Last week, sorang akak kol tanya ada air zam-zam tak?
aku punya stok air zam-zam kat umah memang dah lama habis
tapi bila akak tu kata nak buat ubat
ayah mertuanya sedang sakit sekarang
Jadi .. aku usahakan bertanya sesapa yang ada
dan ada sorang brother ni kata
'ada orang jual'
so aku pun tolong beli kan
sebotol besar (10 liter)
semalam hantar kat rumah kakak tu
dan macam biasa, bila kita bagi barang
dan orang hulur duit
otomatik mulut tercakap
'saya jual'
okey.. ingatkan habis disitu je
PAGI INI
bos-bos besar dapat air zam-zam
hari ni kan last flight balik Haji
aku terdengar orang bercerita tentang jual air zam-zam
kata bos (bukan bos aku)
'air zam-zam tak boleh akad jual beli macam kita jual barang lain
kalau kita ambik duit, kita kena cakap
duit yang dibayar itu untuk kos botol dan transport je'
so aku pun call balik kakak tu
dia kata memang semalam aku aku ada buat akad jual beli
huhu
# tak tahu tak dosa kan?
aku cakap balik kat akak tu
'air zam-zam tu orang kata tak boleh dijual
jadi saya nak bagitau, kos yang akak bayar semalam tu
utk kos botol dan transport ye'
korang dah tahu ke pasal ni?
ada pendapat lain, sila kongsi ye
Comments
Boleh berjual beli air zam zam atas urusan kos postage/botol/etc..
Sunnah juga minumair zam zam secara berdiri
salam kenal : reezluv.com
tertarik dgn komen minum air zamzam berdiri tu sunnah..
TARIKH: 24 Jun 2013 / 15 Syaaban 1434H
Hukum Penjualan Air Zamzam
Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa:
"Tiada nas yang melarang jual beli air zamzam yang dimiliki. Oleh itu, air zamzam yang dibeli atau dijual menurut hukum syarak tidak boleh dirampas dan dilupuskan."