Ini sudah menjadi sejarah, aku tulis sebagai salah satu cerita dalam hidup aku, sebagai kenangan dan tatapan akan datang. Agak membosankan, jadi kalau korang baca jangan menyesal ye.. hihi
Kisah aku kena denggi bulan lepas. Ia bermula selepas aku balik dari course di KelanaJaya 18/10/2013 (Jumaat). Balik dari course petang tu, aku rasa sangat penat dan sakit satu badan. Dia punya penat sampai aku terpaksa suruh en abe bawak anak2 dinner kat luar sebab tak larat nak masak, tapi aku tinggal kat rumah je sebab takde selera nak makan.
Malam tu macam nak nanges sebab rasa sakit satu badan, sentuh pun sakit, huhu. Makan ubat tahan sakit pun tahan sekejap je.
Sabtu Ahad aku menahan sakit, tak pegi klinik sebab aku ingatkan sakit pinggang biasa. Kalau sakit pinggang, klinik panel memang bagi ubat tahan sakit je, jadi aku ingat nak tunggu Isnin untuk ke Medical Centre dan dapatkan guarantee letter refer hospital. Konon nak dapat rawatan pakar je, malas nak gi klinik biasa setakat dapat pain killer.
2 hari menahan sakit, aku hanya mampu baring je. Makan minum semua tak lalu. Anak2 pepandai la urus diri sendiri masa en abe gi keje.
ISNIN (21/10/2013)
ke medical centre, doc kata aku demam. Tapi aku cakap 'saya tak demam, sakit pinggang je' ada hati tu nak lawan kata doctor. Doc suh aku berehat kat bilik rawatan dan masuk air sebotol, dalam hati sempat kutuk doktor 'pesal kena masuk air? aku bukan demam la. sakit pinggang je, tah hapa2 doc ni'
Doc bagi mc 1 hari (mintak 2 hari doc tak bagi, huhu). Balik dari medical centre, melepek jugak.. makan ubat ikut aturan pun takde apa yg berubah. Malam tu aku tak boleh tido, kejap2 terjaga.
Pagi SELASA(22/10/2013)
6.15 pagi aku bangun konon nak pegi keje (yelah, mc dapat 1 hari utk semalam je), masuk dalam bilik air, kepala rasa pening tetiba ............. sedar2 dengar suara cik abe panggil aku sambil tepuk pipi. Rupa2nya, en abe terbangun sebab terdengar benda jatuh. Sebenarnya aku terjatuh dalam bilik air dan terhantuk kepala (maybe kat pam tandas/dinding). Bersiap ala kadar, ke medical centre ambik GL dan sempat buat fisio seround.
Siap fisio, dapat mc 1 hari lagi, balik umah tido dengan harapan bila bangun nanti dah sihat.
RABU (23/10/2013)
Pegi keje kejap ada hal penting,pastu balik umah ambik baju sikit terus ke KPJ Seremban. Doc yang rawat aku tu suh check darah sebab katanya 'awak ni betul ke sakit pinggang? saya tengok awak macam demam, silap2 denggi kot' ambil darah dan result nya konfem denggi dengan bacaan platelet 60. Bilik semua penuh dan terpaksa menunggu di katil bilik kecemasan sampai lah jam 10 malam baru dapat bilik.
Bermalam lah aku sorang2 kat katil hospial sebab en abe kena uruskan anak2 kat rumah. Okey je sebab aku masih boleh bangun dan ke bilik air sendiri.
Esoknya (24/10/2013), ambik darah lagi .. platelet turun lagi ke angka 40
Lusanya (25/10/2013), platelet turun lagi ke angka 36
Aku dah rasa 1001 macam, takut mati rasanya paling banyak. Kepala dah terbayang bukan2.. dengar pulak cerita ada patient yang denggi sama masuk dengan aku dah meninggal. Organ semua dah tak berfungsi. Sapa tak takut dengar kan?
Ramai yang prihatin datang jenguk, bawak macam2. Ada 100 plus, buah kiwi, anggur yang kata bagus untuk denggi. Berbotol2 aku minum 100plus sampai tak larat nak ulang alik ke bilik air dengan sebelah ada jarum masuk air tu. Banyak sangat minum 100plus, penyakit lain pulak yang datang, sakit ulu hati macam gastrik sebab banyak minum air gas, makan pulak tak lalu, minum air gas dengan perut kosong.
Esoknya, kakak ex pengasuh masakkan sup ketam dan kak erna datang bawak jus jambu baru merah (red guava). Semua yang orang suruh makan/minum aku telan dengan harapan bacaan platelet naik, aku dah tak sabar nak balik rumah, kesian kat anak2. Kesian jugak pada en abe yang ulang alik ke spital. Cuti berhari2 untuk jaga aku.
