Skip to main content

Ajal Datang Tidak Lewat dan Tidak Cepat Walau Sesaat, Al Fatihah

Petang semalam, tepat jam 5.30 petang, aku macam biasa la dah angkat handbag, jalan laju2 menuju ke lif. Masuk je lif ada sorang senior tegur 'eh! u dulu dari opis .....  kan? macam mana dengan staf yang eksiden tu? dengar citer meninggal kan?' aku dengan muka terkejut 'sapa? tak dengar citer pun'. Senior tu sambung citer 'baru je kejap tadi member i kol bagitau ada staff eksiden, meninggal dan anak2nya masuk icu. Eksiden highway Putrajaya ke Kota Warisan tu, namanya N... ' aku dengar je terus pegang dinding, rasa nak pitam.

Serius, aku kalau dengar berita kematian dikalangan orang yang aku kenal .. perasaan itu sangat lain macam. Sampai ke malam aku terfikir pasal tu. Kami pernah satu opis lebih kurang 7 tahun sebelum aku bertukar department. Dia senior dari aku tapi dikira baru di dept tersebut sebab aku masuk dulu situ, arwah masuk beberapa tahun kendian. Walaupun tak rapat macam bff, tapi pernah jugak berkongsi kisah semasa satu opis dulu, bila aku tukar dept .. jumpa sesekali just 'hi hi bye bye'.

kepada arwah N
Al Fatihah
moga di tempatkan di kalangan mereka yang diberkati Allah
dan semoga ahli keluarga tabah di atas kehilangan yang tersayang


Comments

Anonymous said…
Sy pun mmg x bole dgr berita klau ada orng yg tedekat meninggal....bdan pun rasa mcm seram sejuk jer....

AlFatihah...moga arwah tenang di sana...
Unknown said…
innalillah.. betul irfa.. bila kematian berlaku pada yang rapat dgn kita.. kita akan lagi terasa..
Izwa Kamaruddin said…
takziah...pada keluarga mangsa..
Ann Ishak said…
dekat office saya pun ada kematian jugak malam tadi, heard problem
BungaTulip said…
Betul kak,
Masa arwah bapa saya meninggal dunia dua tahun lepas
saya terima panggilan di tempat kerja rasa macam jantung berhenti berdegup seketika
begitulah bila orang yang kita sayang pergi buat selamanya.

Al-fatihah buat arwah
sweetie said…
Saya berita tu dalam paper Kosmo pagi ni Irfa.
Al-Fatihah.

Samalah kita. Dgr je berita kematian apalagi org yg kita kenal walau takat hi2 bye2, boleh jdk berpinar mata ni...

=(
Yunus Badawi said…
Al-Fatihah.

Takziah kpd keluarga arwah
makchaq said…
Innalillahiwainnailaihirojiun...
makchaq tengah makan tadi jugak dapat berita ni. Sorang pegawai makchaq, anak dia satu taska anak arwah yang lelaki, pengusaha taska yang bagi tau sebab budak lelaki tu memang pengusaha tu jaga lama... dari baby.. memang kritikal keadaannya..
isme_cv said…
Al Fatihah untuk arwah...smoga roh beliau ditempatkan di kalangan orang yg beriman..
nita said…
Innalillah...
Al-fatihah...
takziah buat keluarga arwah..moga mereka tabah..
nazayiena said…
Al-Fatihah buat arwah.
zana-norzana said…
Al Fatihah buat arwah..... ni yang anvaza terbang tu ya??? lalu kat area situ masa tu...... jammed teruk....

Popular posts from this blog

2020, Impian Menjadi Realiti

Alhamdulillah.. rasa macam mimpi yang kini aku berada di tahun 2020. Ingat lagi masa alam persekolahan dulu, cikgu suruh lukis impian kita di Wawasan 2020. Seingat aku lukisan tu tentang sebuah negara maju, bangunan tinggi dan aku lupa sama ada aku ada lukis kereta terbang ke tidak. Tapi memang masa tu ramai membayangkan pada tahun 2020 nanti ada kereta terbang, hihi Dan hari ni, kita dah pun berada pada hari ke3 pada tahun 2020 Tahun ni usia ku 41 tahun. Dulu masa remaja, aku pernah terfikir, aku sempat ke hidup sampai umur 40 tahun? Masa tu kalau hidup lagi, apa aku tengah buat ye? Macam2 la benda terbayang. Bila kenang balik, apa yang kita bayangkan tak semua menjadi realiti. Apa yang kita nak tak semua kita dapat dan adakala nya jauh sungguh impian dan kenyataan Update tentang anak2 pula Kakak di kolej Matrikulasi (insha Allah, April nanti tamat belajar). Semoga rezki nya untuk sambung ke Universiti idaman dalam bidang yang dia minat Abam dah Tingkatan 3, di Seremban. ...

Sedap dan Kopek

Rabu dah kita ye? kejap je masa berlalu baru lepas submit report bulan Feb, senyum adalah lebar, hihi sebenarnya ada naik 'mata ikan' 2 biji dalam mulut tu yang takde mood nak bercakap so kita biarkan jemari yang bercerita ye okey, tajuk hari ini tentang bahasa jiwa bangsa AMARAN: ini bukan entri 18sx, ini kisah 'perkataan sama, lain makna' INI KISAH KAKAK  kalau dia tahu aku tulis ni, harus umie kena bebel Kisah 1: ada sms masuk kat hp aku, dari kawan kakak masa sekolah di Kelantan sms berbunyi begini, bunyi? mana ada bunyi, dia tulis macam ni 'sedap tak sekolah kat sana?' agaknya diorang dah berbalas sms sebelum tu dia tanya kakak sekolah kat mana so kakak bagitau lah sekolah area rumah kami tu yang jadi soklan di atas ~*~*~*~*~ Umie: kakak, ada msge dari kawan kakak ni Kakak: oh! kawan sekolah kakak dulu, nama dia Hazirah Umie: dia kata 'sedap', maknanya 'best' mesti masa mula2 sekolah kat sana...

Cuti Hari ke 3:Sepagi Di Kebun Getah

emm..cerita balik cuti di kampung belum habis,sedikit malas nak buat sambungannya tapi memandangkan blog ini adalah diary aku juga..maka gigihla mengarang untuk tatapan akan datang.bagi yang sudi baca TQ banyak2..sedikit membosankan kerana entri adalah panjang macam karangan zaman sekolah.sesuai la dengan komen blogger  BangsawanNilai  kat sini .katanya entri aku macam 'pengalaman cuti raya cina saya' okey sambung kisah apa aktiviti hari ke3 di kampung. Hari ke 3,Sabtu.. Pagi itu aku ikut mak ke kebun getah.Pertama kali dalam hidup aku ikut orang menoreh,tapi bukan kali pertama masuk kebun getah.kecik2 dulu selalu gak masuk kebun getah cari biji getah untuk buat main congkak.oh nostalgia sangat. Sebenarnya kebun ni baru wujud 2 tahun lepas..maksud aku tanah kebun tu dah ada cuma pokok getah itu layak ditoreh baru masuk 2 tahun.Pokok getah baru la kiranya.Aku sebenarnya tak pernah ambik tahu dimana tanah kebun mak ayah.Pernah dengar mak ayah bersungut anak-anak tak ambil ...