudah Kilatkan Perhiasan Perak (Silver) Yang Kusam

eh! tajuk macam skema sangat kan? SALAM JUMAAT untuk semua okey, ni pun citer minggu lepas korang nampak tak? betapa malasnya aku nak apdet blog sejak lepas raya banyak citer nak kongsi, tapi malas nak mengarang, huhu minggu pertama masuk keje lepas raya tu ada jualan murah macam2 barang ada sapa kenal aku mesti tahu yang aku takkan beli benda mahal lagi murah, lagi bagus tak cantik pun jadi cantik disebabkan harganya murah hahaha semua pakat berebut beli antara barang yang menarik hati aku ialah silver bracelet ni tapi barang lama, dah kusam dan tak berkilat kengkawan yang beli kata 'ko beli je, murah sangat nih. nanti beli cecair pencuci silver, kilatlah ni' so aku beli lah 5 set nape tamak sangat ni? sebenarnya aku ada agenda tersembunyi tungguuuuu yang ni antara yang masih berkilat sikit ada 1 set tu takde sapa nak ambik ko tolak kat aku, aku tolak kat ko last2 aku je lah yang ambik   aku ambik sebab nak

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil t