Skip to main content

Air Zam Zam Tidak Boleh Di Jual ?

Last week, sorang akak kol tanya ada air zam-zam tak?
aku punya stok air zam-zam kat umah memang dah lama habis
tapi bila akak tu kata nak buat ubat
ayah mertuanya sedang sakit sekarang

Jadi .. aku usahakan bertanya sesapa yang ada
dan ada sorang brother ni kata 
'ada orang jual'

so aku pun tolong beli kan
sebotol besar (10 liter)



semalam hantar kat rumah kakak tu
dan macam biasa, bila kita bagi barang
dan orang hulur duit
otomatik mulut tercakap 
'saya jual'

okey.. ingatkan habis disitu je

PAGI INI

bos-bos besar dapat air zam-zam
hari ni kan last flight balik Haji

aku terdengar orang bercerita tentang jual air zam-zam
kata bos (bukan bos aku)

'air zam-zam tak boleh akad jual beli macam kita jual barang lain
kalau kita ambik duit, kita kena cakap
duit yang dibayar itu untuk kos botol dan transport je'

so aku pun call balik kakak tu
dia kata memang semalam aku aku ada buat akad jual beli
huhu
# tak tahu tak dosa kan?

aku cakap balik kat akak tu
'air zam-zam tu orang kata tak boleh dijual
jadi saya nak bagitau, kos yang akak bayar semalam tu
utk kos botol dan transport ye'


korang dah tahu ke pasal ni?
ada pendapat lain, sila kongsi ye

Comments

nazayiena said…
x perasan juga hal ini,tq atas perkongsian ini.
Aisy Nasiha said…
Info baru ni.. tak pernah pula dgr sblm ni..
Wawa said…
Aah tak boleh jual..kita bayar kos je...ayah sy ckp sbb dlu ade customer bising ckp takleh jual air zamzam...huhu
sweetie said…
Tak tahu pun Irfa!
Dr K said…
Yup..
Boleh berjual beli air zam zam atas urusan kos postage/botol/etc..
Sunnah juga minumair zam zam secara berdiri
Arora's said…
ye air zam zam tidak blh dijual beli.. jika ada yg jual sekarang x blh niat juat..kalau nak stok air zam zam btl la kena buat spt di atas itu
Arora's said…
Ye btl..entry ni bgs utk yang masih x tau..air zam zam tidak boleh dijual beli
Anonymous said…
Thx share...mmg x tau psal ni...
saljuhumairah said…
maknanya berurusan jual beli air tak boleh? tapi sekadar membantu bawa pulang?
Jari Manis said…
JM beli dan cakap terima kasih je ahahah
reez said…
eh?kat Tesco banyak je jual tu?hoho...takde plak mana-mana kenyataan bertulis plak mengatakan camtu..

salam kenal : reezluv.com
hh said…
good info... dah lama dok pikir pasal isu jual beli air zam zam ni. tq for sharing :)
Unknown said…
aku penah dengar pasal ni.. tapi sbb tak pernah beli atau jual sendiri so, tak pasti.. biasanya just dapat dari orang yang balik dari mekah..

tertarik dgn komen minum air zamzam berdiri tu sunnah..
sitiezahim said…
salam irfa.. penah jugak nampak ada orang yang jual sebotol berapa2 camtu (saya pon penah beli masa kat istanbul haritu).. mmmm tq for sharing :)
rostina76 said…
salam irfa…..tak pernah beli tapi tahu ada org jual…good info sbb mmg tak tahu prosedure mcm tu. tq for sharing
happyichigo♥ said…
Baru tau..thank u kak irfa!
Cinta agama said…
MESYUARAT JAWATANKUASA FATWA NEGERI PERLIS KALI KE-11/2013
TARIKH: 24 Jun 2013 / 15 Syaaban 1434H
Hukum Penjualan Air Zamzam
Mesyuarat bersetuju sebulat suara bahawa:

"Tiada nas yang melarang jual beli air zamzam yang dimiliki. Oleh itu, air zamzam yang dibeli atau dijual menurut hukum syarak tidak boleh dirampas dan dilupuskan."

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Jujur Aku Dayus

Lunch tadi korang pegi mana?aku tak kemana pun..makan kat meja je sambil layan blog kengkawan.Aku baca blog Ayunasia (suka baca blog dia sebab bagi aku dia seorang yang bijak dan aku suka dengan tulisannya yang kelakar..tapi blog dia tulis panjang2 so kena cari masa yang betul2 lapang baru boleh baca..kebetulan lunch break hari ni lama,bolehla layan)  kadang2 aku baca blog dia pastu aku tersengih sorang2.Dan kerana terpengaruh dengan entri dia hari ni aku pun layan telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube..emm rasanya aku tak pernah tengok cite ni.oh lupa bagitau..tuan punya blog ni memang peminat 'kipas susah mati' Beto.eh aku pun sama..peminat Beto dalam diam2.yang pasti Beto memang berbakat walaupun bukan kategori hensem dengan badan ketak-ketak.tapi muka dia manis macam gula ..hehe Okey..baru abis menonton telemovie Jujur Aku Dayus kat You Tube.Lakonan Beto Kusyairy,Nora Danish,Irma Hasmie,Zul Ariffin,Rozie Rashid. sinopsis dari sini Sinopsis: Jujur Aku D...