Tak tahu mana yang berkesan, esoknya 26/10/2013 (Sabtu) bacaan platelet naik kepada 90. Wah! happy rasanya macam nak peluk2 nurse yang ambik darah dan jugak doktor tu. Terima Kasih Allah. Doc kata, bila bacaan dah naik, Insya Allah akan terus naik. So jangan risau lagi, teruskan minum air sebanyak mungkin bagi keluar semua kuman jahat. Doc tahan 1 hari lagi, kalau naik lagi esok, aku dah boleh balik.
Alhamdulillah, 27/10/2013(Ahad) platelet naik sampai 119 dan petangnya aku discharge. Nikmatnya dapat balik rumah Home Sweet Home gitu. Tapi aku masih belom ada selera makan, berderet senarai makanan yang terlintas kat kepala, tapi bila makanan depan mata, aku takde selera nak makan. huhu.
Dapat mc dari spital sampai 6/11/2013, seminggu lebih jugak melepak kat rumah, melayan sikenit main masak-masak. Kejap jadi doktor, kejap jadi cikgu. Layan jelah. Seronok dia bila umie tak work ye
Okey, sekian kisah aku dan denggi. Sebelum ini, bila sebut pasal nyamuk aedes, pasal denggi .. takde apa kesan pada aku. Bila dah terkena, tengok nyamuk pun rasa phobia.
Pesan dari aku:
-Elakkan berada di luar rumah waktu senja (6-8 malam) dan waktu awal pagi 6-7 pagi) sebab waktu itu nyamuk aedes sedang cari mangsa.
-Jangan biarkan ada air bertakung yang menggalakkan nyamuk membiak.
-Orang kata 100 plus dan sup ketam baik utk demam denggi wpun doktor tak mengesahkannya, tapi ada orang bagitau 100plus dah kurang berkesan sebab kandungan isotonik tak mcm dulu lagi (lebih kurang la ayatnya) dan katanya lebih baik minum jus jambu batu merah (red guava) jenama yang bagus ialah GoFresh. wah, macam promo le pulak.
# taklalumakanseminggutapiberatmententakkurangsatugrampunapecer?
Comments
alhamdulillah ko dah sembuh.. time2 gini sayu hati tgk suami yg bekerja keras menguruskan rumah tangga kan..hehehe..
memang sakit sangat badan bila demam denggi kan.. dengan takut yg bermacam2 lagi.. akak pun pernah kena demam denggi dan sampai skrg sangat fobia dengan demam denggi.. Semoga kita semua akan dijauhi dari demam denggi.. insyaAllah..
kat opis ni pun dgr kabar sorang dari mak staff jfk kena denggi..bahaya kan..perlu lebih berhati2 dan follow tips yg irfa bagi tu...seram je dengar bila kena denggi ni
My advise..di Malaysia ni..
apa apa demam/sakit badan /tak selesa badan masuk 3 hari BERTURUT TURUT, terus request blood test...Ini mmg saya praktiskan pada patient2 saya...Sebab dengue too common like I said...
satu lagi, just nak share, MISCONCEPTION masyarakat ialah ' nak tunggu ada ruam ke tak'..
Kalau dah keluar ruam denggi tu, dah terlambat sebenarnya..platelet dah drop banyak
semua yang DZ tulis ni sama macam dok pakar di KPJ tu cakap
katanya 'sy pelik kenapa doc yg awak jumpa isnin tu x terus check darah.
awak dah lewat ni,memang awak bernasib baik sebab masih ok sampai hari ni'
mmg terkejut bila doc tu cakap macam tu
sbnrnya.. med center tu mmg ambil mudah je
bygkan saya dah jatuh baru nak buat surat ke hospital
doc pakar nasihatkan kalau demam terus je mintak check darah
jangan tunggu lagi
https://comfortandblissfullife.wordpress.com
bagus kau share story ni kat sini Irfa. at least pada mereka (termasuk aku) yang belum pernah kena denggi, kena ambil tahu untuk reference masa akan datang.
thanks irfa.
tq tq tq for the info semua tu.. ingat kan 100plus ok lagi.. dah kurang berkesan rupanya..
Alhamdulillah dah sihat semula.
Alhamdulillah irfa ada ramai di sisi yang ambil berat semasa ifra sakit.. alhamdulillah...
betul tu, apa doc kata bagus.. terima je bulat2
mcm jugak imunisasi utk anak2.. doc kata kena cucuk, tadah jelah
tak berani nak kata 'taknak/takboleh'
tp skrg kita banyak sumber untuk tahu apa yg bagus dan tak bagus
eh, nape aku xleh komen blog ko ye?
mmg kena daftar wordpress pulak ke?
huhu
alhamdulillah..umur masih panjang lagi
100 plus tu mgkin x berkesan utk saya tp berkesan utk org lain kot
berhari2 minum 100plus xnaik pun bacaan platelet
tp lepas minum red guava jus dn sup ketam tu dgn izin Allah menjadi pulak
#jgnlah 100plus saman saya lak nanti.hehe
btul tu, bila dah kena mmg doa sgt jgn kena kat org2 yg sy sayang